Korang tanya umpan jawab – Boleh ke guna braided lama?

Share

 

SOALAN:

Hujung minggu lalu saya telah membeli segulung tali braided 300meter untuk dimasukkan ke dalam overhead reel saya.

Selepas membuang tali lama dari spool, saya dapai tali lama hampir separuh bahagian dalam tali masih dalam keadaan baik.

Boleh tak saya guna balik tali lama tetapi masih elok lagi tu? Maklum sajalah harga braided ni keras sikit… jadi dapatlah saya berjimat.

baca juga apa tali pilihan korang?

 

JAWAPAN:

Tidak dinafikan tali sulam atau braided ni mahal sikit harganya. Oleh yang demikian, sebaiknya braided ini dijaga dengan rapi.

Saya sendiri boleh dikatakan semua reel yang digunakan tidak kira pancingan air masin atau air tawar menggunakan braided.

 

Penjagaan braided ini tidak sesukar mana. Sekiranya braided pada bahagian hadapan sudah mula pudar warna, menjadi nipis atau berbulu, selalunya saya akan terbalikkan punca tali tersebut.

 

Punca tali bahagian hadapan ditukar ke belakang dan punca belakang ditukar ke hadapan. Dengan perbuatan demikian tali yang sudah lama boleh digunakan sekali lagi sebagaimana menggunakan tali baru.

 

Kerosakan tali sebenarnya bergantung kepad kekerapan anda menggunakannya, di mana dan jenis-jenis ikan yang dipancing.

Sesetengah pemancing boleh menggunakan segulung tali braided sehingga bertahun-tahun lamanya, tetapi ada juga pemancing yang hanya menggunakannya beberapa bulan saja.

 

Selalunya, bila sudah digunakan agak lama, 50-100meter tali di bahagian luar akan kelihatan berbulu. Untuk mengelakkan pembaziran, ketika inilah saya akan terbalikkan punca tali. Tetapi, untuk terbalikkan tali agak leceh juga.

 

Cara yang paling senang adalah dengan gulung keluar dahulu tali dari spool kekili ke spool kosong (contohnya koyan atau spool bekas tali yang sepadan dengan muatan tali).

Bila siap digulung, tali tersebut sekali lagi perlu digulung masuk ke dalam spool yang lain pula.

 

Kemudian barulah boleh menggulungnya masuk ke dalam spool kekili yang ingin digunakan. Dengan cara demikian barulah tali dapat diterbalikkan.

Untuk kerja-kerja ini biasanya saya gunakan alatan elekrik bagi mengurangkan lenguh menggulung.

baca juga nisbah saiz perambut dan mainline

 

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

 

Published by
Amang