Korang Tanya Umpan Jawab – Apa hukum pancing haruan guna umpan katak hidup??

Share

 

Ada sebarang kemusykilan memancing? Jangan segan-segan untuk bertanya kepada kami dan kami pula tidak akan mendedahkan identiti anda.

 

SOALAN: Aku tengok kebanyakan pemancing otai main haruan guna umpan katak hidup. Setahu aku berdosa min… tapi takkan diorang tak tahu pasal ni. Apa pendapat admin?

baca juga apa dia fungsi swivel

 

JAWAPAN:

 

Dari Abdurrahman bin ‘tsman Al Qurasyi r.a. ia berkata, “Bahawa ada seorang doktor bertanya kepada Nabi Saw tentang katak yang akan dijadikan sebagai ubat. Maka Nabi saw melarang untuk membunuhnya.”

(HR. Nasa’i dan Abu Dawud, Hadis ini disahihkan oleh Imam Al-Hakim, Adz Dzahabiy rahimahumallah, dan Syeikh Albaniy rahimahullah)

 

Jumhur ulama berpendapat bahwa berdasarkan dalil dan kaidah di atas, membunuh katak hukumnya haram dan memakannya pun hukumnya haram.

Menurut beberapa riwayat, katak dilarang dibunuh karena suara katak merupakan tasbih dan katak berperanan dalam memadamkan api ketika Nabi Ibrahim dibakar.

 

Dari Abdurrazaaq dalam kitab Al-Mushannaf, Rasulullah saw bersabda,

“Berilah keamanan bagi katak (jangan dibunuh) karena sesungguhnya suaranya yang kalian dengar adalah tasbih, taqdis, dan takbir.

Sesungguhnya haiwan-haiwan meminta izin kepada Rabbnya untuk memadamkan api dari Nabi Ibrahim, maka diizinkanlah bagi katak. Kemudian api menimpanya maka Allah menggantikan untuknya panas api dengan air.”

(HR. Anas bin Malik, shahih, Abu Sa’id Asy-Syaamiy Ibrahim bin Abi ‘Ablah dan Abaan bin Shaalih, keduanya tsiqah).

 

Sudah jelas bahawa menggunakan katak sebagai umpan memancing adalah dilarang. Sama ada dimatikan terlebih dahulu apatah lagi mencucuknya hidup-hidup dengan mata kail.

Jika mereka sudah tahu hukumnya tetapi masih mengamalkannya, tiada apa lagi yang mampu kita lakukan.

baca juga persoalan air dan cuaca dalam memancing

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Published by
Amang