Saya baru nak main laut… tapi ada soalan nak bertanya. Betul ke kalau kita mancing laut nak beli tali, kita kena cakap kat taukey kedai tu dalam yard?
Sebab ada member bagitahu, kalau kita sebut dalam yard taukey kedai bagi harga murah.
JAWAPAN:
Betul! Memang betul la kalau kita beli dalam unit yard atau ela, pasti ia akan lebih murah berbanding dalam unit meter. Sifirnya cukup mudah… ini dia perkiraan untuk anda faham.
1meter = 100cm
Ads
1yard = 91.44cm
1meter = 39.37inci
1yard = 36inci
Jika 1meter tali berharga 10sen, 100meter bersamaan RM10.00. Dan jika anda membeli 100yard, ia bersamaan RM9.14.
Ads
Jadi, saya tidak nampak sesuatu yang pelik jika kita beritahu taukey kedai dalam yard, kita akan dapat harga murah.
Namun anda hanya boleh membeli tali dalam perkiraan yard bagi tali pancing yang dijual mengikut ukuran saja. Bukan untuk tali pancing yang didatangkan dengan ukuran yang telah ditetapkan.
Ads
Dan jika ada taukey kedai yang akan memberi harga lebih murah hanya dengan menyebut yard (tapi dapat 100meter dan bukannya 100yard), bolehlah pm kat kedai mana buat macam tu.
Admin teringin juga nak cari kedai pancing yang taukeynya amat pemurah ni.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Boleh tak admin bincang perihal perangai para pemancing yang gemar pertikai apa saja tangkapan pemancing lain. Sebagai contoh, kalau kita kata ikan yang kita landed tu 20 kg, diorang cakap tak sampai 20 kg. Kalau kita kata fight ikan tu dua jam, diorang kata pulak takkanlah sampai dua jam… kalau diorang, 5-10 minit dah naik.
JAWAPAN:
Pertama sekali admin nak ucapkan selamat datang ke dunia pemancing. Sebagaimana ikan yang terdapat pelbagai famili dan spesies, begitu jugalah dengan pemancing yang terdiri daripada pelbagai jenis perangai dan ragam.
Setakat mempertikai berat hasil tangkapan atau tempoh pertarungan pemancing lain itu sudah menjadi satu perkara yang lumrah. Apatah lagi jika kita tidak dapat menyertakan buktinya. Malah, kalau disertakan bukti sekalipun belum tentu tiada lagi suara-suara sumbang akan kedengaran.
Tentu saja apa yang dipertikaikan itu menerbitkan rasa sakit hati. Namun semua itu tidak perlulah difikirkan sangat. Anggap saja semua itu sebagai satu cabaran yang harus dihadapi. Perasaan iri dan dengki antara sesama pemancing sememangnya tidak mudah untuk dikikis.
Jika anda tidak bersedia untuk dipertikai, dikecam atau sebagainya, ikut saja cara admin buat. Setiap kali admin post hasil tangkapan, admin tidak menyatakan berat sebenar dan tempoh pertarungan. Oleh yang demikian para netizen tiada point untuk menafikan atau mempertikai apa-apa pun.
Ini kerana terdapat juga pemancing yang up diri sendiri dengan melebihkan berat hasil tangkapan dan tempoh pertarungan sebenar.
Saya baru nak berjinak-jinak dengan dunia memancing ni. Saya dah pernah memancing tetapi belum pernah beli lagi barang-barang pancing. Boleh tak admin beri sedikit tip untuk membeli set pancing kolam air tawar?
JAWAPAN:
Pertama sekali kami nak ucapkan selamat datang ke dunia memancing, hobi berbau hanyir yang paling popular di Malaysia. Untuk membuat satu posting tentang tatacara membeli set memancing ini sebenarnya terlalu subjektif dan panjang untuk dihurai. Namun kami bagi sedikit tip asas untuk anda bagaimana untuk membeli peralatan memancing.
Pertama sekali anda kena pastikan lokasi padang pancing dan spesies apa yang hendak dipancing. Sebagai permulaan kami sarankan lokasi padang pancing ialah kolam komersial air tawar dan spesies yang ingin dipancing adalah ikan patin bersaiz sederhana (2-7 kg).
Terdapat 3 peralatan asas utama yang perlu anda miliki terlebih dahulu ialah…
Kekili
Terpulang kepada jenama kekili yang korang minat dah bergantung kepada bajet. Saiz kekili atau mesin memadai siri 2000 hingga 5000. Anda boleh pilih kekili untuk air tawar atau air masin namun lazimnya kekili khusus untuk air masin lebih mahal. Jika berkemampuan, elok beli kekili khusus untuk air masin kerana ia juga boleh digunakan untuk pancingan air tawar.
Joran
Sebaiknya dapatkan joran berkekuatan 10-20 lb. Lagi tinggi kekuatannya pun tak mengapa. Lazimnya joran untuk air tawar masih menggunakan sukatan pound (lb) dan joran untuk air masin khususnya jigging menggunakan ukuran PE. Panjang joran pula bergantung kepada selera anda. Namun disarankan saiz yang praktikal ialah 5-7 kaki
Tali
Anda boleh menggunakan tali sulam atau tangsi namun bagi pancingan kolam air tawar penggunaan tali tangsi adalah lebih praktikal. Jika menggunakan tangsi pastikan ia bersesuai dengan joran. Jika menggunakan joran 10-20lb maka tangsi yang digunakan sebaiknya jangan lebih daripada 20lb.
Boleh tak admin jelaskan berapa lama jangka hayat tali sulam dan mono (tangsi) yang sesuai digunakan untuk memancing?
Adakah ia perlu ditukar untuk tempoh tertentu seperti selepas tiga bulan atau enam bulan digunakan.
JAWAPAN:
Jangka hayat bagi tali pancing sama ada sulam atau mono bergantung kepada beberapa faktor. Antara faktor atau aspek tersebut ialah kekerapan, cara penggunaan, geografi kawasan padang pancing, cara penyimpanan dan tahap kuali tali itu sendiri.
Jika ia kurang digunakan, kurang bergeseran ketika digunakan, cara penjagaan yang sempurna dan berkualiti, maka ia mampu bertahan sehingga bertahun-tahun lamanya.
Saya sendiri masih menggunakan tali pancing yang sudah menjangkau usia lebih sepuluh tahun. Yang penting ialah cara penjagaan serta cara mengesan masalah pada tali pancing yang perlu ditukar.
Antara langkah penjagaan yang sering saya amalkan ialah membersihkan tali selepas digunakan dan tidak menyimpannya di dalam gelendung kekili, sebaliknya dikeluarkan dari gelendung dan disimpan pada bekas simpanan tali yang asal.
Terdapat beberapa cara untuk mengesan keadaan tali bagai menilai sama ada ia perlu ditukar atau sebaliknya. Tali pancing perlu ditukar apabila ia tidak licin dan berbulu.
Apabila ia rapuh dan senang putus apabila kita merentapnya. Apabila ia bertukar warna atau luntur warna asalnya dan bila ia mempunyai kesan calar serta tahap kerinting yang melampau (tali mono).
Tali mono akan menjadi kerinting dan kurang sesuai digunakan jika dibiarkan lama berada di dalam gelendung kekili.
Tiga tahun mengejar ilmu, akhirnya aku lulus semua ujian ku. Bulan depan aku akan memiliki ijazah sarjana muda ekonomi perniagaan. Sementara itu aku cadang...