Bermula dengan memancing di kolam komersial air tawar menggunakan umpan berjenama URS, para pengguna umpan termasuklah wakil pengedar umpan tersebut menubuhkan kumpulan pemancing dengan judul Team Joran URS. Semenjak ditubuhkan pada 21 April 2016 yang lalu, dan saling berinteraksi menerusi aplikasi WhatsApp, jumlah ahli kelab kian bertambah sehingga melebihi seratus orang.
Dan untuk lebih mengenali antara sama lain, bukan sekadar berhubung dan berkomunikasi di grup WhatsApp, Team Joran URS mengadakan sesi memancing bersama atau komplot memancing.
IKLAN
Setelah berjaya mengadakan komplot sulong pada 15 Oktober 2016 di Kolam Seri Bayu Tekala, menyusul komplot kedua pada 6 Mei yang lalu di Kolam Sebare, dan komplot terbaharu berlangsung dengan jayanya pada Sabtu yang lalu (5 Ogos) bertempat di Kolam Pancing Safirus, Kuala Pilah.
Menurut jurucakap Team Joran URS, Khairul Anuar, komplot ini dijayakan sepenuhnya oleh ahli dan mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak kolam.
IKLAN
IKLAN
Menurut beliau lagi, Kolam Pancing Safirus dipilih berikutan ia merupakan salah sebuah kolam pancing terbaik di Negeri Sembilan. Selain pengurusannya yang bersifat mesra pemancing, kolam tersebut turut dihuni ikan-ikan bersaiz mega yang tidak serik untuk memakan umpan. Dan ia terbukti apabila ikan patin seberat 13 kilogram berjaya didaratkan sekali gus menobatkan ahli yang mendaratkannya muncul sebagai juara Komplot Team Joran URS kali ketiga.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Serbuk roti yang biasa digunakan dalam masakan sebenarnya boleh juga digunakan dalam proses membuat umpan memancing. Namun untuk mengepal serbuk roti dengan tangan kosong agak sukar, jadi kami syorkan alat ini.
Bahan Keperluan:
1 kg serbuk roti
1 paket NS Power (Serbuk Perisa Pandan)
Pes Perisa Pandan Original
Umpan Sos Serai
TUTORIAL 1
Masukkan serbuk roti ke dalam bekas atau tong bancuhan umpan.
TUTORIAL 2
Campurkan 1 paket NS Power dan gaul hingga sebati dengan serbuk roti.
TUTORIAL 3
Tuangkan 5 penutup perisa pandan kelapa original. Sebaiknya sapukan pada dinding bekas agar dapat digaul dengan lebih mudah dan sekata.
TUTORIAL 4
Masukkan pula 3 penutup Sos Umpan Serai dan gaul hingga sebati. Kalau tiada Umpan Serai, boleh juga guna esen pisang atau esen lain.
TUTORIAL 5
Renjis-renjis air pada serbuk roti dan digaul hingga adunan menjadi sedikit lembab. Pastikan jangan terlebih air agar adunan tidak menjadi keras selepas dipam.
TUTORIAL 6
Cucukkan jajan pada mata kail. Sebaiknya gunakan jajan yang kecil.
TUTORIAL 7
Masukkan hujung perambut Y ke dalam lubang bawah pam kemudian masukkan adunan serbuk roti.
TUTORIAL 8
Letakkan kedua-dua mata kail di bahagian tengah pam dan kemudian masukkan serbuk roti sehingga penuh.
TUTORIAL 9
Setelah itu ketatkan penekan pam sehingga betul-betul padat.
TUTORIAL 10
Setelah dibiarkan kira-kira 5 minit, barulah buka penutup pam bahagian bawah dan pulas tangkal pam sehingga adunan terkeluar.
TUTORIAL 11
Umpan serbuk roti pam yang siap untuk dimainkan dengan teknik dasar batu mati.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Trip ke Gubir ini, kami sekadar untuk casting cari manis-manis Toman. Tidak tahu dan tidak pernah tahu langsung pasal ikan lagenda ini di sini. Hari ketiga selepas aku lucut induk toman sebanyak dua kali. Tompok anak yang keempat menjadi cerita dan rezeki yang tidak diduga.
Tompok anak keempat aku pujuk sehingga induk bawa anak masuk ke bawah pokok. Nak baling crank tak boleh, nak baling spinnerbait pun tak boleh sebab group anak agak jauh ke dalam. Dengan penglihatan yang tidak berapa jelas, aku dan tekong nampak samar-samar macam kelibat induk toman berlegar atas air berdekatan tompok anak. Tiada pilihan aku tanya tekong, aku skipping boleh ke? Tekong cakap try la.., mana tahu dia nak ambil topwater.
Balingan pertama tidak ada sambutan. Balingan kedua kelibat macam induk toman kejar SP Silencer dan boom! Meletop! Tapi aku tak nampak sebab agak jauh ke dalam, ikan terus ambil dan terus junam bawa lari. Dalam hati aku, Alhamdulillah induk toman ambil! Strike juga mama toman ni… tapi pecutan ikan ni lain dari biasa. Selepas aku pump dan paksa keluar… kelibat badan ikan berwarna putih dalam air… tekong cakap bujang size… pump terus bawa keluar!
Lepas je keluar dari bawah pokok, satu lompatan akrobatik tinggi berlibas-libas. Dalam hati aku ni bukan toman, macam kaloi… tapi takkan kaloi makan SP? Selepas fight makin dekat ke boat barulah jelas. Tekong terus cakap, “Ko tahu tak Khir ni ikan apa? Ni nami arowana! Cepat bawa masuk ke tangguk!”
Tiga ke 4 kali juga ikan ni melompat dan pecut untuk lepaskan diri, akhirnya ikan berjaya dilandedkan dan kami berpelukan atas bot (hampir-hampir tercium). Tekong bukan main happy. Sebab dia sendiri dari tahun 2009 cari ikan ni tak pernah nampak depan mata apatah lagi dapat landedkan di Tasik Gubir.
Selepas berjaya landed, sekejap saja berita tersebar malam tu. Whatsapp, call, messager FB aysik masuk. Tanya aku dan tekong. Macam-macam soalan. Ada yang siap ucap tahniah, ada yang cerita dari 2005 cari tak dapat. Ada yg happy siap nak belanja makan, nak belanja trip mancing, nak tengok gambar, nak jumpa borak-borak macam mana boleh strike.
Info dari orang di sana, dah hampir 20 tahun ikan ni tidak ditemui dan sekadar menjadi cerita-cerita dan digelar ikan Lagenda Gubir.
Ada juga orang-orang kampung kat sana terkejut, terharu dan sebak sejak tahu masih ada ikan lagenda ni selepas aku berjaya landedkan. Alhamdulillah… rezeki dari Allah. Bukan aku yang minta tapi Allah yang maha pemurah yg memberi rezeki. Mungkin lesen terbaik aku sejak memancing? Bukan dari segi size… tapi dari segi species rare, tahap kepupusan dan semakin sukar nak dapatkan.
Terima kasih juga dengan Tali Halus Gagah Mayeep sangat-sangat membantu untuk landedkan ikan ni dengan sempurna. Tali ni dah terbukti ikan rare pun mampu terpikat tahu. Thanks juga kepada Mayeep untuk sponsor trip gubir Kali ni. Bagi aku trip paling sukses sejak memancing di luar.
Terima kasih juga kepada tekong Muhammad Khairul Ikhwan yang sudi bawa aku hari ketiga (last minit deal). Banyak aku belajar mancing toman guna crank masa di Sungai Kedah sebelum ni dengan dia. Kepada tekong Kun Fa Ya Kun, Muhammad Hakim & Nelayan Pedu berbanyak-banyak terima kasih bawa kami strike manis-manis toman.
Setup
Reel Daiwa Zillion TW HD 1000HL 2022
Rod Daiwa Blazon 10-20LB
Mainline Mayeep 40lb 8x
Leader Mayeep Walee 50lb
Lure Ozmy Silencer
Apparel FBC
Nota Kaki:
Trip Gubir kami selama 3 hari dah pun tamat. Saja nak habaq Gubir is padu guys ! Memang berbaloi guys pergi sini. Pemandangan yang cantik dan toman pun besaq besaq basss.
Alhamdullillah murah rezeki kami di Gubir. Strike memang banyak. Tapi belum tentu landed. Abang Ahmad Dzarif landed 2 ekor induk lucut 4 ekor dan aku landed 2 ekor induk lucut 5 ekor. Manakala Khir Firdaus land sebanyak 4 ekor induk lucut 2 ekor dan land seekor khazanah Gubir. Memang padu guys!
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Kali ini kami berenam mengadakan trip jigging seharian di kawasan perairan Pulau Jarak. Tekong pilihan kami dipanggil Abang Lan berpangkalan di jeti Kampung Manjung, Setiawan, Perak.
Sasaran utama jigging ialah jenahak dan kerapu. Joran jig yang sudah sedia mula diturunkan termasuk tekong sekali. Dengan 6 ketul jig yang menggeleng kiri dan kanan menuruni air berkedalaman 250 kaki. Ia mula dihenjut dengan pelbagai rentak mengikut kesesuaian si pemancing itu sendiri.
Awalnya kami menumpukan jig pada kawasan permukaan dasar mencari sasaran utama terlebih dahulu sebagai lesen aktiviti pagi. Anehnya tiada sambutan tidak seperti kebiasaannya menurut tekong Abang Lan. Kemudian baru kami perasan kemungkinan kumpulan yu yang berada di lubuk sekitar menakutkan ikan sasaran untuk menghentam jig yang dihulurkan.
Kalau jigging spesies bergigi tajam, hilang jig dan putus tali utama adalah perkara biasa. Yang tak sanggup ialah jig hilang ketika diturunkan ke air, sedar-sedar tali dah kendur dan tak sampai-sampai ke dasar. Jumlah keseluruhan jig terkubur dalam trip ini lebih dari 30 ketul, malah jig-jig yang lama sukar untuk diperolehi di pasaran juga turut sama berkubur.
Walaupun ada di kalangan kami menggandakan kekuatan tali kevlar sehingga 180lb, namun tali utama pula yang menjadi sasaran yu. Tiada cara untuk menghalau yu dari kawasan tersebut kecuali layan je dengan jig. Amran menjadi pemancing pertama berjaya menangani kerenah yu setelah beberapa ketul jig dibaham dengan mudah sebelumnya.
Jig jenis madai aka sotong tengkorak nampaknya berkesan mengatasi masalah perambut putus dek penangan gigi yu. Ketika Amran bertarung dengan yu, seorang daripada kami tidak sempat mengarau tali pancing.
Nahas apabila yu timbul di permukaan ia biasanya membuat satu pusingan mengelilingi sampan dan ketika itu mana-mana tali yang berada pada laluannya pasti menjadi mangsa. Hilang tali sulam 40lb sepanjang 250 kaki sekelip mata. Dalam hal ini masing-masing ada ‘back-up’ sama ada guna ‘spare spool’ atau mesin kedua menjadi pertaruhan. Kami seolah-olah tidak serik dengan permulaan dengan seketul dua jig beliau ketika disentap ikan yang rata-ratanya yu sirip putih.
Sebelah petang kelibat burung camar dan kumpulan tongkol sudah tidak kelihatan. Abg lan kemudiannya membawa kami ke arah spot kegemaran beliau. Sampan akan berhanyut dari kedalaman 270 kaki hingga puncak karang pada kedalaman 170 kaki dan kemudiannya turun semula pada kedalaman purata 250 kaki.
Tekong akan memantau pergerakan dan naik semula untuk membuat jigging ulang pada titik permulaan bersebelahan. Apabila yu sudah tidak kelihatan, baru kami mendapat beberapa sentapan dari dasar. Tekong Abang Lan yang rajin melakukan jigging terus sebaik sahaja jig mencecah dasar, mendapat strike permulaan petang di pertengahan air.
Jig Gomoku Storm seberat 100 gram menjadi pertaruhan. Saiz yang sesuai pada kelajuan arus ketika itu dengan tali sulam 30lb di padankan dengan perambut 40lb. Kekili Shimano Stella 6000PG dipadankan dengan joran PE 1-3 milik beliau melentur dengan tahap maksima.
Beliau yang biasa jigging di kawasan ini dari awal-awal lagi dapat meneka spesies yang menerkam jig yang sebelum ini tak mengena beberapa kali sambaran.
GT pertama awal petang membakar semangat kami untuk kembali beraksi. Nizam akhirnya dapat sambaran setelah berulang kali menghenjut jig di kawasan dasar. Namun kekuatan ikan tak terdaya untuk beliau menampung larian berterusan lalu terkubur satu lagi jig miliknya.
Sedang Abang Lan mendapat sambaran kedua, Amran turut sama menerima strike. Satu dari dasar dan satu di pertengahan air. Seekor lagi GT dan kerapu meniupkan lagi deruan angin petang. Bukan itu sahaja banyak juga sambar kami terlepas dan putus kerana masing-masing hanya menggunakan tali kekuatan 30 dan 40 lb sahaja.
Di kalangan yang gemar melakukan jig pada kawasan dasar terpaksa membayar harga lebih kerana kes tersangkut pada karang adalah tinggi. Ini kerana apabila tiba di bahagian cetek tetapi jig masih lagi dihenjut di kawasan cerun karang, banyak berakhir dengan titik noktah. Ikan lebih pantas mencari perlindungan walaupun ditarik berulang kali.
Sambaran pada joran berkekuatan PE1 hingga PE3 lebih cepat menawan mangsa kerana aksi hujung joran yang lembut dapat mengolah tarian jig dengan lebih menggiurkan. Hujan renyai serta tiupan angin bertambah laju tidak dihiraukan tekong kerana waktu tersebut ikan kian galak.
Kami terus berjigging sehingga lewat petang dengan 2 ‘double strike’ jenahak menutup tirai bagi mengejar wajah siang sebelum tiba di gugusan Pulau Sembilan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...