Din Jugak

Memancing malam? Hehe… sedangkan bapak aku yang pemancing tegar pun berhenti mancing malam lepas kena suluh UFO (perkataan sopan untuk ganti nama penanggal/bola api)…. inikan pulak aku yang penakut pahit ni. Mancing malam boleh… asalkan tempat tu kawasan ramai orang. Jangan mimpi la nak ajak aku gi camping dalam hutan… hehe.

 

Korang Suka Mancing Malam Ke Siang??

 

Wqn SmOo Gp

Kalau saya tgk pada tmpt kalau nak mancing. Kalau siang tmpt yg teruk pun blh masuk, kalau malam kena cari port yg santai cont0h kolam ataupun tepi pantai yg ramai orang. Lagi 1 tgk pada group jugak.

 

Shaiful Azri Baharudin

Kalau saya lebih suka mancing siang kat laut luas pemandangan. Mancing di laut waktu siang boleh mengelak dari kita diserang lanun laut, kapal dagang. Malam best time mancing dgn kawan2 santai2 waktu malam tanpa berpanas.

 

Amirul Aizat

Ads

Bergantung pada spesies yg hendak ditawan. Mungkin byk risiko memancing di waktu malam ni…. ramai yg memilih siang dibandingkan malam. Tapi bagi saya… malam adalah yg terbaik.

 

Petre B. Romancon

Kalau mancing ke hulu sungai (hutan) biasanya saya akan guna dua teknik (set pancing ). Siang fully casting malamnya pula fully bottom dekat kawasan khemah.

 

Korang Suka Mancing Malam Ke Siang??

 

Mohd Akbar

Bagi saya mancing pada waktu siang lebih baik dari malam, bukan apa untuk keselamatan diri. Tapi kadang2 mancing malam pun seronok juga kalau ada kawan2 sambil buat camp fire.

Ads

 

Muhamad Hafiz

Bagi saya mancing waktu malam lagi seronok. Kena pulak pot yg baik… boleh bersantai dengan bunyi cengkerik.

 

Zahid Zainudin

Kalau malam eloklah ajak kawan 2-3 orang supaya keselamatan terjamin. Kalau siang ok je nak ajak kawan ke pergi sorang2, tapi baik ajak la boleh sembang masa mancing. Terserah pada cara masing2 yang penting enjoy.

 

Fakhrul Tahir

Ads

Bagi saya mancing malam ni syok sikit kerana tak perlu berpanas. Selain tu jugak hasilnya jugak lumayan kerana ikan lebih aktif pada malam hari. Akan tetapi aspek keselamatan jgn dilupakan. Mancing malam jugak mempunyai risiko yg tinggi berbanding mancing siang. Pernah sekali semasa saya ngan bapa saudara memancing pada malam hari terserempak ngan ular sawa sebesar pergelangan betis lelaki dewasa. Semenjak itu saya lebih berhati-hati sekiranya ingin memancing pada waktu malam.

 

Korang Suka Mancing Malam Ke Siang??

 

Zul Ema

Saya lebih suka mancing waktu malam di kala air pasang besar 13/14 bulan Melayu sebab tak pernah mengecewakan saya, kategori muara la.

 

Azhar UsmPenang

Ibarat air yg ada pasang dan surutnya begitu juga siang dan malam. Ada pro dan kontranya. Lebih mendamaikan melihat bintang2 bergerdipan di ruang angkasa yg menjadikan kita lebih dekat dgn Yang Maha Pencipta. Berbanding mancing siang pula, diri kita lebih terbuka dlm menikmati suasananya. Kita boleh bersantai dgn isteri serta anak2, keselamatan lebih terjamin kerana pemerhatian kita lebih terbuka.

 

Tukun Gewang Karat

Memancing siang… keselamatan agak lebih terjamin lebih-lebih lagi jika bersantai bersama anak isteri dan mampu menikmati keindahan alam.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI