SOALAN:

Boleh tak admin jelaskan bahagian joran yang mana perlu dijaga supaya boleh tahan lama?

 

JAWAPAN:

Sebenarnya dari hujung hingga ke pangkal joran harus dijaga namun dihuraikan bahagian-bahagian yang harus diberikan perhatian lebih.

 

Cincin

Terutamanya bahagian dalam cincin yang diperbuat daripada seramik kerana jika terdapat sedikit tekanan yang dikenakan ke atasnya ia mudah pecah. Ini kerana sifat seramik itu sendiri yang keras tetapi rapuh.

Sementara bahagian cincin yang perlu diberikan perhatian ialah cincin hujung kerana ia merupakan tumpuan utama tali dikenakan ke atasnya.

 

Tip

Lazimnya tip atau bahagian hujung joran yang paling banyak patah pada sesebatang joran kerana ia point atau titik yang paling lemah dalam pembinaan joran.

Namun insiden di luar memancing lebih kerap mematahkan tip ini berbanding ketika sedang memancing seperti patah ketika sedang menyimpan di dalam sarung, patah akibat terpijak, terhimpit atau tersepit pada pintu kereta.

 

Epoksi

Gam atau varnis dan ikatan benang perlu bergabung antara satu sama umpama ikan dan air. Jika epoksi terkopek, ikatan benang akan terdedah dan mudah luka sekaligus menyebabkan ia mudah putus.

 

Penyambung joran

Ia berlaku kepada joran bersambung atau 2 pieces terutamanya joran yang diperbuat daripada fibre glass atau gentian kaca. Penyambung joran gentian kaca diperbuat daripada logam dan murah menggerutu akibat proses pengoksidaan.

 

Pemegang joran

Ia tidak mudah rosak tetapi terdedah kepada kerosakan kerana ramai pemancing yang gemar mencucuk mata kail pada pemegang joran.

 

baca juga Korang Tanya Umpan Jawab – Berapa Cincin Sepatutnya Pada Joran?

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan