Nama: Mohd Alunazar b Mohd Adi
Nama FB: Alunaza Works
Usia: 35 tahun
Profil: Specialist custom paint / reel service & repair.
UMPAN: Sejak bila anda terlibat dengan kerja-kerja seni ini?
ALUNAZAR: Kisah perjalanan custom paint untuk gewang ni bermula pada akhir tahun 2013. Permulaan yang agak caca-merba pada awalnya.
Suatu hari ada seorang kawan nak tutup perniagaan cuci kereta sebab dapat tender untuk cafe sebuah IPT. Dia tawarkan sebiji compressor untuk dijual. Saya beli.
Esoknya saya ke kedai hardware untuk beli alat bengkel motor. Masa tu saya terpandang satu set airbrush dan tanpa fikir panjang terus saya beli.
Bila balik ke rumah, saya cuba untuk guna alat airbrush tu. Bermula dengan sebiji reel yang sudah teruk kondisi luarannya dan beberapa gewang sendiri yang telah tertanggal
warnanya, maka timbul idea untuk saya cuba menggunakan airbrush set yang saya beli itu.
UMPAN: Kenapa anda memilih usaha ini?
ALUNAZAR: Asalnya atas dasar untuk penjimatan kos saya sendiri sebenarnya. Sebagai seorang pemancing yang meminati casting, gewang-gewang yang digunakan telah banyak tercalar, lusuh dan tertanggal warnanya.
Begitu juga dengan reel. Jadi dengan adanya sedikit kemahiran untuk membaik pulih sendiri. Kemudian cuba memberanikan diri menghasilkan warna yang menarik pada gewang yang mana ianya mendatangkan satu kepuasan dalam diri.
Rakan-rakan juga banyak membantu dan memberi semangat. Mereka tak lokek untuk menghantar gewang dan reel mereka untuk diubahsuai warnanya.
Dari situ ia boleh menjana pendapatan sampingan.
UMPAN: Apa rintangan dan harapan anda dalam meneruskan usaha ini?
ALUNAZAR: Setiap usaha pasti ada rintangannya. Pada awalnya saya mmg buta bab airbrush ni.
Saya cuba beranikan diri buat eksperimentasi pada reel dan gewang milik sendiri. Panduan utama saya adalah Youtube dan latihan secara praktikal berterusan.
Dari situ saya banyak belajar skill airbrush. Saya juga banyak buat RnD untuk mendapatkan hasil terbaik.
Kerja ini memerlukan fokus yang tinggi dan amat memerlukan kesabaran. Sebiji gewang yang akan diairbrush perlu dibuat sekali jalan sahaja.
Andai ada kesilapan yang berlaku semasa proses dijalankan, ia akan dimulakan semula seperti awal proses. Begitu juga dengan reel.
Harapan saya… ingin mengembangkan usaha ini keperingkat yang lebih jauh dan cuba mencari perintis dalam bidang ni.
Bagi saya setiap kali pelanggan menghantar gewang dan reel untuk diairbrush, dalam hati ini terdetik biarlah pelanggan itu teruja dan tersenyum bila melihat hasil karya yang terhasil pada gewang dan reel tersebut.
Sesungguhnya maklum balas yang positif dari pelanggan adalah motivasi bagi diri sendiri.
UMPAN: Ceritakan apa kelebihan produk anda?
ALUNAZAR: Bercerita tentang kelebihan khidmat cat semula gewang dan reel ni salah satunya ialah diibaratkan seperti proses kitar semula.
Gewang-gewang yang teruk warnanya boleh dibaik pulih dan boleh dipakai semula. Begitu juga dengan reel… reel yang sudah teruk luarannya boleh dicustom paint mengikut design yang diminati pemilik reel itu sendiri.
Jiwa seorang pemancing ni penuh dengan keterujaan dan passion. Bukan sahaja ketika strike, bahkan dalam pemilihan warna gewang pun begitu juga.
Jadi inisiatif ini menjadi salah satu alternatif untuk mereka kekal tersenyum dan teruja apabila melihat gewang mereka siap dicat semula dengan warna baru.
UMPAN: Cerita sedikit pecapaian membanggakan dalam memancing yang pernah diperoleh?
ALUNAZA: Pencapaian yang boleh dibanggakan setakat ini saya pernah memenangi Rapala South East Asia custom paint contest.
Saya juga pernah menyertai Kenyir Snakehead battle yang dianjurkan oleh MHMH tackle setiap tahun. Berada di bawah naungan Lokoh crew di kenyir snakehead battle,
Alhamdulillah setiap tahun ada hasil yang terbaik bagi kategori berkumpulan. Selain itu saya juga pernah menyertai Terengganu Tenggiri Challange.
Tujuan saya menyertai acara sebegini adalah untuk mendedahkan diri dengan rakan-rakan sehobi, berkongsi pendapat dan beramah mesra dengan rakan-rakan yang belum pernah bertentang mata.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan