Teknik Dan Umpan

 

Teknik hanyut, menunda dan pertengahan air paling mujarab memburu ikan aya kuning sesuai dengan sifatnya berlegar di pertengahan dan permukaan air. Usah dihulurkan umpan anda hingga dasar yang dalam. Jika ditinjau di beberapa kawasan tumpuan dunia memancing aya sirip kuning, setiapnya mengamalkan teknik pancing yang berbeza.

 

Teknik tradisional masih diamalkan secara meluas bagi tujuan komersial. Cara moden pula melibatkan kos tinggi dan kebanyakannya dipelopori oleh pemancing profesional dan pemancing bangsawan sahaja.

 

Fahami Konsep Memancing Yellowfin Tuna!!

 

Jika diperhatikan cara tempatan dengan nelayan Maldives pula, saya rasa cara Maldives lebih senang dan mudah. Tangsi tidak perlu panjang hanya 7 hingga 15 kaki berbanding nelayan kita menggunakan satu gelung tangsi sama.

 

Cara mereka memanggil ikan datang rapat ke permukaan dan merembat terus ikan ke permukaan manakala cara tempatan pula menunggu ikan sama ada pertengahan dan permukaan air serta melayan dengan berhati-hati ketika bertarung dengan ikan.

 

Ads

Aya sirip kuning adalah sejenis ikan memburu secara berkumpulan. Mangsanya terdiri dari ikan-ikan pelagik juga turut sama mendiami kawasan laut dalam. Selain itu spesies aya lebih kecil juga sebahagian dari dietnya. Yang lain termasuk sotong dan krustesia tapi sotong lebih banyak terutama ketika musimnya.

 

Fahami Konsep Memancing Yellowfin Tuna!!

 

Selain dari itu ia mudah ditipu dengan pergerakan bulu putih (bulu itik) itik dan jig. Setengahnya menyambar kedua-dua umpan tiruan ini ketika perebutan mendapat makanan berlaku.

 

Peralatan pancing

 

Ads

Apakah peralatan pancing paling sesuai untuk ikan berskala purata 2 meter panjang dan berat hampir 100 kg berat? Selain menggunakan koyan berskala tangsi 200 lb?

 

Berhadapan dengan pecutan tiba-tiba, henjutan seluruh joran dan tekanan sepanjang masa membuatkan rami terfikir, ‘buat apa susah-susah pancing ikan terlalu besar… dapat pun susah sangat nak naikkan. Baik cari yang table size lagi bagus buat lauk!”

 

Bayangkan, bila anda mengetat habis sistem tegangan kekili atau drag, tapi tangsi masih ditarik keluar! Ketika inilah sesetengah pemancing terfikir betapa kerdilnya mesin tersebut berbanding dengan kekuatan ikan aya sirip kuning. Kekuatan ikan aya sirip kuning ketika merembat mata pancing tidak lama, sebelum ia lemah.

 

Fahami Konsep Memancing Yellowfin Tuna!!

 

Ads

Aya sirip kuning akan bergegas melarikan tali pancing sebaik sahaja menelan umpan. Ketika membuat sentapan balas, ia akan menujah ke kawasan lebih dalam, bertahan sehingga ia letih. Setelah Puas ia mengeluarkan tangsi pemancing barulah ia mengikut arah masuk tangsi pula, ketika ini ia mudah dipujuk rapat ke arah bot sebelum ditewaskan.

 

Peralatan tugas berat seperti Penn International 50 SW, Shimano Tiagra , Shimano 50 TLD maupun Alutechnos, Accurate BOSS adalah kelas utama untuk bermain dengan speises aya ini. Peralatan ini perlu mampu menyimpan tangsi yang panjang kekuatan minimum 50 paun mono atau 100 paun tali sulam. Perambut disyorkan adalah jenis clear minimum 70 paun. Saya biasa menggunakan perambut Berkley Big Game Leader 60 paun, 100 paun dan 150 paun.

 

Fahami Konsep Memancing Yellowfin Tuna!!

 

Mata kail pula haruslah dari 6/0 hingga 12/0 yang kuat serta tajam. Jika berhajat 50 kg ke atas pemilihan mata kail dan perambut perlu diteliti dengan tepat. Anehnya nelayan luar masih ada menggunakan mata berskala 1/0, tetapi ia mampu mendaratkan spesimen hampir lebih dari 50 kg. Tiada mustahil jika ada keyakinan tapi letihlah sikit sambil melayan dan berharap agar mata kail tidak patah atau lurus!.

 

Selain itu tali pinggang (fighting belt) dan penahan perut sekali (hardness) perlu disediakan sebagai alatan sampingan. Ada masa kita perlukan ia apabila bot yang disewa terutama bot nelayan tidak dilengkapi peralatan sampingan ini.

 

Akhir sekali ketahanan mental, fizikal dan isi poket amat diperlukan memandangkan belanja untuk mendakap spesies ini bukanlah murah.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI