Tidak dinafikan kegunaan soft plastic (SP) banyak diaplikasikan dari tebing (landbase) terutamanya di kawasan persisiran pantai bertebing berbatu.
Namun ia juga boleh diaplikasikan di kawasan perairan yang lebih dalam sama ada di kelong, rumah rakit atau di tengah laut dengan pendekatan dan teknik berbeza.
Bagi kes pancingan di kawasan unjam berkedalaman 30 hingga 50 kaki, penggunaan pemberat (jighead) adalah perlu untuk memastikan SP dapat jatuh ke dasar dan tidak dihanyutkan jauh oleh arus.
Jatuhan semula jadi tanpa jighead mungkin lebih efektif namun ia terlalu perlahan bagi kawasan berarus dan pegun seperti di kelong.
Ads
Manakala pemberat yang keterlaluan akan menyebabkan SP jatuh ke lubuk tanpa aksi yang menarik sekaligus menyebabkan ia tidak menerima perhatian daripada ikan.
Oleh yang demikian pemberat yang bersesuai amat penting untuk mempamerkan persembahan jatuhan yang lebih realistik.
Ads
Harus diingat, persembahan jatuhan SP ini amat penting kerana waktu jatuhan SP ke dasar inilah peratusan sambaran lebih tinggi.
Faktor bau dan perisa turut membantu SP menarik perhatian ikan. Jadi, disamping perlu menggayakan persembahan SP secara semulajadi, SP turut perlu diperisakan dengan bau-bauan yang sewajarnya ketika mengaplikasikan SP di kawasan kelong dan sebagainya.
Ads
Perisa bauan untuk disapu pada SP kini mudah dicari di pasaran dengan kepelbagaian bau.
Apa pendapat anda? Berikan soalan dan share artikel ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Boleh tak admin beri penjelasan sedikit tentang coldbox untuk menyimpan ikan. Coldbox jenis mana yang lebih sesuai, sama ada berengsel atau penutup boleh cabut atau cerai. Berapa lama ketul ais boleh tahan dalam setiap kotak penyejuk dan jenis ais macam mana yang sesuai untuk menyimpan ikan?
JAWAPAN:
Padu betul soalan ni. Sebenarnya kedua-dua jenis coldbox yang disebutkan itu boleh digunakan asalkan ia memenuhi keperluan kita terutama jika dilihat dari sudut kos mampu milik.
Tetapi dari segi penggunaan coldbox yang mampu menahan ais daripada cepat cair adalah yang baik. Namun yang berengsel lebih elok kerana penutup boleh cerai mudah hilang atau melayang ditiup angin ketika atas bot.
Ais kalau benar-benar masak (dibekukan dalam tempoh yang cukup) boleh bertahan sehingga seminggu jika kekerapan buka-tutup coldbox adalah minimum dan tidak terdedah kepada persekitaran yang panas.
Ini berdasarkan pengalaman saya membawa seketul ais kiub sebesar 54 liter. Trip memancing selama lima hari di kawasan pedalaman hulu sungai. Sewaktu pulang baki ais yang beku berkurang kira-kira 20liter dan masih mencukupi untuk kami menyejukkan ikan untuk dibawa pulang ke ibu kota.
Bot nelayan pula mampu menyediakan bekalan ais yang cukup untuk dua minggu di laut dengan syarat disimpan dalam bekas yang kedap udara.
Terdapat empat jenis ais yang biasa digunakan iaitu jenis kuib besar, ais mesin atau kisar, ais kiub berongga serta ais tiruan (bahan kimia atau air disimpan dalam bekas tertutup). Paling sesuai ialah ais kisar kerana ia boleh menjimatkan ruang dan boleh dipadatkan.
Dari pagi sampai petang kami berjigging, hasilnya… kumpau. Cuaca pada hari itu memang kurang baik. Hujan renyai dan sekali-sekala petir dan guruh berdentum. Menurut kata tekong, petir dan guruh itulah yang menyebabkan ikan takut dan kami pun kumpau. Apa pendapat admin?
JAWAPAN:
Pengalaman yang saudara alami mengingatkan admin kepada peristiwa yang pernah dilalui. Bezanya admin memancing udang galah di kolam bukannya di laut. Cuaca pada malam itu cukup baik tiada hujan atau guruh dan petir.
Cuma kebetulan pada malam itu merupakan sambutan Tahun Baru Cina dan meriah dengan dentuman mercun berdekatan kolam. Kesan daripada bunyi bising dari mercun itu mengakibatkan admin dan pemancing pulang dengan tangan kosong.
Admin percaya, bunyi yang terlalu bising itu telah mempengaruhi rutin atau tabiat makan udang galah tersebut. Walaupun tiada fakta yang membuktikan ikan takut kepada bunyi yang kuat seperti guruh, namun kebanyakan tekong berpengalaman yang ditemui bersetuju kesan daripada cuaca yang kurang baik disulami pula dengan petir dan guruh yang menghasilkan gema di dalam air ini akan mempengaruhi tabiat ikan.
Kebanyakan trip memancing yang dilakukan pada waktu itu agak merudum. Ini kerana ikan menjadi pasif. Terutamanya di perairan cetek kurang daripada 100 kaki. Apabila anak-anak ikan atau ikan kecil tidak aktif mencari makanan secara tidak langsung ia turut mempengaruhi tabiat ikan-ikan pemangsa. Apabila ikan pemangsa tidak aktif dan tidak mahu buka mulut maka cerahlah peluang pemancing untuk kumpau.
Setiap rod atau joran pancing biasanya akan dicatatkan aksi dan kekuatannya oleh pengilang. Oleh boleh dilihat daripada nombor kekuatan yang diberikan, kita boleh mengagak jenis aksi joran terbabit.
Contoh, jika joran memaparkan kekuatan 20Ib-30Ib maknanya kekuatan joran adalah dari 20lb di bahagian hujung (tip) hingga maksimum 30lb di pangkal joran.
Kalau perbezaan kekuatan tidak ketara antara 20lb hingga 30lb, joran ini adalah joran aksi perlahan dengan lenturan parabolik. Sebaliknya, jika kekuatan dipaparkan ialah 8Ib – 30Ib maknanya joran ini adalah aksi cepat dengan lenturan tertumpu di bahagian hujung terlebih dulu.
Semakin besar jurang perbezaan kekuatan yang dipamerkan pada sebatang joran bermakna joran berkenaan memiliki aksi cepat dan sebaliknya. Aksi ‘ultralight’ pula merujuk kepada joran kecil seperti joran udang yang kekuatannya daripada 2lb hingga 8lb Status ‘heavy action’ pula merujuk kepada joran berkekuatan melebihi 80lb atau minimum aksi hujung dengan 50lb.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...