Apa yang sebenarnya menggembirakan kaki pancing khususnya pemancing laut dalam. Adakah kerana hasil tangkapan? Tekong Power? Bot selesa? Ahli komplot? Atau suasana memancing?

Untuk menghasilkan trip memancing yang seronok, kesemua perkara tersebut harus memainkan peranan masing-masing.

 

AHLI TRIP

Ketua trip atau perancang utama perlu bijak merancang keperluan yang bakal dibawa. Peralatan wajib seperti jumlah joran yang dibenarkan dibawa, tong ais, umpan, perubatan terutama pertolongan cemas dan bekalan makanan.

 

Selain itu peralatan sampingan perlu dibawa jika bot yang ditempah tidak memiliki semua ini contohnya gancu, sauk (sotong), bekas umpan hidup, umpan dan pemegang joran (rod holder).

Jaket keselamatan adalah wajib jika menempah bot nelayan. Alat penyelamat ini adalah satu perkara yang kita tidak tahu bila ia diperlukan.

 

Kemalangan adalah kejadian yang berlaku tanpa perancangan. Peralatan memadai agar dapat kita dibebani ‘barangan’ remeh temeh dan tidak digunakan langsung serta berselerak di dalam kabin bot.

Kabin kadangkala hanya diselerakkan barangan peribadi (beg pakaian,dan peralatan) sedangkan pemancing terpaksa berhujan panas di luar.

 

Kaki pancing ada gengnya tersendiri, ada klik atau kumpulan masing-masing yang biasa mengadakan trip memancing bersama.

Sesetengah golongan kaki pancing ini tidak suka kehadiran orang luar bersama kumpulannya.

Selain itu adakan senarai ‘standby’ bagi mengelakkan 1 atau lebih kaki pancing menarik diri pada saat-saat akhir.

 

Mana nak gagau pemancing jika notis diberi tidak sampai 2 jam! Kena pula tu terpaksa ‘cover’ kos tarik diri mengejut ini. Kecuali trip dekat/ tidak bermalam.

Sebab itu ramai yang malas menganjur trip memancing kerana tidak sanggup berdepan dengan masalah penarikan diri ahli pada saat akhir dan terpaksa pula menampung kekurangan perbelanjaan tersebut.

Selain itu kutip deposit lebih awal bagi mendapatkan komitmen dari setiap ahli yang pergi.

IKLAN

 

Rumusan:

  •  kerjasama berpasukan.
  •  senang berunding dan memahami antara satu sama lain.
  •  persediaan ahli serta tahu keupayaan member (mabuk laut).
  •  kemampuan dan daya tahan berada di laut.
  •  kutip deposit/ buat bajet lebih sikit bimbang kes tarik diri.

 

PENGANJUR / PENGUSAHA PAKEJ

Bila industri memancing berkembang, banyak pengusaha dan individu mengadakan pakej memancing buat kaki pancing.

Berbagai-bagai jenis pakej yang ditawarkan dengan harga yang berlainan mengikut tempat dan kapasiti. Siasat latar belakang pengusaha pakej dan kemampuannya mengendalikan pakej tersebut.

 

Ini termasuklah boleh memberi khidmat nasihat, maklumat berguna di padang pancing yang bakal di kunjungi, serta teknik memancing yang betul serta mendapatkan tekong yang berpengalaman.

Tunjuk ajar amat perlu kepada kaki pancing kerana tidak semuanya tahu mengamalkan teknik memancing yang sihat dan betul. Jangan ajak kaki pancing datang aje!

Kemudian tak ambil tahu langsung sambil lepak dan tidur dalam kabin. Banyak yang tak kena nanti!

 

 

Rumusan:

IKLAN
  •  lokasi yang ditawarkan.
  •  boleh memberi kepuasan.
  •  memberi reaksi positif apabila dikomen.
  •  mampu memberi tunjuk ajar dan khidmat nasihat.
  •  mampu menguruskan aktiviti trip dengan berkesan.

 

PERJALANAN DAN PENGANGKUTAN

Perjalanan amat membatasi trip memancing kerana bukan semua kaki pancing mampu bercuti panjang, memiliki kemudahan pengangkutan dan tahu menuju ke lokasi dengan masa terhad.

Jika perjalanan trip tidak diaturkan dengan teliti, pasti banyak yang sangkut di pertengahan program, salah satunya masalah pengangkutan, jarak jauh serta pemandu.

 

Jika terjadi seorang sahaja memandu semalaman tanpa henti-henti akibatnya beliau akan menghabiskan masa tidur sahaja di dalam bot.

Ia juga mengundang cepat letih, pening dan akhirnya terjerumus kepada fenomena mabuk laut. Ini belum kira masa balik dari memancing lagi.

Perjalanan yang memerlukan sistem pengangkutan baik ke destinasi boleh ember banyak masalah jika tidak di atasi dan dibuat persediaan awal.

 

Rumusan:

  •  rancang trip ke lokasi.
  •  aturkan pengangkutan ( van, kereta ataupun naik bas).
  •  kenal pasti jumlah yang diperlukan serta barangan yang perlu dimuatkan.
  •  tentukan pemandu (minimum 2 pemandu untuk perjalanan lebih dari 5 jam).
  •  rancang perjalanan contohnya di mana hentian pertama, kedua atau tempat mengisi minyak. Jangan gopoh, buat hentian untuk berehat. Jangan sampai tersadai di tengah hutan / jalan kehabisan minyak. Saya dah alami semua ini. Ini juga boleh mengelakkan berlumba sesama sendiri .
  •  kongsi masa, kos dan nikmati perjalanan indah anda.

 

POLISI & KERJASAMA

IKLAN

Bila berada dalam bot, tumpuan ramai pemancing adalah bahagian belakang, sanggup berebut janji dapat duduk belakang.

Posisi ini merupakan ‘favourite’ dan menjadi tumpuan anggota ekspedisi. Setiap bot tidak mampu menyediakan tempat untuk semua pemancing di bahagian belakang kecuali hanya 2 atau 3 orang pemancing yang mampu menyewa bot yang boleh dimuat 10 pemancing.

 

Kes di mana sesetengah pemancing bolot ruangan belakang sepanjang tempoh ekspedisi tanpa mahu bergilir sedangkan kos perbelanjaan ditanggung bersama. Bayar sama rata.

Tentu tak adil! Selain bergilir, undian sedikit sebanyak membantu menangani masalah berkenaan. Cara yang paling mudah banyak diamalkan oleh rakan-rakan saya ketika memancing dasar ialah bergilir posisi dan atur mengikut saiz kekili yang digunakan.

 

Siapa yang pakai saiz set paling kecil perlu duduk di belakang sekali, hingga di hadapan sekali buat kaki pancing yang menggunakan kekili besar dan power.

Jika kita biarkan sahabat yang pakai kekili kecil, duduk di barisan hadapan pasti ia akan kaut semua tangsi lain apabila hanyut jauh di belakang bot.

 

Kekili kecil tidak mampu untuk menggunakan ladung no 24 ke atas, bila pakai kecil tali kita pula dipancing sekali. Kang haru!

Pastikan juga pemancing yang tidur di kabin tidak meninggalkan pancing di dalam air, simpan semua peralatan apabila tidur agar tidak mengganggu pemancing yang berjaga.

 

Rumusan:

  •  kerjasama menyusun pemancing di dalam bot.
  •  posisi pemancing berdasarkan keseimbangan peralatan terutama kekili.
  •  secara bergilir-gilir tukar posisi atau kekal dengan persetujuan bersama.
  •  jangan hulurkan pancing jika ingin tidur. Karau dan simpan sahaja kerana ini tidak akan menyusahkan orang lain yang berjaga.
  •  jangan tamak, kongsilah kenikmatan memancing bersama kerana bukan kita yang bayar sorang-sorang! Orang lain nak mancing juga.

 

 

baca juga Kitab Panduan Pancingan Laut Dalam – bab 1/2

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI