Pelbagai kaedah dan cara bagi sesebuah syarikat jualan bagi memperkenalkan perniagaan atau produk jualannya.
Begitu juga dengan premis perniagaan alatan memancing, Sri Rampai Fishing Tackle (SRFT)yang berpusat di Lembah Kelang.
Namun kaedah yang diguna pakai oleh kedai pancing ini sedikit berbeza. Ia tidak mengadakan jualan promosi sebaliknya mengambil pendekatan berhubung terus dengan
bakal pelanggan, yang pastinya dari kalangan pemancing, dengan mengadakan aktiviti memancing.
Ads
(Saksikan video aksi komplot)
Ads
Komplot memancing merangkap mini pertandingan memancing Sri Rampai Fishing Tackle, yang dilangsungkan di pusat rekreasi Kolam Seri Bayu Tekala, Semenyih berjaya menarik perhatian seramai hampir 60 pemancing.
Menurut pemilik SRFT, Aidi Hj Senin, antara lain objektif komplot ini diadakan adalah bagi merapatkan hubungan antara keluarga, para pekerja dan juga pemancing-pemancing itu sendiri.
Program yang bermula pada jam 9 pagi hingga 2 petang itu diakhiri dengan aturcara penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Ads
Keputusan Komplot & Mini Pertandingan
Ratikidul – Patin 11.56 kg
Rambo – Patin 11.24 kg
Zainal – Patin 11.02 kg
Pak Din – Patin 10.94 kg
Aye – Patin 10.84 kg
Rambo – Patin 10.30 kg
Pak Din – Patin 9.98 kg
Alif Iman – Patin 9.98 kg
Acap – Patin 9.74 kg
10. Bear Kawah – Patin 9.72 kg
GALERI
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ini merupakan rekod tangkapan peribadi terbaik hasil memancing dari pemancing seluruh dunia. Walaupun tidak tercatat dalam rekod dunia namun ia lebih dari cukup untuk memberi inspirasi kepada semua pemancing.
Glen Kirkwood berjaya menumbangkan seekor jerung harimau seberat 1,364pound 10 ounce (618.75 kg). Tiger shark itu ditewaskannya di perairan Swansea, New South Wales, Australia pada 20 September 1990.
Alfred Dean menewaskan white shark seberat 2,334 lb (1,058.68 kg) di perairan Streaky Bay, Australia pada 6 November 1960. Beliau hanya mengambil masa selama 45 minit bertarung dengan jerung gergasi tersebut!
Pada 14 jun 1964, Walter Maxwell menggemparkan dunia memancing apabila menaikkan seekor tiger shark seberat 1,780 pound (807.39 kg) di perairan Cherry Grove, South Carolina.
Pada Ogos 1986, Mundus dan Donnie berjaya mendaratkan ikan terbesar dengan menggunakan joran dan kekili. Dengan menggunakan tali pancing berkuatan 150lb, pasangan ini berjaya mendaratkan great white shark seberat 3,427lb (1,554.46 kg)!
Alfred Dean pula berjaya mendaratkan ikan great white shark seberat 2,664 lb (1,208.37 kg) di persisir pantai Australia selatan. Lebih menakjubkan beliau mengambil masa hanya selama 50 minit untuk mendaratkan monster tersebut. Lagi padu, beliau hanya menggunakan tali pancing berkekuatan 130lb.
Dengan menggunakan pari sebagai umpan, Bucky Dennis berjaya menewaskan seekor hammerhead shark (yu tukul) seberat 1,280 lb (580.60 kg). Beliau mengambil masa selama 5 jam setengah untuk menewaskan jerung gergasi tersebut pada 23 May 2006.
Pada 22 February 2010, David Kahlenberg berjaya menangkap seekor mako shark seberat 150 lb 5 ounce (68.26 kg) di perairan North Wale Island, New Zealand.
Pada 16 May 2006, Martin Arostegui berjaya mengalahkan dan mendaratkan seekor jerung seberat 385 pound (174.63 kg). Beliau berjaya menumbangkan lemon shark itu di perairan Key West, Florida.
Apabila dipelawa oleh rakan untuk turut sama dalam trip slow pitch jigging di perairan Tanjung Karang, saya terus setuju tanpa berbelah bahagi.
Dan tanpa berfikir panjang lagi tambahkan satu set pancing light jigging dan beberapa ketul jig mikro.
Perairan Kuala Selangor sehingga ke Sabak Bernam sememangnya sudah terkenal dengan pancingan apung.
Tambah pula tekong yang bakal kami gunakan nanti adalah Kapten Jemek. Seorang tekong yang popular dan cekap mencari apung (longgokan sampah hanyut) bagi memancing ikan pecah periuk aka patipok.
Justeru apabila tekong berhenti seketika setelah menemui apung yang agak besar, ketika dalam perjalanan ke spot untuk sesi jigging perlahan yang merupakan misi utama trip,
saya tidak menunggu untuk mengeluarkan set pancing dan peralatan sesuai memancing spesies pecah periuk di bawah longgokan sampah.
Peralatan atau umpan yang saya gunakan cukup ringkas. Satu jig mikro 20gm dan satu mata kail yang dilekatkan kepala sotong getah.
Hanya dengan satu balingan berhampiran apung, saya sudah berjaya mendaratkan seekor pecah periuk.
Apabila saya mendaratkan pecah periuk yang ketiga barulah ada rakan lain yang turut membawa set pancing light jigging ikut serta bermain pecah periuk.
Genap pecah periuk yang kelima saya daratkan barulah kami meneruskan misi utama trip.
Setelah bermain jigging perlahan sehingga tengah hari tanpa sebarang hasil dan menanti arus kembali bergerak, tekong kembali mencari apung.
Kali ini hampir kesemua ahli trip mengambil bahagian. Demi merasai tarikan ikan berikutan setengah hari berlalu tanpa sebarang hasil melalui jigging perlahan, kebanyakan ahli trip melupakan status jigger sejati.
Dengan menyangkut umpan (isi ikan pecah periuk) pada mata jig, seekor demi seekor pecah periuk pelbagai saiz berjaya kami naikkan.
Keseronokan melayan tarikan pecah periuk menyebabkan tidak terasa masa yang berlalu.
Justeru menyedari perubahan arus, kami segera kembali memburu jenahak melalui teknik jigging perlahan.
Namun sesi kedua jigging perlahan sama seperti sesi pertama. Menyedari trip jigging perlahan akan berakhir dengan sifar tangkapan, tekong melanjutkan tempoh memancing dengan mencari apung dalam perjalanan pulang ke jeti.
Beberapa apung yang ditemui semuanya berpenghuni. Hasilnya lebih 50 ekor pecah periuk yang kami perolehi sehingga mencapai status pecah tong.
Biar pun trip jigging perlahan berakhir dengan kegagalan namun dengan adanya pecah periuk ia sedikit sebanyak menjadi pengubat kumpau.
Hajat saya untuk merasai pengalaman bertarung dengan spesies kap tempatan terbesar negara ini sudah sekian lama berlubuk dalam diri. Usaha untuk merasai pengalaman tersebut bukanlah tidak diadakan, cuma rezeki saja yang tidak menyebelahi.
Saya pernah mencubanya beberapa kali di Tasik Kenyir, Sungai Pahang dan Sungai Perak. Namun, itulah… kelibat bangau lebih banyak muncul berbanding si temoleh atau temelian ini.
Benarlah kata orang rezeki itu tidak salah alamat. Rezeki saya yang tertangguh itu akhirnya tertunai juga. Walaupun bukan berstatus temoleh liar, ia tetap pengalaman yang cukup manis apabila berjaya mendaratkan beberapa ekor temoleh yang hidup subur di sebuah kolam ternakan ikan yang keluasannya mengatasi kolam-kolam pancing yang ada di Malaysia ini.
Sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke kolam Seri Bayu Batangsi yang terletak di Semenyih pasti akan akui keluasan dan tahap kualiti air takungan di kolam ini. Toman, sebarau, peacock bass, siakap air tawar, baung ekor merah Asia, patin Chaophraya, Amazon redtail catfish dan beberapa lagi spesies ikan penyambar gewang sedang membesar dengan agresif.
Begitu juga dengan spesies herbivor dan omnivor seperti. Termasuklah 50 ekor ikan temoleh. Menurut Abang Amin, pemilik kolam tersebut, ketika melepaskan anak-anak ikan temoleh pada Disember 2017 lalu saiz-saiz ikan tersebut sekitar 6 hingga 8 inci saja.
Dengan mengamalkan sistem pemakanan yang konsisten, ikan-ikan tersebut membesar dengan produktif sehingga mencecah 5kg untuk tempoh kurang satu setengah tahun. Begitu juga dengan spesies yang kuat makan seperti Amazon redtail catfish dan longfin catfish (patin Chaophraya).
Setelah beberapa kali dipelawa oleh Abang Amin untuk datang bersantai dan memancing di atas rumah rakit yang didirikan di tengah kolam tersebut, hanya baru-baru ini saya berpeluang untuk menjejakkan kaki bersama dua rakan.
Menurut Abang Amin lagi, kami perlu berpenat lelah casting keliling kolam untuk mencari strike. Banyak ikan berlegar di sekeliling rumah rakit menunggu makanan. Perkara itu jelas terbukti apabila Abang Amin menabur pelet makanan ikan di suatu sudut di luar kawasan sangkar. Pelbagai jenis ikan muncul dengan galaknya mengutip biji pelet, terutamanya spesies baung ekor merah Amazon yang sememangnya pelahap.
Kami yang hadir dengan membawa kelengkapan casting mengambil kesempatan menghulur gewang namun agak kurang menggalakkan pula sambutannya. Kemudian saya menukar teknik mengilat kepada mengunjun umpan soft plastic. Meniru aksi slow pitch jigging di lautan, ia segera berhasil.
Umpan saya dilarikan dengan agresif ke bawah sangkar. Untuk mengelak ia bawa lari lebih jauh, saya memberikan sedikit tekanan dan akibatnya leader 16lb putus di bahagian sambungan snap.
Saya segera memasang soft bait worm hook yang baru tetapi kali ini saya hanya mencangkukkan pelet makanan ikan. Setelah agak lama saya sekadar melepaskannya hingga ke dasar tanpa sebarang respon, saya gantungnya kira-kira satu pusingan penuh BC yang digunakan.
Tidak sampai seminit pun berbuat demikian, pelet itu telah diragut dan dibawa lari dengan kepantasan yang berbeza. Pecutannya umpama larian rohu yang tercangkuk mata kail. Sekali lagi perambut putus di bahagian ikatan snap.
Kecewa dengan leader yang mungkin sudah hampir reput itu saya potong dan ikat mata kail direct pada tali sulam yang menjadi tali utama. Saya ulangi lagi teknik yang sama dan sepantas kilat ia berhasil. Percubaan kali ketiga ternyata berkesan. Saya sangkakan ia angkara pacu atau rohu, rupanya si temoleh.
Malah Abang Amin sendiri teruja melihat ikan yang jarang dinaikkan itu serta saiznya. Kata Abang Amin, kali terakhir ikan tersebut berjaya didaratkan beratnya sekitar 1kg saja. Terkesan dengan apa yang saya peroleh, kedua-dua rakan meniru teknik yang saya mainkan. Namun, nasib mereka agak tertangguh sehinggalah saya berjaya mendaratkan temoleh yang ketiga.
Menjelang senja dan selepas temoleh ke-6 yang berjaya didaratkan (dipercayai sekurang-kurangnya 3 ekor lagi temoleh yang berjaya meluruskan mata kail kami) tiada lagi kelibatnya. Sebaliknya diganti pula dengan Amazon redtail catfish pelbagai saiz pula yang galak membaham umpan pelet.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...