SOALAN:

Boleh tak admin jelaskan berapa banyak jenis ikan puyu? Setahu saya terdapat dua spesies puyu iaitu puyu kampung dan puyu Siam. Jadi, boleh tak admin jelaskan perbezaan puyu kampung dan puyu Siam?

 

JAWAPAN:

Saya bersetuju dengan pendapat saudara tentang jumlah spesies puyu namun ia tidak banyak diperkatakan dalam kajian saintifik. Namun jenis-jenis puyu ini lebih diperkatakan dalam dunia penternakan.

 

Ini memberi petanda, ada kemungkinan kelainan spesies puyu ini adalah hasil daripada pembiakan aruhan sebagaimana projek aruhan ikan tiliapia yang menghasilkan spesies yang berbeza-beza.

IKLAN

 

Walau bagaimana pun, dalam aspek penternakan ada menyatakan bahawa terdapat dua spesies puyu yang biasa diternak iaitu puyu Siam dan puyu kampung.

 

Bagi puyu Siam, ia boleh didapati di kawasan paya air payau. Ikan ini berwarna coklat. Mulutnya runcing sedikit dan terdapat bintik-bintik.

IKLAN

Puyu jenis coklat ini memang ada di seluruh negara bukan sahaja di Siam (Thailand), tapi di Malaysia kita dipanggil ‘puyu Siam’.

 

Induk betina puyu ini boleh mencapai 600gm seekor. Anak ikan puyu Siam lebih tahan lasak dan pembesarannya lebih cepat berbanding ikan puyu kampung tapi untuk

pembesaran yang cepat haruslah diberi makan yang cukup untuk pembesaran ikan puyu ini. Jangkamasa ternak dalam tempoh 3.5 – 4.5 bulan dipelihara dalam kolam.

IKLAN

 

 

 

Manakala puyu kampung pula ialah puyu yang berwarna agak kehijauan dan berbintik-bintik hitam di badan.

 

Puyu jenis ini lambat sedikit membesar untuk mencapai tahap 200 gram. Ikan puyu yang betina mengambil masa 6 bulan.

Tetapi kelebihannya ialah rasanya lebih manis dan kurang lemak dari puyu coklat atau puyu siam. Dikatakan terbukti lebih enak rasanya dari baka Siam.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI