SOALAN:
Saya ada terdengar orang cakap kalau pakai rod custom lebih bagus sebab lebih kuat dari rod biasa yang beli kat kedai pancing. Betul ke atau apa pendapat admin tentang perkara ni?
baca juga cara mudah cabut joran ketat
JAWAPAN:
Saya rasa dakwaan tersebut agak berlebihan. Pada asasnya sama ada joran ready made atau custom made mempunyai tujuan yang sama ketika aktiviti memancing. Tidak banyak perbezaan antara keduanya.
Bezanya, ia satu kepuasan yang sukar untuk dijelaskan apabila menggunakan joran buatan tangan.
Jika hendak dibuat penjelasan, ia bolehlah diibaratkan seperti menempah baju Melayu atau baju kurung. Apa yang membezakan baju Melayu ready made dan custom (kedua-duanya fabrik yang sama) adalah kualiti jahitan.
Lazimnya kualiti jahitan baju Melayu custom lebih baik dari ready made. Atas sebab itulah baju Melayu custom lebih tahan walaupun kedua-duanya tetap boleh koyak jugak.
Begitu juga dengan joran buatan tangan atau rod custom. Tentu saja rod custom akan lebih berkualiti dan lebih tahan berbanding rod keluaran kilang meskipun menggunakan material (blank) dan kekuatan yang sama.
Selain itu, kelebihan rod custom ini semuanya kita boleh tentukan sendiri dari pemilihan material blank joran, jenis cincin dan jumlahnya dan pelbagai lagi mengikut cita rasa kita sendiri.
Cuma, untuk memiliki rod custom ini mungkin anda perlu mengeluarkan belanja yang lebih. Namun bagi seorang pemancing, alah membeli menang memakai. Biasanya, rod custom dibuat untuk kepuasan secara individu.
baca juga pakar rod custom
Rekaan dan ukuran serta jenis blank juga mempengaruhi hasilnya nanti selain ukurannya memang dibuat khas untuk tuannya sahaja. Lagi pun, apa yang memberikan lebih kepuasan ialah rod tersebut hanya ada SATU sahaja dalam dunia.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan