SOALAN: Saya nak minta tunjuk ajar secara ringkas & efektif untuk casting ikan bulan@ tarpon dan ikan bandang@ ladyfish. Sudah beberapa kali saya mencuba casting menggunakan lure, popping dan soft plastic tetapi gagal menaikkannya.
JAWAPAN: Ikan bandang (ladyfish) dan ikan bulan (tarpon) masing-masing mempunyai satu persamaan iaitu aksi akrobatik ketika bertarung dalam usaha menanggalkan mata kail yang tertancap dalam mulut. Aksi inilah yang sebenarnya membuatkan pemancing berasa seronok untuk memancing spesies ini.
Bagi kedua-dua spesies ikan ini, ia boleh dipancing dengan kaedah konvensional iaitu menggunakan umpan (ikan kecil atau udang hidup) dan juga teknik moden iaitu teknik mengilat atau casting. Walau bagaimana pun teknik mengilat lebih disukai oleh pemancing masa kini.
Bagi teknik mengilat, kebanyakan kaki pancing akan menggunakan gewang mikro atau bersaiz kecil. Mungkin korang boleh cuba gunakan gewang minnow, mini popper atau spinnerbait. Sebaik-baik gewang ialah gewang yang menyamai saiz diet spesies tersebut. Boleh juga gunakan gewang bersaiz besar tetapi potensinya mungkin tidak sebagus gewang-gewang kecil dan persembahkan gewang dengan pelbagai cara untuk memujuk ikan ini membaham gewang.
Selain gewang, umpan tiruan yang efektif ialah soft plastic dan micro jig. Anda boleh menggayakan soft plastic dengan cara karau,henti seketika, karau dan henti. Selain itu anda juga boleh cuba gunakan teknik jerk dalam persembahan soft plastic.
Begitu juga dengan teknik menggunakan mikro jig. Korang boleh pelbagai teknik sehinggalah spesies tersebut membaham gewang. Pokok pangkalnya mestilah rajin dan tidak berputus asa.
Penggunaan mata kail pula sebaiknya gunakan mata kail yang halus terasnya dan tajam. Tak perlu mata kail yang tebal dan kuat kerana apa yang penting mata kail tersebut dapat menembus pipi rahang spesies ini yang agak keras, tidak kiralah sama ada mata kail tunggal atau mata tiga.
Admin, ada tak cara untuk menyusun tali masuk ke dalam spool kalau kita menggunakan kekili menegak yang tiada penyusun tali?
JAWAPAN:
Ada beberapa cara untuk menyusun tali masuk ke dalam spool dengan sempurna apabila menggunakan multiplier yang tidak memiliki penyusun tali atau level wind. Pertama, anda boleh menggunakan jari (ibu jari sahaja atau ibu jari dan jari telunjuk) untuk memacu tali memasuki spool ke bahagian kanan atau kiri.
Caranya ialah dengan menekan ibu jari (tangan yang memegang kekili) ke atas tali yang memasuki spool dan memacu ke arah mana yang dikehendaki. Atau boleh cuba dengan cara memegang bahagian bawah joran di depan kekili dengan ibu jari dan jari telunjuk digunakan untuk memacu tali bergerak masuk ke spool.
Selain itu anda juga boleh menyusun tali masuk dengan cara menyengetkan (memusingkan) kedudukan kekili yang dipegang ke arah kiri dan kanan ketika menggulung tali. Cara ini mungkin kurang kemas tetapi ia dapat mengatasi masalah kedudukan tali membusut di bahagian yang sama.
Namun kebanyakan multiplier inovasi baru sekarang ini dihasilkan dengan longkang spool yang lebih sempit tetapi dalam berbanding multiplier yang lebih lama, yang kebanyakannya saiz spool begitu lebar. Kekili multiplier terkini sebenarnya lebih senang untuk menyusun tali walaupun tanpa level wind atau bantuan jari.
Malah anda tidak perlu terlalu risau untuk menyusun tali dengan sempurna sebaliknya lebih mementingkan hasil tangkapan yang bakal didaratkan. Setelah hasil tangkapan berjaya didaratkan anda boleh melepaskan tali ke dalam air dan menggulungnya kembali untuk menyusun dengan lebih baik.
Orang Asli Jahai, adalah masyarakat pribumi yang mendiami kawasan persekitaran Royal Belum dan daerah Hulu Perak yang lain. Bahkan suku Jahai juga terdapat di sekitar daerah Jeli, Kelantan.
Suku Jahai adalah salah satu daripada 19 kumpulan Orang Asli yang tinggal di Semenanjung Malaysia. Mereka diklasifikasikan di bawah susur galur puak Negrito (atau Semang). Mereka turut menggelarkan diri mereka sebagai Jah Jehai atau Orang Semang. Satu model perkampungan Orang Asli Jahai yang dinamakan Kampung Aman Damai telah dibina di sini.
Ia terletak tidak jauh dari Kem Pelancongan Sungai Tiang dan tujuan ia dibina bertujuan untuk memperkenalkan dengan lebih dekat lagi kehidupan Orang Asli Jahai kepada pengunjung dan para pelancong.
Perkampungan ini telah ditenggelami banjir besar pada musim tengkujuh lalu dan dibina semula oleh pihak Koridor Utara Malaysia (NCIA).
Kem Pelancongan Sungai Tiang Sungai Tiang, antara kem pelancongan yang sering menjadi pilihan bagi pengunjung yang ingin menikmati suasana dan pemandangan panorama hutan hujan tropika yang berusia lebih 130 juta tahun.
Di sini terdapat pelbagai kemudahan disediakan antaranya chalet, tapak perkhemahan, surau, bilik air yang lengkap dan generator pada waktu malam.
Sebuah pejabat renjer PTNP turut ditempatkan di sini. Bagi kaki pancing, campsite Sungai Tiang antara yang sering menjadi pilihan sekiranya mengambil pakej boating memancing di sekitar Sungai Tiang.
Sira Sungai Papan
Selain Kem Sungai Tiang, di Sungai Papan juga terdapat sebuah kem yang kini telah dinaik taraf. Tiada lagi nama Teratak Kijang merujuk kepada teratak lama yang pernah penulis kunjungi dahulu.
Di sini, terdapat dua buah jambatan gantung dibina bagi menghubungkan dengan daratan berhadapan Kem Sungai Papan.
Bagi yang belum mengetahui, tidak jauh dari jambatan gantung ini di sini terdapat sira atau batu mineral yang kerap dikunjungi oleh binatang liar seperti rusa, kijang, kancil dan haiwan lain.
Batuan yang mengandung mineral berkhasiat akan dijilat oleh binatang-binatang ini bertujuan untuk kesihatan. Tidak dibenarkan berkunjung ke sini tanpa pengawasan pihak renjer bagi tujuan keselamatan.
Air Terjun Kooi
Tidak jauh dari Kem Pelancongan Sungai Tiang, terdapat air terjun yang tidak kurang hebatnya. Untuk sampai ke sini, perlu berjalan kaki merentas denai sekitar 15 minit.
Sebelum sampai, pengunjung bakal mengenal nama pokok-pokok yang melatari sisi kiri dan kanan denai. Air Terjun Kooi, tingginya sekitar 40 meter, yang mana pengunjung akan dihujani tempias air dan deruan angin yang terbentuk dari ketinggiannya.
Untuk merasai kesejukan air ini, jangan lepaskan peluang untuk mandi di bawahnya. Bagi yang teruja untuk melihat bunga rafflesia atau pakma Royal Belum, tidak jauh dari air terjun ini, adalah lokasinya.
Anda perlu mendaki sekitar 10-15 minit lagi dan jika bernasib baik ketika kunjungan anda, pasti boleh melihat sendiri bunga terbesar di dunia ini ketika sedang kembang.
Di Royal Belum, terdapat tiga spesies bunga rafflesia iaitu, Rafflesia kerrii, Rafflesia cantleyi dan Rafflesia azlanii yang dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Fakta menarik Royal Belum
Kompleks Hutan Belum-Temenggor berusia 130 juta tahun iaitu lebih tua dari Hutan Amazon dan Hutan Congo, Afrika dan ia merupakan hutan tertua di dunia.
Terbahagi kepada empat sektor iaitu Hutan Simpan Gerik, Hutan Simpan Temenggor, Hutan Simpan Belum dan Taman Negeri Diraja Belum. Keluasan Kompleks Hutan Belum-Temenggor empat kali ganda saiz negara Singapura.
Dari keluasan Kompleks Hutan Belum Temenggor ini, hanya Taman Negeri Diraja Belum berkeluasan 117,500 hektar yang diberikan status sebagai Taman Diraja pada 31 Julai 2003 oleh Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan digazet sebagai Taman Negeri Diraja Belum pada 3 Mei 2007.
10 spesies burung enggang, 3 jenis spesies rafflesia, 36 spesies akuatik & semi aquatik, 3000 spesies flora, 64 spesies paku-pakis, 62 spesies tumbuhan berlumut dan 23 spesies ikan air tawar direkodkan wujud di sini.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...