SOALAN:
Saya berminat untuk melakukan casting dengan umpan ikan pelaling (kembung) dan sasarannya ikan tenggiri.
Persoalannya ialah bagaimana hendak memasang mata kail dan berapakah panjang perambut dawai yang diperlukan?
JAWAPAN:
Tidak dinafikan apabila hendak memancing spesies pemangsa bergigi tajam seperti tenggiri, penggunaan perambut dawai adalah kemestian bagi menjamin tenggiri tersebut berjaya ditewaskan.
Bagi mengikat mata kail pada perambut dawai anda boleh rujuk di Portal UMPAN dalam segmen DIY.
Sementara untuk menentukan berapa jumlah mata kail yang perlu diikat pada perambut dawai pula bergantung kepada saiz umpan yang ingin digunakan.
Sekiranya umpan kecil, satu mata kail sahaja sudah memadai. Namun saiz kebanyakan ikan umpan pelaling, sebaiknya guna 2 hingga 3 mata kail.
Sekiranya anda ingin melakukan teknik casting umpan ikan kembung maka sebaiknya gunalah perambut dawai tiga mata kail.
Apa yang penting ialah pastikanj jarak ketiga-tiga mata kail tidak boleh lebih panjang daripada umpan.
Panjang perambut dawai untuk casting tenggiri sebaiknya tidak terlalu panjang dan tidak pula terlalu pendek.
Perambut yang terlalu panjang akan menyulitkan untuk melakukan casting dan akan merencatkan aksi renangan umpan.
Sementara perambut yang terlalu pendek pula terdedah kepada risiko sambaran terkena pada tali utama dan putus.
Jadi, saya menyarankan maksimum perambut dawai tidak lebih dari sekaki panjang diikat bersama tiga bentuk mata kail saiz 3/0.
soalan seterusnya Boleh Ke Guna Cacing Tanah Pancing Muara?
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan