Korang Tanya Umpan Jawab – Cara Mudah Nak Tau Bila Air Arus Laju & Arus Perlahan??

Share

 

SOALAN:

Mintak penjelasan sikit admin…. Ada tak cara mudah untuk mengetahui dengan mudah waktu air arus laju dengan arus tak ada langsung?

 

JAWAPAN:

Kejadian pasang surut air laut merupakan bentuk gerakan air laut yang terjadi apabila terdapat pengaruh gaya tarik bulan dan matahari terhadap bumi. Arus ini dapat dilihat jelas di perauran muara sungai dan ke tepian pantai.

 

Apabila air laut bergerak pasang maka terlihat gerakan arus laut yang masuk ke dalam alur sungai, sebaliknya ketika air laut bergerak menuju surut, maka terlihat gerakan arus laut mengaliar keluar (ke laut).

 

Cara untuk membacanya dengan menggunakan kalendar lunar atau kalendar Islam. Arus pasang surut dibahagikan kepada dua iaitu:

 

Pasang besar

Pasang besar terjadi pada tanggal 1 (bulan baru) dan tanggal 15 (bulan penuh). Pasang besar ialah peristiwa di mana air pasang naik dan pasang surut tertinggi (besar).

Kedudukan bumi-bulan-matahari berada pada satu garis sehingga kekuatan gaya tarik bulan dan matahari berkumpul menjadi menarik permukaan bumi. Permukaan bumi yang menghadap ke bulan mengalami pasang naik besar.

Untuk aktiviti memancing, 4 hari sebelum dan selepas bulan baru dan bulan penuh tidak begitu sesuai disebabkan arus laju.

 

Arus mati

Pasang bani (mati) ialah peristiwa terjadinya pasang naik dan pasang surut terendah (kecil). Pasang kecil ini terjadi pada tanggal 7 dan 21 kalendar Islam.

Pada kedua tanggal tersebut posisi matahari-bulan-bumi membentuk susut 90 darjah. Gaya tarik bulan dan matahari terhadap bumi berlawanan arah sehingga kekuatannya menjadi berkurang (saling melemahkan).

Bagi pemancing, 3 hari sebelum dan selepas air pasang bani amat bersesuaian untuk memancing kerana arus tidak laju.

Secara peribadi, pergerakan arus deras hanya menyulitkan kita memancing. Ikan perlu makan dan ia tidak berhenti makan pada masa apa pun. Kebanyakan ikan mega yang diperolehi lazimnya ketika arus laju!

 

soalan seterusnya Apa Beza Leader Biasa Dengan Flourocarbon?

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Published by
Amang