Sebagai panduan sebelum membelinya, tuan bolehlah merujuk kepada pemancing yang pernah menggunakannya. Saya percaya semua gewang terutamanya yang berjenama besar telah diuji keberkesanannya. Lagipun, jika saya menamakan sesuatu model gewang dan tuan membeli tetapi hasilnya kumpau, ia boleh mendatangkan persepsi negatif pula.
Dalam istilah produksi, gewang crankbait adalah sinonim kepada gewang jerkbait. Justeru itu ia kelihatan hampir sama saja bentuk. Walau bagaimana pun, gewang crankbait lebih merujuk kepada gewang selaman dalam dengan memiliki lidah atau bip yang panjang.
Ads
Sementara gewang jerkbait kebanyakannya memiliki body panjang dan ada juga yang tidak memiliki lidah gewang. Dari segi penggayaan pula, gewang jerkbait perlu dikarau dengan aksi jerking untuk menghasilkan aksi renangan. Sementara gewang crankbait didatangkan dengan aksi renangan sedia ada dan hanya perlu dikarau perlahan atau pantas.
Ads
Bagi menghadapi ikan yang sombong dengan gewang topwater ketika faktor air yang jernih, selain menukar gewang crankbait atau jerkbait, warna dan aksi gewang juga perlu dimainkan dengan tepat. Hakikatnya, untuk menjinakkan pemangsa ketika air jernih banyak perkara perlu diambil kira kerana pada ketika ini deria penglihatan ikan berada dalam keadaan terbaik untuk menilai setiap mangsa sebelum membahamnya.
Ads
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikan kenerak juga dikenali sebagai ikan baung askar bagi sesetengah tempat. Nama baung askar merujuk kepada warna atau corak pada badannya yang berwarna samaran hijau seakan-akan warna yang sinonim dengan uniform askar.
IKAN PATUNG
Nama saintifik: Pristolepis fasciatus
Nama global: Malaysian leaffish
Nama tempatan: Ikan patung, kepar
Ikan patung atau ikan kepar merupakan spesies seakan-akan puyu. Ikan patung mungkin diberi nama kerana kebolehan ikan ini statik dalam air seakan-akan patung. Selain itu, nama Kampung Sungai Kepar di Perak juga mengikut asal-usulnya mengatakan diambil nama sempena ikan kepar.
IKAN PARANG
Nama saintifik: Macrochirichtys macrochirus
Nama global: Long pectoral-fin minnow
Nama tempatan: Ikan parang, parang-parang, cabuk
Ikan parang mempunyai bentuk badan yang lebih panjang dan berwarna perak. Bentuk badannya ini seolah-olah sebilah parang yang tajam dan berkilat memungkinkan spesies ini digelar ikan parang.
IKAN SETAN
Nama saintifik: Lepidocybium flavobrunneum
Nama global: Escolar
Nama tempatan: Ikan setan, eskolar
Ikan escolar atau juga digelar ikan setan di sesetengah tempat merupakan ikan air masin. Spesies ini digelar ikan setan oleh sesetengah kaki pancing kerana warna badannya kehitaman ditambah matanya yang cukup menggerunkan. Mendiami perairan dalam dan kawasan terumbu karang di Sabah dan Sarawak.
IKAN SEBELAH
Nama saintifik: Pseudarhambus spp
Nama global: Flounders
Nama tempatan: Sisa nabi, ikan sebelah
Spesies ini unik bukan pada namanya sahaja tetapi juga bentuk badannya. Jika dilihat pada bentuk badannya, tidak sukar mengagak kenapa ikan ini digelar ikan sebelah. Ikan yang nipis ini kelihatan seolah-olah mempunyai separuh atau sebelah saja badannya.
IKAN TEBAL SISIK
Nama saintifik: Puntius binonatus
Nama global: Spotted barb
Nama tempatan: Tebal sisik
Nama ikan tebal sisik juga cukup unik jika difikirkan. Ikan dari genus Puntius ini merupakan ikan bersisik dan berwarna perak berkilau. Tidak mustahil nama tebal sisik diambil sempena sifat sisiknya yang tebal.
IKAN KEKEK
Nama saintifik: Leiognathus fasciatus
Nama global: Ponyfish, slipmouth
Nama tempatan: Ikan kekek
Asal datangnya nama ikan kekek ini kurang jelas. Malah maksud kekek itu sendiri pun kurang jelas sama ada loghat atau mempunyai maksud sebenar. Namun, namanya tetap unik dan cukup popular kerana nama ikan kekek ini ada dalam salah satu lirik lagu rakyat.
IKAN UJI RASHID
Nama saintifik: Selar boops
Nama global: Oxeye scad
Nama tempatan: Ikan lolong, ikan Uji Rashid
Nama ikan ini pun begitu unik sehingga mendapat gelaran nama Uji Rashid iaitu penyanyi dan pelakon. Kisahnya ialah kerana Uji Rashid mempunyai mata yang besar ketika zaman popularnya. Dek kerana itu, dia juga digelar ikan lolong yang juga mempunyai mata besar.
Bolehkah jig dan gewang digunakan untuk memancing dari atas kelong, rumah rakit atau tepi sangkar ikan?
Apakah warna gewang paling sesuai untuk menawan, sekali gus menewaskan siakap atau senangin di kawasan terbabit?
JAWAPAN:
Tiada masalah untuk anda cuba menggunakan jig atau gewang di kelong, rumah rakit atau sangkar ikan.
Sebaliknya bukan saja boleh malah anda harus mencuba teknik pancingan ini apabila mengunjungi padang pancing sebegini.
Selain gewang dan jig, anda juga boleh candat (egi) untuk mencandat sotong terutamanya sotong mengabang.
Namun penggunaan jig dan gewang selaman bergantung kepada kesesuaiannya dengan keadaan paras dan dasar air.
Struktur di dalam juga perlu diperhatikan juga kerana jika banyak terdapat kalangan di dalam air ia akan menyebabkan risiko gewang atau jig tersangkut adalah tinggi.
Bagi penggunaan warna gewang pula, tiada warna khusus yang boleh diperkatakan kerana persembahan gewang dan persekitaran air turut memainkan peranan.
Bagaimanapun, bagi siakap liar, warna biru boleh dikatakan antara warna yang paling popular.
Adalah bonus sekiranya, anda terlihat deburan air atau melihat ikan kecil seolah melarikan diri.
Segeralah baling gewang setepat yang mungkin kerana ia petanda ikan besar dan di muara, prospek utamanya berkemungkinan besar adalah siakap.
Untuk senangin, anda boleh menggunakan jig kecil sama ada dengan cara cast jigging (menggunakan mikro jig) atau mengunjunnya dari atas sangkar (bergantung di manakah lokasi sangkar).
Melalui kaedah ini, besar kemungkinan, spesies lain juga boleh dijerat seperti kerapu, baby GT, siakap merah yang mungkin berada di bawah tiang-tiang kelong atau rumah rakit.
Pengalaman penulis sendiri pernah menaikkan siakap liar dengan menggunakan spoon atau sesudu di tepi sangkar ikan.
Di rumah rakit dan kelong pula penulis mendaratkan alu-alu dan kerapu menggunakan gewang.
Dengan menggunakan mikro jig pula pernah mendaratkan ebek, senangin dan kerapu. Dan dengan menggunakan candat pula di kelong hampir semua jenis sotong sudah berjaya didaratkan.
Salam admin, saya nak tanya… betul ke umpan kolam tak boleh pakai dekat habitat liar?
Contoh umpan ikan-ikan kolam air tawar kalau guna dekat sungai, ikan target tak mahu makan?
JAWAPAN:
Sukar juga untuk saya bersetuju dan tidak bersetuju dengan pendapat anda ini. Ini kerana pendapat anda ini ada pro dan kontra tersendiri.
Ini kerana, pada asasnya kebanyakan umpan yang digunakan untuk pancingan kolam komersial air tawar adalah umpan asas untuk pancingan ikan liar di sungai.
Sebagai contoh, jika kita memancing ikan patin liar di sungai menggunakan umpan roti, umpan yang sama juga digunakan untuk memancing patin di kolam.
Bezanya adalah dari segi penggayaan dan persembahan umpan.
Jika anda maksudkan umpan kolam ini berupa bahan perisa seperti strawberi, pandan, pisang, badam atau sebagainya yang dicampurkan dengan umpan asas tidak sesuai digunakan untuk memancing di sungai, ia mungkin ada betul mungkin juga tidak.
Ini kerana bahan asas umpan itu tetap merupakan makanan ikan. Sementara bahan perisa itu yang dicampurkan itu berperanan sebagai daya penarik kepada ikan untuk mendekati umpan.
Apa yang paling utama sebenarnya adalah umpan yang digunakan untuk tepat untuk ikan sasaran.
Tentu saja jika anda menggunakan umpan roti berperisa strawberi untuk memancingkan ikan sebarau liar, tentu saja ia tidak akan berkesan.
Malah ikan sebarau kolam pun tidak akan memakannya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...