Sekiranya anda berhasrat untuk memancing di perairan Merchong atau Rompin, dan tidak mengetahui tekong yang harus anda pilih, maka anda perlu mencuba pakej memancing Adventura Outdoor yang menggunakan khidmat tekong Krel Nazri. Boleh dikatakan, tiada pemancing yang merungut setelah menggunakan khidmat servis beliau yang merupakan antara tekong terbaik di Merchong.
Nama bot: Adventura Outdoor
Nama tekong: Krel Nazri
Enjin: 300 hp (Yamaha 150 hp berkembar)
Saiz bot: 35 kaki x 10 kaki
Ads
Muatan: 6 pemancing
Lokasi jeti: Chalet Kg. Merchong
Ads
Harga sewa: RM1400 (Sabtu&Ahad), RM1300 (Isnin-Jumaat)
Pakej: 50 ekor udang hidup, air minuman dan ais disediakan.
Ads
Lokasi pancingan: Karang Luas hingga Pulau Berhala
Tempoh: 7 pagi hingga 5 petang
Tel: 014-5044335
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tiba di spot pertama, tidak jauh dari sebuah pulau tandus, kami mula menurunkan jig. Cuaca begitu cantik, tetapi keadaan arus agak laju sedikit waktu itu. Kami yang menyasarkan teknik light jigging dalam trip ini masing-masing cuba mencari lesen pertama.
Tidak lama kemudian, masing-masing termasuklah tekong masing-masing memperoleh tangkapan kerisi. Namun belum ada tangkapan yang bersaiz kasar. Cuma ada satu sambaran rakus yang saya perolehi dan dipercayai kerapu berjaya menyelinap masuk ke sarangnya dan keputusannya lebur!.
Tekong Adik, kemudiannya beralih ke spot kedua dan ketiga sebelum kerisi sahaja yang menjadi penyeri. Kami sempat singgah di salah satu unjam. Di sini, Saiful berjaya memperoleh seekor tenggiri hasil jig cast yang di lontar jauh di luar kawasan unjam.
Pacai yang berada di hadapan bot yang mengunjun jignya juga berjaya memperoleh sambaran. Sayangnya ikan yang dipercayai juga sang tenggiri berjaya meloloskan diri selepas ia menyelinap di tali unjam sebelum putus. Selepas itu, tiada lagi sambaran yang diterima dan kami bergerak menuju spot lain di perairan Tioman.
Sebelum trip, Azha dan juga Tekong Adik ada menyarankan agar kami bersedia dengan memasang bulu pada mata kail jig. Ini kerana air di sekitar perairan ini agak jernih. Ikan ada kalanya enggan membuka mulut tanpa ada aksesori tambahan ini.
Saya perhatikan cara Tekong Adik dan Paiz yang turut sama menurunkan jig setiap kali tiba di mana-mana spot. Jelas kedua-dua tekong ini gemar menggunakan Senses jig Candy (saury) warna hijau dan silver 40 gram. Cara yang dipraktikkan lebih kepada jig cast iaitu melontar jauh, sebelum dibiarkan seketika dan karau laju secara jerking. Antara spesies yang diperolehi, termasuklah ikan tambak, kerisi dan juga kerapu.
Pada masa yang sama juga, Tekong Adik menyarankan agak kami mencuba kaedah tundaan. Sebanyak dua set joran untuk menunda disediakan di belakang bot. Hampir setengah sejam ulang tundaan juga tidak mendatangkan sebarang hasil. Lantas, set trolling terus disimpan dan set jigging diguna semula.
Ketika sedang rancak jigging, Zul yang sedang menjawab panggilan telefon sambil tangan kanannya melakukan unjunan jig secara aksi yo-yo tiba-tiba disentap rakus menyebabkan rod Storm Gomoku Erito PE0.8-1.5 dipadankan dengan Twin Power 3000s. Kelam kabut dibuatnya .
Tiga minit kemudian, naik seekor ikan cermin dalam skala 2 kg. Terus sahaja, derai ketawa kedengaran, apabila kami mengatakan, sambil jawab telefon pun boleh dapat ikan. Ini dinamakan ‘racun’ untuk beliau yang kali pertama turun jigging.
Melihat di bawah air yang begitu jernih sungguh mempersonakan. Ada kumpulan ikan berwarna kuning. Begitu juga tidak lama kemudian, sekumpulan ikan berwarna biru pula muncul. Tiba-tiba muncul boiling kumpulan ikan menghampiri bot, terus sahaja kami melontarkan popper dan jig. Saya yang membiarkan Ima Gun 40 gram warna silver tenggelam sekitar 8-10 saat, terus sahaja disentap kuat dan terus menekan ke bawah.
Dalam perjalanan pulang, Tekong Adik memutuskan singgah sekali lagi di sebuah unjam. Seekor lagi tenggiri menjadi rezeki kami selepas membaham Senses Pintail. Tidak ketinggalan, kami mencari ikan lauk di unjam yang sama menggunakan apollo sebelum menamatkan trip ini.
Suatu ketika dahulu, nama bandar nelayan Ranong, Thailand mungkin agak asing bagi pemancing di negara kita. Tetapi sekarang tidak lagi. Semua pemancing pasti memasang impian untuk ke sana kerana di situlah terdapatnya bot-bot mewah yang akan membawa pemancing ke Burma Bank, International Water dan juga Kepulauan Nicobar di Lautan Hindi.
Stok spesies gergasinya yang masih banyak telah membuatkan pemancing dari luar negara terutama Eropah dan juga Asia seperti Australia, Jepun, Taiwan dan Singapura kerap kali bertandang ke sini semata-mata untuk menduga kekuatan monster yang berlegar-legar di antara Laut Andaman dan Lautan Hindi ini.
Bagi rakan-rakan pemancing saya di Thailand turut tidak melepaskan peluang meninjau lubuk-lubuk terbilang di Permatang Burma yang sudah pasti memberikan kepuasan yang maksimum kepada setiap peserta.
Sebenarnya, ikan-ikan dari Ranong sebahagian besarnya dieksport untuk pasaran di Malaysia. Jetinya sepanjang dua kilometer menceritakan segala-galanya. Jelas kelihatan bot-bot besar yang berlabuh untuk memunggah hasil tangkapan yang bernilai jutaan ringgit itu.
Untuk ke Burma Bank, biasanya team saya serta pemancing lain akan bertolak sehari lebih awal dengan tujuan untuk mendapatkan rehat yang cukup. Di samping itu dapatlah melancong dan membeli-belah ala kadar di sepanjang perjalanan ke destinasi. Memang seronok dapat melihat keindahan tempat orang dan keramahan penduduknya.
Dalam perjalanan, dapatlah singgah melepaskan penat di bandar-bandar seperti Hatyai dan Surat Thani. Perjalanan sejauh hampir 600 km dari sempadan Bukit Kayu Hitam seperti tidak terasa penatnya apabila berjaya menjejakkan kaki di bumi Ranong.
Sampai sahaja di sana, pasti seronok disambut mesra orang-orang Thai yang peramah. Terdapat banyak hotel untuk kita menginap bagi menghilangkan keletihan memandu antaranya Tinidee @ Ranong Hotel dan Ranong Garden Hotel di samping chalet-chalet tepian pantai yang menarik.
Disebabkan keletihan, masing-masing lebih suka berehat di bilik masing-masing. Maklum sajalah dah jumpa tilam empuk ibarat orang mengantuk disorongkan bantal! Sebenarnya kami tak kisah sangat tidur kat mana-mana pun asalkan mendapat rehat yang cukup. Namun ada juga yang keluar meronda di sekitar bandar menjamu selera dan menjamu mata.
Keesokan harinya, setelah sarapan di hotel, kami bertolak ke jeti yang menempatkan bot Polaris One yang luas dan selesa tambahan pula dengan aircond 24 jam. Terdapat 14 katil bertilam yang sungguh selesa, tak perlu berebut tempat tidur lagi. Chef profesional yang ditugaskan juga memang terkenal dengan masakannya yang lazat. Terasa macam percutian dalam cruise pulak bila dilayan macam ’anak raja’.
Krew-krew yang boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris memudahkan lagi kami berinteraksi. Sebelum melintasi perairan Burma Bank kami perlu singgah di bandar Kawthaung, Myanmar untuk urusan pasport dan permit memancing. Setiap pemancing dikenakan USD120.00 untuk bayaran permit memancing di Burma Bank. Setelah semua urusan selesai, seorang pegawai keselamatan atau pegawai pelancongan akan turut serta dalam ekspedisi ini untuk membuat pemantauan dan keselamatan.
Dalam perjalanan, kami menempuh beberapa buah pulau yang kebanyakan pulau tidak berpenghuni dan masih terpelihara dengan baik. Alam semula jadinya masih natural dan belum terusik dek pembangunan. Sudah pasti terumbu karang di bawahnya masih indah dan menawan untuk kaki skuba.
Setelah mengharungi perjalanan hampir 12 jam, kami sampai di lubuk pertama. Cuaca cantik, laut pun tenang namun spesies mega masih belum kelihatan. Target utama ialah spesies tuna seperti dogtooth tuna, yellow fin tuna dan skipjack tuna.
Acara bottom pula adalah acara sampingan sahaja. Cuma yellow fin tuna bersaiz sederhana saja yang galak membedal jig-jig comel. Apa yang penting layan saja apa rezeki yang datang. Tuna bersaiz kecil disimpan rapi untuk dibuat umpan kertang hitam dan ruby snapper.
Selain itu untuk dibuat hidangan mewah shashimi berwasabi, fuh…memang terangkat! Jig paling berat yang dikendong seberat 350 gram. Ada juga yang bersedia dengan jig-jig heavy seberat 500 – 600 gram. Namun begitu jangan lupa jig-jig comel 80 hingga 100 gram untuk jigging hanyut pada malam hari.
Dalam trip-trip yang lalu memang berkesan untuk tuna-tuna lingkungan 4 – 5 kg menyambarnya. Selain tuna terdapat juga gerepoh dan ikan yu. Jig paling popular di sini seperti Jigging Master, Shimano Butterfly dan Williamson Jig.
Saya lebih gemar mengguna jig-jig harga patut saja yang tidak kurang hebatnya seperti Runaway dan White Rabbit selain jig-jig yang disponsor. Bagi pemancing Thailand, mereka lebih gemar menggunakan Rider Jig Siam Jig kerana telah terbukti ‘ong’nya.
Bak kata orang kalau dah gila memancing, jauh mana sekalipun tetap nak pergi! Itulah permulaan kepada trip menjejak sang sebarau monster atau badong bagi misi kali ini. Awal-awal lagi perbincangan rapi telah terutama pemilihan gewang dan sesudu sebelum menjejaki ke lubuk ini.
Bukan itu sahaja, tali utama dan leader juga ditukar bagi menghilangkan kegusaran putus ketika bertarung dengan spesies yang belum dapat dijangka saiznya.
Seawal jam 4 pagi dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda, kami bergerak dari Klang melalui Lebuh raya Karak dan terus ke lokasi. Setibanya ke lokasi yang dituju, kelihatan air berwarna seperti air tebu yang sangat sesuai untuk trip kali ini.
Pada awal pagi, langsung tiada yang sudi menjamah sesudu yang kami lontarkan. Hanya beberapa kali kes rabut berlaku di sebelah atas menuju hulu sungai. Mungkin sebarau saiz kecil yang terpikat dengan sesudu berwarna krom, merah dan emas yang digunakan.
LUBUK PERTAMA
Ketika tiba di sebuah lubuk yang mempunyai jeram, kami terlihat anak-anak ikan melompat di permukaan air serta bertempiaran lari seolah-olah dikejar sesuatu.
Masing-masing mendiamkan diri sambil segera memperkemaskan gewang untuk di lontar ke kawasan anak ikan tadi.
Apabila gewang sesudu Altima 10 gram yang digunakan Ayoi jatuh melayang hampir ke dasar, tali utamanya terus tegang dan joran melentur disentak penghuni. Belum pun sempat Ayoi mengetatkan lagi sistem regangan Shimano Calcutta Conquest nya, spesies yang tidak diketahui itu telah membawa talinya terus ke sudut lubuk yang mempunyai reba akar pokok.
Akhirnya, dia berputih mata kerana sesudu yang dianggap ‘killer’ pada spesies sebarau ini menjadi tukun buat selama-lamanya di dasar sungai berkenaan.
Selepas itu kami berpecah kepada dua kumpulan. Ayoi dan Azrul terus menuju ke hulu manakala saya dan Amin masih setia di kawasan lubuk pertama yang menjadi tempat kejadian rabut di dalam reba-reba kayu.
Amin menghantar Siam Spoon ke arah tebing seberang sungai berkali-kali namun tiada spesies yang sudi menjamah gewangnya. Sambil berbual, Amin sempat berseloroh agaknya ikan-ikan di sini ‘lambat bangun pagi’.
AIR BERUBAH WARNA
Saya dan Amin turun ke hilir secara beransur-ansur sambil membuat balingan ke celahan reba yang diyakini boleh mencetuskan satu sambaran. Di satu kawasan cetek, saya membuat balingan di permukaan air tanpa membiarkan ia jatuh ke dasar dan terus mengarau.
Tiga kali sambaran dari sang sebarau bersaiz 3 jari jelas kelihatan cuba menghentam gewang Bakau berwarna kuning, tetapi ‘miss call’. Balingan kedua ke lokasi sama tidak lagi bersambut.
Dengan semua yang masih belum menyentuh ikan sejak pagi kami meneruskan aktiviti mengilat di kawasan pulau yang terbentuk di tengah sungai. Amin mencuba beberapa kali melontarkan sesudu ke arah rumput di tepian pulau di tengah sungai, tiba-tiba mendapat satu sambaran padu.
Joran Ganko specialized custom berkekuatan 10 lb diasak kuat ke bawah. Dengan tali 14 lb dan sambungan perambut kejutan 30 lb membuatkan Amin sedikit risau dengan tentangan hebat ikan. Dalam beberapa saat, spesies yang belum kelihatan menukar haluan menentang arus dan cuba mudik ke hulu dengan pantas. Melihatkan tebing yang agak tinggi dalam 7 kaki adalah agak mustahil untuk mendaratkan ke atas.
Amin terus turun kesatu bahagian tebing yang boleh di jadikan tangga untuk turun lebih dekat dengan gigi air. Tanpa ‘lips grip’ dan tangguk, saya terus turun ke air membantu mendaratkan ikan ke tebing. Hasilnya boleh dikatakan badong seberat 3.3 kg menjadi lesen kepada joran yang pertama kali
MISS CALL
Pada sebelah petang kami mencuba nasib di sebelah bawah sungai. Ayoi yang beberapa kali rabut berasa amat kecewa walaupun berbagai sesudu ditukar setiap 10 kali balingan. Saya yang menggunakan gewang Surecatch mendapat sambaran di masa tali dalam gelendong kusut. Tanpa menghiraukan kekusutan yang berlaku saya mengarau terus tanpa memberi peluang kepada ikan untuk melarikan gewang ke dalam reba pokok tumbang yang berselirat.
Seekor baung bersaiz sederhana berjaya didaratkan dan ia juga merupakan lesen pertama saya menewaskan spesies ini menggunakan gewang.
Azrul juga dalam diam telah berjaya mendarat beberapa ekor sebarau yang boleh di kategorikan sebagai curut dan di lepaskan semula ke habitat asal. Meskipun hanya seekor sebarau yang berjaya dinaikkan, ia tetap memberikan kepuasan kerana sebarau yang berjaya ditewaskan adalah bertaraf badong. Kami juga pasti akan kembali lagi ke sini dalam masa terdekat.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...