Korang Tanya Umpan Jawab – Boleh ke Tekong Ambil Ikan Yang Dia Pancing?

Share

 

Korang Tanya Umpan Jawab – Boleh ke Tekong Ambil Ikan Yang Dia Pancing?

SOALAN:

Admin mohon sikit penjelasan dan pendapat dari admin. Situasinya di mana tekong dan awak-awak ikut sama memancing dengan pemancing, bila dapat ikan… mereka ambil ikan-ikan tersebut.

Bukannya diberi kepada pemancing yang mengeluarkan duit sewa bot. Tak cukup dengan itu, boleh pulak diorang offer kepada pemancing kalau nak beli ikan-ikan tu. Apa pendapat admin?!

 

JAWAPAN:

Senario yang anda suarakan ini bukanlah perkara baru malah sudah kerap kali juga menjadi topik perbincangan sehingga kini. Walau bagaimana pun admin akan cuba perjelaskan senario `pakej’ trip memancing yang ditawarkan oleh tekong atau pengusaha bot memancing.

Admin mengandaikan trip yang anda maksudkan ini ialah trip bottom laut dalam. Mungkin sebelum kejadian ini anda belum pernah sertai trip di mana tekong atau awak-awak tidak turut serta memancing. Jika ikut sama memancing pun sekadar main-main dan jika dapat ikan akan diberikan kepada pemancing atau dijadikan lauk .

 

Namun terdapat juga tekong dan awak-awak ikut sama memancing (lazimnya di bahagian bot) dan ikan yang diperoleh akan menjadi milik mereka. Kekeliruan ini berlaku kerana anda dinyatakan `pakej’ ini oleh tekong kerana mungkin mereka menyangka anda dan ahli trip yang lain sudah sedia maklum tentang perkara ini.

 

Kekeliruan ini juga tidak akan berlaku sekiranya anda bertanya terlebih dahulu `pakej’ yang ditawarkan olehnya. Oleh yang demikian, ada baiknya anda buat sedikit homework sebelum menyertai mana-mana trip memancing.

 

 

Secara peribadi pula admin lebih gemarkan pakej ini kerana secara tidak langsung akan mendorong tekong untuk mencari lubuk yang bagus. Bukan sekadar bawa pemancing ke sesuatu lubuk yang tidak pasti potensinya, kemudian labuhkan bot dan masuk tidur.

Published by
Amang