Khasiat MJ Yang Ramai Tak Tahu

Share

 

Ikan siakap merah merupakan spesies ikan gred tinggi. Ia bukan sahaja idaman para pemancing, enak dijadikan juadah malah kaya dengan khasiat yang bagus untuk kesihatan badan. Berikut merupakan antara khasiat ikan siakap merah.

 

BANYAK MENGANDUNGI VITAMIN A

Vitamin A sangat penting bagi tubuh, ini kerana vitamin A berperanan sebagai agen pertahanan tubuh manusia.

Mengambil vitamin A secara berlebihan juga tidak bagus untuk tubuh kerana ia boleh menyebabkan beberapa penyakit kepada jantung dan hati.

Namun ikan siakap merah ini berupaya membekalkan vitamin A yang secukupnya.

 

MENCEGAH GIGI BERLUBANG

Kandungan kalium di dalam daging ikan siakap merah sangat bagus untuk kesihatan terutamanya gigi kerana 3 gram daging siakap mengandungi 9.7% peratus yang diperlukan oleh badan.

Tengok sajalah macam mana rupa gigi siakap merah.

 

 

MENJAGA KEKUATAN TULANG

Selain mencegah gigi dari berlubang, kalium di dalam ikan siakap merah turut membantu mencegah tulang daripada cepat reput.

 

MENJAGA KESIHATAN OTAK

Otak manusia juga memerlukan kalium yang berfungsi agar otak mendapatkan cukup oksigen, dan juga nutrisi ke otak agar menjaga kesihatan dan fungsi otak , dan juga mampu mencegah terjadinya sirkulasi darah di otak.

 

MENCEGAH BARAH

Vitamin A juga dapat mencegah pertumbuhan sel barah yang muncul pada tubuh dan mencegah DNA yang muncul dalam tubuh dan menyerang beberapa organ seperti usus, paru-paru, payu dara, serviks, prostat dan juga hati!

 

MEMELIHARA DAYA PENGLIHATAN

Omega 3 yang terdapat dalam siakap merah dipercayai dapat menurunkan risiko kehilangan penglihatan. Omega 3 juga dipercayai dapat mencegah kolestrol, dan juga penyakit jantung!

 

 

MENGURANGKAN RISIKO DEPRESI

Selain itu Omega 3 juga berperanan untuk menghilangkan depresi sekiranya anda menghadapi tekanan ini.

 

MENURUNKAN RISIKO HIPERTENSI

Hipertensi terjadi akibat tekanan darah tinggi. Namun bagi yang menghidap penyakit hipertensi tidak perlu risau kerana anda boleh mencuba ikan siakap merah sebagai diet yang berkhasiat dan merawat penyakit.

 

Published by
Amang