SOALAN:

Salam, boleh admin jelaskan apa masalah dengan ikan peracok bass ni? Teruk sangat ke spesies memusnahkan spesies tempatan?

baca juga betul ke ikan lampam makan gewang?

 

JAWAPAN.

Sbelum menjelaskan pro dan kontra gejala pelepasan spesies pendatang ke sistem perairan kita, sebaiknya kita fahami dulu ekosistem perairan itu sendiri. Secara saintifiknya, setiap spesies mempunyai sifat dan habitat semula jadinya.

 

Habitat semula jadi ini merangkumi keseluruhan ekosistem sesebuah kawasan termasuk rantaian makanan, mangsa dan pemangsa. Kesemua inilah yang akan mengekalkan kestabilan dalam sesebuah ekosistem.

Ads

 

Spesies pendatang pula ialah apabila satu spesies dari habitat atau ekosistem lain masuk ke dalam habitat yang lain.

Spesies ini akan mengganggu kitaran asal sesebuah rantaian makanan kerana keperluan dan naluri untuk hidup.

 

Risiko spesies pendatang ini bukan hanya risiko memakan spesies asal, namun boleh berlaku kepada perebutan sumber makanan. Jika tidak dibendung, maka kemungkinan spesies asal untuk berkurangan amat besar.

Ads

 

Harus diingat PB atau peacock bass merupakan spesies pemangsa yang aktif, agresif dan tahap survival hidup yang tinggi. Malah ia juga merupakan pemangsa yang pelahap.

Sebagai ikan pemangsa sudah tentu ia akan menjadikan ikan-ikan serta krustesia sebagai sumber makanan.

 

Ia bukan sekadar bersaing merebut makanan yang sama dengan spesies pemangsa tempatan.

Ads

Dalam perebutan ini PB memiliki kelebihan ketara berbanding spesies pemangsa tempatan. Lebih memburukkan keadaan PB turut menjadikan spesies pemangsa tempatan yang lebih kecil serta anak-anak spesies pemangsa tempatan sebagai mangsanya.

baca juga kenali spesies temensis

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI