Semakin lama semakin seronok melayan ikan baung sehinggakan kami terlupa tentang Lan yang jauh dari kami.
Sehinggalah suasana hampir gelap di mana kamimengambil keputusan untuk balik. Namun sesuatu perkara pelik telah berlaku di mana Lan tidak ditemui walaupun namanya dipanggil berkali-kali.
Akhirnya kami mensyaki Lan telah tersesat kerana suasana bertukar menjadi gelap sedangkan Lan langsung tak membawa apa-apa kecuali joran dan baldi umpan udangnya.
Setelah puas mencari akhirnya kami mengambil keputusan untuk melaungkan Azan agar Lan dapat ditemui.
Setelah Azan dilaungkan, kelibat Lan masih belum kelihatan sehinggalah rakan saya mengambil keputusan untuk menjemput seorang ustaz agar dapat membantu mencari kedudukan Lan.
Rakan saya balik bersama seorang rakannya menemui Ustaz Ramli untuk meminta bantuan.
Sebelum membawa Ustaz masuk ke dalam hutan, rakan saya singgah sebentar di rumah Lan kalau-kalau Lan ada di situ dan balik secara senyap-senyap.
Namun ternyata melalui keterangan mak Lan, dia dah keluar dari pagi tadi lagi sehingga ketika itu.
Rakan saya merahsiakan kehilangan Lan dari pengetahuan ibunya agar ibu Lan tak risau.
Setelah itu rakan saya bersama Ustaz Ramli meneruskan perjalanan ke sungai di mana kali terakhir kami melihat Lan.
Setelah Ustaz Ramli memerhatikan kawasan tersebut, ustaz memberitahu Lan bukannya hilang cuma disorokkan oleh penunggu sungai dan berada di sekitar kawasan tersebut.
Ustaz Ramli melaungkan Azan sekali lagi dan ketika itu barulah kamimelihat Lan sedang bercakap-cakap seorang diri di balik pokok yang tumbang sambil menjulurkan kaki ke air.
Rakan saya memanggil Lan dengan kuat sehingga Lan terkejut dan memarahi rakan saya kerana terperanjat.
Kami memberitahu Lan bahawa dia dah hilang. Namun dibalas dengan dekahan ketawa sambil memberitahu dirinya memang berada disitu bersama Siti! Siti????
Kami terpinga-pingga mendengar nama yang disebut oleh Lan.Ustaz Ramli menuruni tebing dan berdiri disebelah Lan sambil membaca satu surah sebelum menepuk bahu Lan.
Ketika itu barulah Lan terkejut apabila melihat suasana gelap gelita dan hanya diterangi oleh lampu suluh yang Ustaz bawa. Lan disuruh minum air mineral yang dibawa oleh Ustaz.
Keesokan harinya barulah Lan menceritakan apa yang berlaku kepadanya semalam.
Di mana sewaktu leka menunggu umpan diragut ikan, seorang gadis cantik berasal dari Kuala Lumpur datang seorang diri untuk memancing di sungai tersebut.
Dan kebetulan dia duduk berhampiran dengan Lan. Dalam berberapa minit saja Lan dan Siti begitu mesra sambil melayan pancing bersama. Lan akui saat Ustaz menepuk bahunya barulah dia nampak wajah sebenar siti yang menyerupai lembaran daun besar.
Dan ketika itu barulah Lan tahu waktu telah menunjukkan sepuluh malam. Jika tidak pasti Lan akan berada di tempat yang terang serta redup sambil berbual-bual dengan Siti, jelmaan gadis KL yang memancing bersamanya.