Memancing ketika hujan lebat dan cuaca buruk sememangnya mengundang risiko. Risikonya terdiri daripada beberapa aspek, antaranya:
Pertama; Kebanyakan joran yang digunakan hari ini diperbuat dari bahan graphite yang mampu menarik sambaran kilat.
Oleh yang demikian, kita perlulah turunkan joran dan simpan di bawah (baringkan di lantai bot atau daratan) sekiranya terdapat petir.
Jika tiada petir sekali pun sebaiknya lakukan langkah keselamatan kerana kita tidak dapat menjangka kejadian ribut petir.
Kedua; apabila kita berada di tengah laut, tasik atau di tebing sungai di mana tiada terdapat pokok atau objek yang lebih tinggi daripada kita maka kemungkinan disambar petir adalah amat tinggi.
Ads
Ketiga, bahaya dari kepala air, terutamanya apabila kita memancing di muara sungai dan sungai-sungai di pergunungan atau hutan serta peningkatan air secara mendadak di
sebabkan pengaliran air yang banyak dari hulu. Jadi segera keluar atau naik ke lokasi yang lebih tinggi kerana kepala air akan meranapkan apa sahaja di hadapannya.
Ads
Keempat, bahaya perubahan suhu. Ia boleh menyebabkan suhu badan kita turun dengan mendadak yang mendorong berlakunya demam. Lebih-lebih lagi kejadian hujan panas.
Sebenarnya, Ikan amat aktif makan selepas hujan lebat terutama sekali di kawasan muara sungai sebab terdapat banyak serangga dan makanan yang di hanyutkan air semasa hujan lebat.
Bagi kawasan laut pula ikan amat aktif sebelum hujan. Sebabnya saya masih mengkaji tetapi pengalaman menunjukkan ini selalu berlaku semasa saya memancing.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Saya amat meminati pancingan di muara dan gemar memburu ikan-ikan bersengat seperti sembilang. Baru-baru ini akibat kurang berhati-hati saya telah terkena sengat ikan sembilang ini dan bisanya terpaksa saya tanggung selama beberapa hari.
Bolehkah admin kongsi bersama saya dan pemancing yang lain antara petua untuk menghilangkan bisa akibat sengatan ikan bersengat ini?
JAWAPAN:
Ikan bersengat ni ada bermacam-macam jenis. Sembilang, duri, pari, usat-usat dan belukang antara ikan bersengat yang perlu dikendalikan dengan berhati-hati bila menaikkannya. Bisa akibat sengatan ini memang boleh memakan masa untuk sembuh dan ada juga kes yang boleh membawa maut. Cara moden yang biasa digunakan ialah mendapatkan suntikan di klinik mahupun hospital.
Namun, ada juga petua orang-orang lama yang boleh kita gunakan jika terkena sengatan ikan bersengat seperti sembilang ini. Antara petua yang paling popular digunakan ialah dengan meletakkan asam jawa pada tempat yang terkena sengatan tersebut dan biarkan untuk beberapa minit. Insyaallah kesakitan akan beransur hilang.
Cara lain yang boleh digunakan ialah gunakan 2 atau 3 sudu serbuk kopi dan campurkan air panas yang mendidih. Kemudian, ambil kain dan sapukan di tempat yang disengat. Jika kesakitan masih berterusan, cepat-cepatlah dapatkan rawatan selanjutnya di klinik ataupun hospital.
SOALAN: Boleh admin jelaskan jenis-jenis joran yang ada dan fungsinya?
JAWAPAN:
Pada asasnya, joran atau fishing rods terbahagi kepada 3 kategori utama iaitu pole rod, batcasting rod dan spinning rod.
Pole Rod
Pole rod adalah merujuk kepada joran yang paling asas iaitu joran yang tidak memiliki cincin (guide) dan tidak menggunakan kekili. Hanya pada hujung joran atau tip sahaja terdapat seutas tali yang digunakan untuk menyambungkannya dengan tali utama. Pole rod ini digunakan secara meluas dalam teknik pole fishing atau course fishing. Di Malaysia, lazimnya pole rod ini digunakan untuk memancing ikan-ikan kecil seperti sepat, puyu serta udang galah di kolam-kolam komersial.
Baitcasting Rod
Baitcasting rod atau joran yang dipadankan dengan kekili menegak ini boleh dianggap sebagai joran yang berlawanan dengan joran untuk kekili mendatar. Selain itu baitcasting rod ini lazimnya memiliki trigger atau pemetik bagi mengukuh lagi pegangan tangan pada joran dan kekili. Ini adalah kerana kekili pada joran ini akan diletakkan menegak di atas joran. Selain itu terdapat beberapa ciri lain yang membezanya.
Spinning Rod
Secara asasnya spinning rod ini adalah sama sahaja dengan baitcasting rod. Perbezaan paling ketara joran ini tidak memiliki trigger sebagaimana joran kekili menegak. Disebabkan joran ini digunakan bersama kekili mendatar maka cincin pertama joran lebih besar berbanding joran kekili menegak. Begitu juga dengan jumlah cincin lazimnya ia lebih sedikit berbanding baitcasting rod.
Boleh tak admin ceritakan sikit apa kelebihan gewang rattling berbanding gewang yang lain?
JAWAPAN:
Gewang rattling atau rattlebaits merupakan gewang jenis tanpa bibir (lipless rattlebaits). Gewang jenis ini tidak terlalu fokus pada gaya renangan sebaliknya lebih kepada sistem getaran.
Gewang rattlin juga mempunyai prinsip yang sama seperti blade, sejenis gewang seakan sesudu namun diposisikan dan memberikan impak seperti gewang rattling.
Kelebihan gewang rattlin ialah getaran yang menghasilkan bunyi gemerincing yang mampu menarik perhatian ikan.
Malah gabungan goyangan yang menggoda dan bunyi gemerincing dalam frekuensi tinggi mampu menarik perhatian ikan berbanding gewang renangan biasa.
Gewang rattlebaits dianggap gewang yang versatil kerana selain faktor goyangan, getaran dan bunyi gemerincing, ia turut hadir dengan pilihan warna yang bukan saja menarik perhatian ikan malah mata pengilat untuk memilikinya.
Saya sendiri meminati gewang rattling ini kerana ia boleh menghasilkan balingan yang.
Apabila ingin mencari pemangsa yang bersembunyi jauh ke dalam lubuk, gewang rattling dari jenis tenggelam ini akan mudah disuakan di depan pemangsa.
Lantaran ia mampu beraksi dengan baik baik dalam variasi kelajuan maka peluang untuk merasai strike itu lebih cerah.
Tiga tahun mengejar ilmu, akhirnya aku lulus semua ujian ku. Bulan depan aku akan memiliki ijazah sarjana muda ekonomi perniagaan. Sementara itu aku cadang...