UMPAN: Sejak bila anda bergelar pengusaha servis kekili?
MSJ: Masih baru lagi. Jika tidak silap, saya mula bergelar sebagai pengusaha servis kekili pada 2014 atau 2015.
UMPAN: Kenapa anda memilih usaha ini dan bagaimana ia boleh bermula?
MSJ: Pada mulanya saya cuma servis reel saya sendiri sahaja, maklumlah sebagai seorang pemancing kita tentu sayangkan barang-barang pancing kita.
Bukan mudah kita nak dapatkan satu-satu barang yang kita idamkan tambahan pula kita bukan dari golongan orang senang.
Bila sudah dapat barang yang kita idamkan sudah tentu kita hendak menjaganya dengan baik dan sempurna.
Dari situlah bermulanya bidang yang saya ceburi sekarang ini. Pada mulanya saya cuma tolong kawan-kawan yang kenal saja.
Lama kelamaan ramai pula yang hendak menghantar reel untuk diservis. Alhamdulilah dan terima kasih pada kawan-kawan dan semua pelanggan yang support saya.
UMPAN: Apa rintangan dan harapan anda dalam meneruskan usaha ini?
MSJ: Rintangan yang saya perlu lalui, saya kena mencari apa masaalah dan punca kerosakan kekili tersebut dan saya juga kena belajar tuned kekili yang saya sendiri tak pernah guna pakai.
Maklumlah bila dah buka 100% kesemua bahagian kekili saya kena pasang dan tuned balik kekili tadi sampai sempurna.
Harapan saya pula… saya berharap agar sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dapat terus menolong kawan-kawan sehobi untuk menjaga dan membaik pulih reel kesayangan.
UMPAN: Ceritakan apa kelebihan servis dan pakej yang ditawarkan?
MSJ: Kelebihan servis saya… saya akan siapkan kekili/reel sesempurna yang boleh atau senang kata bila siap servis pelanggan pasti akan rasa berpuas hati.
Saya cuba lakukan hingga pelanggan dapat rasa bila karau rasa macam baru… hihihi. Saya juga menggunakan grease campuran/bancuhan resepi saya sendiri berdasarkan pengalaman.
Grease terbaik saya akan gunakan untuk pelanggan saya. Saya juga akan mengambil foto kesemua barang/part kekili sebelum dan sesudah servis.
Biasanya kalau ada part yang hendak ditukar saya akan berunding terlebih dahulu dengan tuan empunya barang, bila dah setuju baru boleh proses sampai siap dan sempurna.
UMPAN: Cerita sedikit pencapaian membanggakan dalam usaha anda ini?
MSJ: Pencapaian yg membanggakan, boleh dikatakan saya adalah di antara beberapa orang di Malaysia yang boleh membaiki atau servis kekili/reel yang berjenama high end seperti Studio Ocean Mark, Evergreen, Marfix, Shimano dan lain-lain lagi.
Kamera DSLR bukanlah gajet murahan. Namun ramai kaki pancing juga merupakan kaki kamera. Oleh yang demikian, adalah sangat penting untuk mengetahui musuh-musuh kamera dan bagaimana cara untuk menggunakannya dengan sempurna.
Jauhi Habuk Dan Debu
Selepas mengambil gambar tidak kira sama ada di laut mahupun darat, anda hendaklah sentiasa membersihkannya sebelum simpan di dalam beg kamera. Ia amat penting supaya kamera tersebut tidak termasuk pasir, air mahupun habuk.
Kamera amat sensitif dengan air terutamanya air laut mahupun air tawar. Jika terkena, segera lap dengan kain bersih dan kering. Kamera yang terdedah dengan kelembapan tinggi akan menyebabkan fungus dan kulat membiak terutamanya lens yang boleh menjejaskan kualiti gambar.
Pegang Dengan Betul
Lilitkan strap kamera anda di tangan berbanding gantung di leher. Ini kerana jika anda gantung di leher, ia akan menarik perhatian ramai untuk meragut. Jangan sesekali abaikan keselamatan kamera ini kerana sekali jatuh, memang menangis jawabnya.
Jauhi Kelembapan
Gel silika digunakan untuk menyerap kelembapan kamera. Gel silika ni mudah didapati di pasaran. Harganya pun bukan mahal.
Filter Perlindungan
Filter digunakan untuk melindungi lens anda dari sebarang calar. Sekiranya anda mempunyai 5 lens, seeloknya beli UV filter untuk melindungi lens tersebut.
Beg plastik
Kalau turun ke laut, sila pastikan anda membawa beg plastik atau kain batik atau tuala khas untuk kamera sahaja. Bukan tuala tersebut bercampur dengan peluh-peluh anda. Ini adalah kerana tuala atau kain tadi dapat mengelakkan pasir masuk ke celah-celah lens. Balut kamera tersebut bila naik bot.
Aku ada member, Min… dia ni punya gebang boleh tahan la jugak. Katanya, dia pernah casting dapat ikan puyu guna gewang. Betul ke puyu makan gewang, Min?
JAWAPAN:
Pemancing ni memang ada pelbagai ragam. Ada yang sembang kencang tapi macam tong kosong. Ada juga yang kaki gebang tapi bukan sembang kosong. Contohnya macam member anda itulah. Bagi sesiapa yang tidak mengetahui tabiat pemakanan ikan puyu pasti menganggap ia hanya sembang bikin bimbang.
Untuk mengetahui kebenaran di sebalik kenyataan member anda memperoleh ikan puyu dengan teknik casting menggunakan gewang itu, kita mestilah melakukan sedikit kajian tentang diet ikan puyu.
Ikan puyu ialah haiwan maserba. Maserba membawa erti ikan puyu memakan hampir apa saja makanan. Di habitat asalnya, selain menjadikan tumbuhan akuatik, ikan puyu turut memakan serangga kecil atau moluska. Malah, dalam keadaan terdesak ikan puyu turut bertindak kanibal dengan memakan sesama spesies untuk kelangsungan hidup.
Atau dalam erti kata lainnya, apa saja gewang yang menyerupai diet pemakanan puyu yang melintas di hadapannya, berkemungkinan besar ia akan menyambarnya.
Secara peribadi pula saya tidak pernah casting puyu secara khusus tetapi pernah memperoleh puyu ketika casting haruan. Tidak pasti ia secara kebetulan atau tidak, puyu berkenaan benar-benar menyambar sesudu yang digunakan.
Malah saya pernah juga melihat rakan memperoleh puyu dengan menggunakan gewang mikro dan terbaru, umpan katak yang digunakan oleh seorang rakan untuk casting haruan turut sama berjaya mendaratkan seekor puyu yang agak besar saiznya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...