Khasiat ikan patin yang patut korang tahu

Share

 

Ikan patin sememangnya terkenal sama ada dalam aspek perikanan rekreasi, industri ternakan mahupun di meja makan.

Pendek kata, ikan patin memiliki kelebihan tersendiri yang membuatkan ia menjadi pilihan ramai atau popular berbanding ikan-ikan lain. Antara kelebihannya…:

 

Daging yang lembut dan enak

Salah satu kelebihan ikan patin adalah tekstur dagingnya yang lembut dan enak. Hal ini membuat ikan patin menjadi kegemaran ramai dari segenap lapisan masyarakat.

 

 

Murah dan mudah ditemui

Ikan patin merupakan jenis ikan yang mudah ditemui. Hampir setiap pasar basah menjual jenis ikan patin ini.

Ikan patin juga merupakan salah satu jenis ikan yang dapat diternak dengan cukup mudah.

Harganya pula amat murah kecuali ikan-ikan patin liar mahupun yang diternak dalam sangkar di Sungai Pahang.

 

Rendah kolestrol

Ikan patin merupakan jenis ikan yang rendah kandungan kolestrolnya. Sekaligus menjadikan ia satu kelebihanan utama dalam khasiat terpenting ikan patin.

Dalam erti kata lain ia amat bermanfaat bagi sesiapa saja yang berhadapan dengan masalah kolestrol tinggi dan ingin melakukan diet.

 

 

Kandungan gizi yang tinggi

Ikan patin memiliki kandungan gizi (khasiat) yang sangat tinggi. Paling tidak, ikan patin memiliki nilai kandungan protein dan lemak tidak tepu yang sangat tinggi.

Kedua jenis zat ini sangatlah berguna bagi kesihatan tubuh badan.

 

Khasiat utama

Dengan khasiat dan gizi yang sangat berguna ini, amalan memakan ikan patin mampu nencegah pengumpulan lemak dan penyempitan pada pembuluh darah serta mampu mempercepatkan pertumbuhan otot.

Sekali gus ia mencegah daripada terjadinya pelbagai macam penyakit, seperti kardiovaskuler dan masalah jantung.

 

Menjaga kesihatan tulang

Tulang dan duri dari ikan patin memiliki kandungan fosfor dan manfaat kalsium yang cukup tinggi.

Kandungan fosfor dan kalsium yang cukup tinggi ini akan membantu memenuhi keperluan fosfor dan kalsium tubuh dalam sehari.

Selain itu, kalsium dan fosfor juga dapat berguna untuk membantu menjaga kesehatan tulang dan gigi, memperkuat tulang dan gigi, dan mencegah osteoporosis.

 

Published by
Amang