Bagi masyarakat yang tinggal di pesisir pantai, ikan dengkis dianggap menjijikkan kerana bersifat memakan kotoran sebagaimana ikan belukang. Dalam pada masa yang sama mereka gemar menikmati ayam kampung yang juga memakan benda yang sama.
Sebenarnya banyak khasiat yang tersembunyi dalam ikan dengkis yang tidak didedahkan secara meluas. Alangkah ruginya kita tidak mengambil kesempatan menjadikan ikan dengkis sebagai hidangan harian.
Mencegah pereputan tulang dan gigi.
Dalam daging ikan dengkis mengandung kalsium dan fosfor. Kandungan inilah yang dapat membantu mencegah proses pereputan tulang dan gigi secara alami.
Mencerahkan kulit.
Kulit liat ikan ini mengandungi banyak kolagen yang sangat diperlukan kulit manusia agar menjadi halus dan mulus. Kandungan vitamin C, D, dan E dalam kulit ikan dengkis juga dapat membantu mencerahkan kulit yang hangus dibakar ketika memancing.
Ads
Menyihatkan mata.
Mata yang sihat ialah mata yang terhindar dari rabun jauh dan rabun dekat. Oleh sebab itu mata sangat memerlukan vitamin A. Kandungan nutrisi ini dapat anda temukan dalam daging ikan dengkis. Jadi, jangan ragu-ragu memakan ikan dengkis.
Bagus untuk ibu hamil.
Kandungan lain dalam ikan dengkis ialah asid amino dan asid folat. Asid amino dapat membantu perkembangan otak janin sehingga mencegah bayi cacat kelahiran. Asid folat membantu keperluan janin agar membesar menjadi bayi yang riang dan cerdas.
Ads
Meningkatkan selera makan.
Kandungan terkuat dalam ikan dengkis dalam menambahkan selera makan ialah vitamin B1, Omega-3 dan zinc. Kandungan ini dipercaya untuk mengembalikan nafsu makan seseorang. Terutama bagi yang baru sembuh dari sakit.
Membangkitkan tenaga
Ads
Ikan dengkis mengandungi kalium yang tinggi. Dalam unsur periodik, Kalium memiliki simbol K. Kalium inilah yang berfungsi sebagai pembangkit tenaga pada tubuh yang nantinya akan bekerjasama dengan mineral lain seperti Natrium.
Penyembuh luka.
Salah satu zat yang terkandung dalam ikan dengkis susu ialah Polyunsaturated Fatty Acid (PFA) yang dikenal sebagai lemak yang baik. Lemak ini membantu mengikis plak-plak kolesterol jahat yang menempel di dinding pembuluh darah manusia. Polyunsaturated Fatty Acid juga berfungsi sebagai zat pembentuk membran sel, yang dapat membantu sembuhnya luka secara cepat.
Mengimbangkan kadar cairan dalam tubuh.
Vitamin B yang sangat banyak dalam ikan dengkis bermanfaat mengimbangkan kadar cairan dalam tubuh manusia. Jika kadar cairan dalam tubuh manusia terlalu banyak maka akan terjadi pembengkakkan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Adat memancing… ada kala ikan frenzy gila belasah umpan. Ada masa anak ikan atau kura-kura pun tak selera nak usik umpan. Begitulah nasib seorang pemancing tegar.
Namun kami nak dedahkan beberapa sebab kenapa tak dapat ikan aka kumpau walaupun menggunakan set pancing yang cangih dan mahal gila!
Sebab 1
Salah umpan. Ikan pun macam manusia jugak ada masa berubah diet. Ada masa nak udang… ada masa nak makan sotong… ada masa nak makan cacing.
Kalau guna umpan cacing masa dia nak makan udang maka kumpau la sudahnya.
Sebab 2
Silap umpan. Salah satu ilmu memancing yang perlu dipelajari adalah mengenal diet pemakanan ikan yang hendak dipancing.
Contohnya kalau nak pancing ikan toman, kenalah tahu toman makan apa. Kalau guna umpan yang sama macam nak pancing ikan patin maka sampai berjanggut la tak berhasil.
Sebab 3
Salah gewang. Bila dengar orang cakap casting guna gewang boleh dapat ikan, kita pun gunalah gewang untuk pancing ikan patin.
Sebab 4
Salah teknik. Sepatutnya guna teknik casting pasal ikan kat lubuk tu jenis rakus menyambar tapi kita pergi memancing guna teknik bottom.
Bila guna gewang pun rendam macam pancing bottom. Mana nak dapat ikan!
Sebab 5
Malas nak periksa umpan. Tak peduli sama ada umpan masih ada atau sudah habis dibelasah anak ikan.
Ikan walau lapar tahap kebulur sekali pun takkan nak bukak mulut makan mata kail kosong.
Sebab 6
Bising. Kalau dah bising tahap macam kenduri kahwin, mana maunya ikan nak makan umpan. Jangan kata nak makan umpan, nak stay kat lubuk tu pun belum tentu.
Sebab 7
Masa yang tak sesuai. Ikan ni pun ada waktu makan tersendiri. Kalau dah tau ikan gemar makan waktu pagi, kalau pergi memancing waktu tengah hari dengan matahari terpacak atas kepala, dapat rentung je la.
Sebab 8
Bukan rezeki. Kalau semua dah betul setting dan umpan pun power tapi tak dapat jugak ikan, maknanya bukan rezeki kitalah namanya.
Sabar dan reda je la dengan ketentuan tersebut.
Sebab 9
Takde ikan. Sebaiknya sebelum memancing di mana-mana saja lubuk, elok pantau dulu ada ikan atau tidak.
Jangan main terjah aje walaupun tempat tersebut kolam memancing ikan.
Seekor ikan rohu anggaran berat dalam 4 kg berjaya diheret ke tebing. Hasil ketiga yang tumpas di tangan saya lewat petang itu. Seekor lagi berjaya memutuskan tangsi dengan menyusup masuk ke dalam kawasan keladi bunting.
Satu pencapaian peribadi yang baik untuk saya. Manakala Faizal berjaya menewaskan dua ekor jelawat. Hairul pula seekor jelawat serta seekor rohu.
Kedengaran sayup-sayup dari kampung berdekatan suara orang mengaji. Bermakna beberapa minit lagi azan maghrib akan dilaungkan. Kami mengemas barang dan masukkan dalam bonet kereta.
Setelah memastikan tiada lagi barang yang tertinggal, saya terus memandu keluar dari kawasan lombong menuju simpang kampung di mana Hairul meletakkan motosikalnya.
Selesai solat maghrib di surau, saya menghantar Faizal ke rumahnya terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah bujang saya. Dua ekor ikan hasil pancingan saya disedekahkan kepada Faizal memandangkan dia mempunyai ‘keluarga besar’.
Baki seekor lagi sudah cukup bagi saya untuk dibakar sebagai juadah malam nanti bersama rakan-rakan bujang.
Kereta Myvi saya pandu perlahan. Jalan kampung yang muat untuk sebuah kereta sahaja dan laluan yang bengkang-bengkok merbahaya jika memandu laju.
Lagi pun saya tidak berapa biasa dengan laluan tersebut. Termasuk yang ini, baru kali kedua saya melaluinya. Ada satu lagi jalan baru yang lebih luas tetapi jauh.
Memandu bersendirian, melayan lagu sambil teringatkan aksi pecutan ala torpedo rohu lombong petang tadi. Memang seronoklah. Kalau ada kesempatan mahu saya turun lagi ke sini.
Dumm!
Terkejut dan serta-merta kaki menekan brek. Lampu tinggi saya pasang. Saya terlanggar sesuatu. Lima belas kaki di hadapan kereta berhampiran jambatan kayu, saya lihat seseorang terbaring di dalam semak.
Menggelabah dan berdebar-debar. Saya bergegas keluar. Masih terpinga-pinga, saya meluru ke arah semak. Kaki dan tangan saya menggeletar.
Seingat saya tidak ada sesiapa tadi di tepi jalan atau melintas jalan. Apakah saya tidak perasan atau fikiran jauh melayang. Rasa bersalah menyelubungi diri.
Menyesal pun ada. Seorang perempuan dalam lingkungan usia 30-an bangun sambil mengibas-ngibas kain membuang rumput dan ranting kayu yang melekat.
“Kak… teruk ke kak? Saya tak nampak tadi. Maaf kak.. maaf,” Kelam-kabut saya dibuatnya. Yalah aku langgar orang. Kalau langgar kucing pun kita sudah rasa tidak keruan.
“Tak apa, sikit saja dik… tak apa.” Sambil tersenyum wanita itu mula melangkah.
“Err..kak, saya hantar kak ke klinik. Kat mana klinik yang dekat?”
Wanita itu terus melangkah. “ Tak apa, rumah akak seberang jalan sana saja. Akak tak apa-apa. Adik baliklah…”.
Setelah tiga hari peristiwa tersebut saya bercadang pergi ke tempat kejadian mencari rumah kakak tersebut untuk menziarahinya. Jauh tempat kejadian dengan rumah bujang saya, kira-kira satu jam perjalanan.
Sebaik sampai di jambatan kayu tersebut, saya terlihat seorang lelaki sedang menangguk anak udang. Saya berhentikan kereta.
Saya bertanyakan lelaki berkenaan perihal wanita yang saya terlanggar beberapa hari lalu, mungkin dia mengenalinya.
Menurut apa yang lelaki itu beritahu saya, rumah wanita yang di seberang jalan itu sebenarnya kawasan tanah perkuburan Islam kampung berkenaan. Tiada rumah di kawasan itu.
Berderau darah saya. Kejadian malam itu sepantas kilat terbayang di depan mata. Patutlah kakak itu bangun selamba tanpa sebarang kecederaan dan kenapa saya boleh tidak perasan, kainnya langsung tidak koyak sedikit pun! Malam itu saya macam terpukau.
Lelaki itu memberitahu saya, pada awal tahun 80-an wanita itu mati dibunuh oleh bekas kekasihnya.
Mayatnya dicampak ke bawah jambatan dan penduduk kampung sering bertembung ‘wanita’ berkenaan di sekitar jambatan ini. Seram sejuk tubuh saya mendengarnya. Tergesa-gesa saya meminta diri.
Pada mulanya saya bercadang untuk terus pulang. Teringat pula si Hairul yang rumahnya hanya sekitar 15 kilometer sahaja lagi ke hadapan. Saya terus memandu menuju ke rumah Hairul.
“Lama dah kau tak datang ke mari, apa khabar?,” Soalan cepu emas daripada emak Hairul sebaik saya melangkah masuk ke ruang tamu.
“Saya macam ni lah mak cik. Mak cik sihat?” Memang betul. Hampir 6 bulan saya tidak ke rumah Hairul
“Makcik sihat. Sihat orang tua”. Ujar mak Hairul sambil melangkah ke dapur.
Sedang rancak bercerita kisah-kisah memancing, saya teringat hendak memberitahu Hairul apa yang saya alami sewaktu pulang dari memancing rohu tempoh hari.
“Nasib baik ada lelaki di jambatan tadi yang memberitahu aku siapa sebenarnya ‘kakak’ tu”.
“Ada lelaki dekat jambatan?” Emak Hairul yang menghidang air kepada kami tiba-tiba menyampuk.
“Ya mak cik. Lelaki kurus, rambut kerinting. Tinggi tak tinggi sangat, lebih kurang tinggi saya. Kenapa mak cik?.
“Itu suami perempuan tu. Dia pun sama kena bunuh sekali dengan isteri dia. Dua-dua dicampak ke bawah jambatan kayu tu” jelas mak Hairul.
Herkkk! Astaghfirullah…!
“Hairul, aku beransur dululah. Nak rileks kepala aku ni. Malam tu jumpa kakak tu, pagi tadi jumpa suami dia pulak! Berat… berat!”.
Saya meminta izin pulang kerana kepala sudah mula serabut dengan dua kejadian yang menimpa saya tanpa diduga.
“Kau nak ikut jalan kampung ke jalan baru?”
“Kau hulur seratus pun aku tak akan lalu lama tu. Kalau kau ikut sama, boleh”.
Sepanjang perjalanan, kejadian pagi tadi dan malam jumaat tempoh hari bermain di fikiran. “Patutlah tiada kesan calar atau kemek pada bumper depan…” bisik hati saya.
Mungkin ada di kalangan kaki pancing masih mempercayai mitos, pantang larang mahupun mengamalkan petua ketika memancing. Namun tidak kurang juga yang menolak fahaman tersebut malah menganggapnya tiada kaitan langsung. Walau bagaimana pun ada bagusnya juga kita buat kajian dengan akal logik bagi setiap mitos atau pantang larang tersebut.
Apabila tiba musim udang galah, ramai kaki penangkap udang sepit biru ini akan turun ke lubuk. Setiap kali ke lubuk udang galah, kebanyakan kaki penangkap udang ini sedia maklum mereka tidak keseorangan sebaliknya ditemani buaya. Maka, sikap waspada perlu ada.
Hal ini kerana udang galah biasanya menempel pada badan buaya untuk memakan lumut atau alga pada tubuh badan buaya. Pendek kata, ramai yang bersetuju dengan pendapat di mana ada udang galah, di situ ada buaya.
Makanan berdarah
Oleh kerana itu pemancing udang galah tidak digalakkan membuang makanan berdarah seperti daging atau ayam di kawasan pancing udang. Dipercayai, ia seperti mengundang buaya datang ke tempat anda.
Tepung kunyit
Jika anda berada di sungai yang dipercayai ada buaya, elak gunakan umpan tepung yang digaul dengan serbuk kunyit. Dipercayai buaya tidak suka bau kunyit dan buaya boleh mengamuk serta mendatangkan bahaya kepada pemancing.
Jangan sebut buaya
Jangan sesekali menyebut nama buaya sepanjang anda berada di atas sampan atau di kawasan sungai. Ia sama seperti berada di dalam hutan dan menyebut nama harimau. Gantikan saja dengan sebutan lain seperti sang bedal atau sebagainya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...