Mersing, satu daerah pinggir laut yang cukup popular di negeri Johor. Tentu saja ia merupakan destinasi memancing yang diminati ramai.
Sama ada perairan air tawar mahupun air masin, kedua-duanya adalah tarikan utama pemancing ke Mersing ini.
Sekiranya anda lebih meminati pancingan laut dalam, maka pilihan anda adalah sesuatu yang wajar kerana aktiviti pancingan laut dalam seperti jigging sedang hangat diaplikasi di sini.
Ramai operator pakej memancing yang boleh anda pilih dan salah seorang daripadanya ialah Nadzri yang pernah popular dengan nama jolokan Tekong Viral.
INFO OPERATOR PAKEJ
Ads
Nama bot: P7 Junior
Nama pemilik bot : Pak cik Zack
Nama tekong : Mohd Nadzri Ismail
Usia tekong : 38
No h/p : 0132329087
Pengalaman : 8 tahun
Ads
Spesifikasi luas bot: 30 kaki x 7 kaki
Enjin : Suzuki 140hp
Kapasiti pemancing : 6 orang
Jeti : Jeti Batu Sungai Muka 2, Mersing.
Ads
Kawasan memancing : Perairan Pulau Besar, Pulau Seri Buat, Tokong Burung, Pulau Bahara, Pulau Jahat dan Pulau Tioman
Teknik pancingan : Jigging, casting, candat, popping
Sewa (Harga) : RM 1200
Pakej Termasuk : Ais n mineral
Waktu memancing :8am-7pm (Nak lajak lebih masa pun boleh kalau nak menyandat).
Antara pelanggan yang pernah menggunakan khidmat pakej Tekong Nadzri:
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Kali ini kami nak perkenalkan satu lagi ikatan. Unique outside knot ini merupakan ikatan yang berasaskan simpulan. Semakin banyak simpulan maka semakin kukuh ikatannya.
Step 1
Masukkan tali perambut melalui lubang cincin mata kail dari arah belakang mata kail.
Step 2
Buatkan satu lingkaran dengan hujung perambut berada di atas tali perambut.
Step 3
Selitkan hujung tali ke bawah tali utama dan masukkan ke dalam lingkaran yang dihasilkan tadi.
Step 4
Ulangi step itu sekurang-kurangnya tiga kali. Lagi banyak lagi bagus jerutan yang dihasilkan nanti.
Step 5
Perlahan-lahan tarik hujung tali sehingga ikatan terbentuk. Pastikan simpulan tidak terbelit atau bertindih. Ia akan menyebabkan simpulan akan luka dan akan putus.
Step 6
Kemaskan ikatan yang terhasil agak tidak bertindan atau berketul.
Step 7
Tarik tali utama hingga ikatan rapat pada hujung cincin mata kail. Potong lebihan tali dan ikatan sudah menjadi sempurna.
Saya ada satu persoalan, min. Apa dia beza jika kita guna perambut biasa dengan perambut fluorocarbon?
JAWAPAN:
Pada hemat saya, perambut yang dimaksudkan adalah perambut (shock leader) yang menghubungkan tali utama (lazimnya tali sulam atau braided) dan bukannya perambut yang disambungkan dengan mata kail.
Terlebih dahulu kita perlu tahu apa kegunaan atau fungsi perambut tersebut. Penggunaan perambut atau shock leader bertujuan untuk menyerap regangan terutama jika menggunakan tali utama daripada jenis tali sulam.
Tanpa perambut ia akan memberi tekanan kuat pada mata kail, kekili dan joran yang boleh mengakibatkan pincang fungsi. Mata kail akan lurus, joran akan patah atau kekili akan rosak.
Material perambut pula lazimnya terbahagi kepada dua iaitu monofilament nylon atau polymer (tangsi) dan fluorocarbon.
Berikutan bahan yang berbeza tentu saja sifat dan fungsinya juga berbeza. Paling ketara perbezaannya ialah perambut tangsi ini lembut dan fluorocarbon pula keras.
Kesan di dalam air pula, perambut tangsi yang didatangkan dengan pelbagai warna termasuklah berwarna jernih bersifat tampak manakala fluorocarbon pula lebih bersifat halimunan.
Dari aspek aksi pula perambut tangsi lebih berbuai di dalam manakala flurocarbon lebih bersifat pegun.
Dan dari segi ketahanan pula, fluorocarbon ternyata lebih lasak menahan geseran dan tidak mudah kerinting atau hilang sifat regangan.
UMPAN: Sejak bila anda menceburkan diri dalam hobi memancing?
MNIS: Sebagai anak nelayan yang dilahirkan di Kg. Air Papan, Mersing, saya terdedah kepada laut sejak kecil lagi. Padang permainan saya adalah laut.
Ikan-ikan adalah anak patung saya. Jadi saya sudah biasa dengan hobi memancing ni sejak dari kecil lagi.
UMPAN: Kenapa anda memilih hobi memancing ini berbanding hobi lain?
MNIS: Sebagaimana yang saya cakapkan tadi, saya sudah terbiasa dengan laut yang menyebabkan hobi memancing itu datang dengan sendiri.
Bila dah memancing saya tidak perlukan hobi lain lagi. Hobi memancing ni lebih selesa dan ada kepuasan tersendiri. Saya berasa aman dan tenang bila memancing di laut biru.
Apatah lagi bila melayan ikan-ikan yang terkena pancing. Keseronokannya susah nak diucapkan yang membuatkan saya ingin terus memancing dan memancing lagi.
UMPAN: Apa pula rintangan dan harapan anda pada hobi ini?
MNIS: Rintangan dalam memancing ni ada macam-macam. Serba-serbi mencabar dari segi laut gelora, mabuk laut dan kena sengat ikan.
Tapi itu semua tak mematahkan semangat saya untuk pergi memancing lagi.
Harapan saya ingin melihat lebih ramai lagi kaum hawa menjadi lady anglers. Banyak kelebihan dengan memancing ini untuk kaum hawa.
UMPAN: Ceritakan sedikit pengalaman pahit manis anda dalam memancing?
MNIS: Pengalaman paling sweet dalam dunia memancing ni bila ikan menyambar umpan yang baru kita lontarkan daan terasa sentapan tu di tangan kita.
Pengalaman pahit dunia pancing bila kena ribut kuat di lautan di atas bot yang rosak. Semua jadi kelam kabut… berdoa dan tawakal je la.
UMPAN: Selain memancing anda juga terlibat secara terus dengan industri memancing, boleh jelaskan?
MNIS: Selain dari hobi memancing dari minat yang mendalam, saya juga nenceburi bidang perniagaan kedai pancing.
Selain umpan pancing, alatan pancing yang berkualiti juga ada dijual. Saya juga ada buat trip pancing ke pulau-pulau area Johor.
Trip diaturkan oleh saya sendiri dan servis yang terbaik saya cuba ikhtiarkan.
Selain itu saya ada juga masuk pertandingan memancing dan pernah berapa kali menjadi juara dalam pertandingan pancing yang dianjurkan oleh beberapa penganjur.
Minat yang mendalam terhadap aktiviti pancing ni sehingga saya memiliki bot sendiri dan mempunyai lesen bot serta ahli Nelayan Johor Selatan.
Untuk kaum hawa yang berminat untuk belajar secara percuma boleh hubungi saya. Saya akan rekemenkan yang terbaik sama ada joran atau apa-apa peralatan pancing.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...