Ads
Home Bisnes Khidmat Servis Tekong – Pak Ali Kaki Bakar ®

Khidmat Servis Tekong – Pak Ali Kaki Bakar ®

Ads

 

“Senyap je kat belakang tu…”
“Sunyi je orang kat depan tu…”
“Kau orang datang berapa orang tadi eh?”
“Empat orang je ke yang jigging?”

 

Begitulah antara kata-kata ‘pembakar semangat’ yang sering dilontarkan oleh tekong Yvette One Fishing Charter.

Rozali Abd Rahim (51) atau lebih mesra dengan panggilan Pak Ali oleh kalangan pemancing.

Ekoran daripada gelagatnya yang gemar mengusik atau ‘membahan’ pemancing yang belum mendaratkan sebarang tangkapan berbanding pemancing lain itulah membuatkan Pak Ali mudah rapat dan mesra dengan pemancing yang menyewa bot memancing yang beliau usahakan.

Meskipun tindakannya boleh menimbulkan rasa tidak senang khususnya kepada pemancing yang menjadi bahan keletahnya, Pak Ali mempunyai sebab dan alasan tersendiri berbuat demikian.

 

 

Ads
Khidmat Servis Tekong – Pak Ali Kaki Bakar ®
Kejayaan pelanggan Pak Ali

 

“Pak Ali tengok orang jugak nak membahan. Pak Ali tengok dulu ahli grup macam mana… kalau nampak boleh bergurau, barulah seronok sikit nak membahan. Tujuan Pak Ali cuma nak berseloroh. Memancing ni kalau sunyi sangat atau terlalu serius tak seronok jugak,” jelas Pak Ali.

 

Menurut Pak Ali lagi, tujuan beliau membakar adalah sebagai motivasi kepada pemancing tersebut untuk lebih gigih berusaha.

Sebagai tekong, Pak Ali memikul tanggungjawab besar untuk memenuhi hasrat pemancing yang menyewa bot dan menggunakan khidmat beliau.

Seboleh-bolehnya Pak Ali akan berusaha untuk memastikan kesemua pemancing tidak pulang dengan tangan kosong. Atau setidak-tidaknya berpeluang untuk strike.

Ads

Berpeluang atau tidak untuk mendaratkannya itu terpulang kepada pemancing menentukannya.

 

Khidmat Servis Tekong – Pak Ali Kaki Bakar ®

 

Justeru Pak Ali menganggap kesemua pelanggan adalah pelanggan istimewa dan akan bawa ke lubuk-lubuk yang berpotensi untuk mendapatkan strike.

Ads

Bahkan Pak Ali akan turut sama memancing sekiranya tiada pemancing yang berjaya menerima strike atau mendaratkan ikan.

Dan sekiranya hampir kesemua pemancing berjaya menerima strike dan mendaratkan namun masih ada seorang dua yang gagal atau menghampiri kumpau, barulah Pak Ali mengusiknya dengan kata-kata yang membuatkan pemancing rasa seperti terbakar.

 

Khidmat Servis Tekong – Pak Ali Kaki Bakar ®

 

Info Tekong:

 

Nama: Rozali Abdul Rahim (Pak Ali)
Saiz bot: 39” x 9”
Enjin: 115hp berkembar
Muatan: 6 pemancing
Pakej: RM 1200.00 sehari
Waktu: 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Jeti: Pengkalan Nelayan Port Dickson
Lokasi: Zeezone Port Dickson
Teknik: Jigging
Tempahan: 019-3360107

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI