Bagi yang menghidap masalah darah tinggi, memakan ikan ini dapat menurunkan tekanan darah tinggi anda. Sementara yang masih sihat itu sebelum terlambat maka mulalah pengambilan khasiat ikan lais.
Mengubati anemia
Bagi yang belum mengetahui, anemia adalah kondisi di mana seseorang kekurangan darah. Dengan pengambilan ikan lais ini ia juga dapat mengurangkan atau menghilangkan masalah anemia dengan pengambilan rutin yang teratur.
Tumbesaran sempurna bayi
Ads
Disebabkan kandungan dari ikan lais yang banyak mengandungi forsor, omega 3, kalsium, zat besi serta protein, ia amat bagus bagi seorang ibu hamil agar pertumbuhan bayi yang optimum di dalam kandungan.
Pencernaan lancar
Pengambilan khasiat ikan lais juga dapat melancarkan sistem pencernaan badan. Badan dapat menghadam khasiat ikan ini dengan begitu baik sekali.
Ads
Rendah lemak
Memandangkan ia mengandungi rendah lemak, maka dengan pengambilan sebanyak mana pun ikan ini ia tidak akan membuatkan anda menjadi gemuk.
Mencegah koroner jantung
Kandungan omega 3 yang dimiliki oleh ikan lais ini dapat mencegah dari penyakit coroner jantung.
Ads
Meningkatkan kecerdasan
Memakan ikan ini dapat mempercepatkan pertumbuhan dan meningkatkan kecerdasan. Jadi, makanlah lebih kerap untuk kecerdasan yang berganda.
Menurunkan kolesterol
Disebabkan mengandungi omega 3 dan rendah lemak, ia sangat bagus diambil oleh pesakit kolesterol tinggi. Pengambilan yang sempurna bukan saja mencegah kolesterol malah dapat mengurangkannya juga.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
“Kedekut tu subjektif. Aku penat-penat redah semak-samun, belukar, kaki terpijak duri… tetiba senang-senang hati acik ko nak mintak port? Pegi mam… la.
Kalau sanggup redah sama-sama cari port takde masalah… kepada kawan-kawan yang berkongsi port dengan aku tu ribuan terima kasih diucapkan.”
KIE KIE ROCKETMAIL
“Kita ajak dia… dia ajak kawan baik dia. Lepas tu kawan baik dia ajak kawan kepada kawan baik dia. So, meriah la port bersama kawan-kawan mereka.”
AZIZEE AHMAD
“Lebih baik kedekut… kalau bagitau habis, suku sakat saudara mara, kaum kerabat dia bawa. Kita ni macam dah tak kenal. Baik dengan kita sebab nak tau port.”
AZURA MANAS
“Bukan kedekut. Tapi bila dah share, hari-hari dia balun masuk pagi sampai petang. Baik-baik port tu port anti-kumpau, terus jadi port membangau!”
SHAHIR ALI
“Bukan kedekut… cuma TRAUMA je sebab port yang baik kalau diguna untuk mengail takpe kot. Tapi kalau mai bawa geng pukat jala abis la port tu.
PENGALAMAN yang buat kita TRAUMA nak kongsi port… ikhlas dari hati saya.”
MOHD RIDZUAN
“Pernah kena yang jenis kedekut spot ni. Tak tau la apa ada dalam kepala otak dia kalau bawak orang lain ni.
Last-last buka Google Map cari sendiri. Kantoi dah port yang konon-konon rahsia tu.”
MOHD SHAHAROL
“Entah le… selama saya memancing, saya cari sendiri port. Allah SWT suruh kita berusaha dan selepas itu DIA memberi rezeki.
Kalau ada sahabat-sahabat yang mempelawa laman depa… tu pun kira rezeki. Yang penting kita tak asyik meminta tanpa berusaha kerana usaha yang kita buat akan lebih nikmat dan puas kepada diri sendiri.”
MUHAMMAD HYUGA
“Kedekut?? Bukan kedekut tapi dah banyak port yang dulu mewah dengan sikang sekarang tinggal jadi kenangan.”
JOSE MUNOZ
“Kedekut sebab takut kena sapu habis dengan kaki karen, kaki jala, kaki pukat, kaki tuba dan lain-lain. Dan diri sendiri pernah kena… serik dah.”
ZAMISMA ABU
“Bukan kedekut port… tapi menjaga kelestarian. Kalau port kena serbu ni ibarat ‘anak dara kena rogol beramai-ramai’!”
AZHAR USMPENANG
“Benar… kebanyakan caster agak kedekut untuk berkongsi port mereka. Acapkali juga apabila kita bertanyakan dengan soalan ‘bila nak bawa nubis’ tetapi jawapan diberi adalah seperti ‘dah gerak’ , ‘nanti bila free kita pergi’ (tapi bila dah dia free tup-tup up pic hasil).
Takde masalah pun jika cakap tak nak berkongsi port kita faham. Tapi jangan la beri alasan macam-macam yang mana membuatkan kita menunggu-nunggu untuk dibawa bersama.
Terus terang saya katakan, pendirian saya tak macam tu iaitu sembunyi port. Saya suka berkongsi port yang mana hasil dinikmati bersama. Asalkan kita semua kaki casting.
Takdalah saya nak berkongsi port untuk mereka yang kaki tuba bagai… Allah beri rezeki buat semua umatnya. Kenapa kita sebagai umat tak nak berkongsi sesama umat? #kongsilah port dan majukan sukan memancing bersama.”
AURI ALI
“Share kat pemancing yang elok perangai je… bebas dari gang karen, tuba, bom dan jaring.”
MUHD FARRUQ AZWAN
“Dulu tak kedekut… tapi bila dapat kawan yang tak jujur, kena kedekut la cerita dia.”
SYAHRIZAL FISHONANGLER
“Hahaha… macam Sg. Kuala Nerang. Dulu top casting sebarau tapi sekarang dah pupus kerana pukat bagai. Nak kongsi port boleh tapi kena pada tempatnya.
Elak berkongsi dengan kaki pukat. Banyak geng tu dok jadi cctv ja. Bukan kita tak mau share lubuk tapi nak elak abis ecosistem kena rembat.
So last-last takde port… memancing kolam jer lah. Kos lagi kena keluaq!”
MIDON SUTAR
“Caster yang kedekut biasa diorang CnR. Tak yah cerita banyak… taman aku banyak kolam, ramai yang memancing untuk makan or CnR… tapi lama-kelamaan datang puak pasang jaring, dimarahnya kita katanya bukan kolam kita. Tu sebab kami kedekut port.”
GENE GENE
“Bukan kedekut… kalau pemurah sangat nanti dengan kaki pukat dan kaki karen pun sampai. Ni dari pengalaman sendiri.”
MUHAMMAD MUSZRI
“Entah la… tak tau nak komen macam mano. Tapi memang kedekut… den pun tak terkecuali. Hahaha…”
MUHAMMAD HAKIMI
“Bila port orang laju je nak ikut. Kerap kali tanya sampai bawak pergi. Kalau port dia… ajak la 50 kali pun. Memang macam-macam alasan yang dia bagi.”
CHE IRWAN ISMAIL
“Ingat di sebalik rezeki kita ada rezeki orang. Kita mungkin CnR ikan tu tapi mungkin ada yang ke sana mencari lauk untuk anak isteri. Dunia ni sangat luas untuk diterokai… jangan kedekut port.”
Taburan jemuduk agak luas merangkumi seluruh kawasan tropika ke subtropika di Lautan Hindi dan barat Lautan Pasifik, Afrika Selatan di barat, sepanjang Afrika timur dan utara ke Laut Merah. Taburannya di Lautan Hindi meluas ke timur ke India, Asia Tenggara, Indonesia, Malaysia dan sejauh selatan Australia utara.
Bludger trevally merupakan spesies ikan bersaiz besar yang mampu membesar panjang melebihi 90 cm dan mencapai berat maksimum yang direkodkan seberat 14.50 kilogram. Ia mempunyai bentuk badan yang sangat mirip dengan yellow-spotted trevally, hanya lebih panjang dan lebih berbentuk silinder berbanding kebanyakan spesies dalam genus Carangoides.
Spesies dalam keluarga trevally seperti gerong belang dan cupak ini mendiami perairan tropika dari pantai dan terumbu karang berbatu, di mana mereka memakan ketam kecil, udang dan ikan.
Ketika juvenil, jemuduk memiliki garis besar bujur yang berubah mengikut perubahan usia. Ia memiliki warna badan perak kehijauan secara keseluruhan sebagai ketika juvenil dan apabila dewasa memiliki warna kehijauan di bahagian atas dan lebih keperakan di bahagian bawah badan.
Pada semua peringkat kehidupannya, ikan ini mempunyai beberapa bintik coklat atau keemasan di garisan lateral badan, tetapi jauh lebih sedikit berbanding yellowspotted trevally atau jemuduk bintik. Sirip dorsal, sirip anal dan kaudal adalah hijau buah zaitun.
Jemuduk memiliki profil kepala cembung dan berkurang dengan curam bergantung kepada usia. Sirip dorsal berada di dua bahagian yang berbeza, yang pertama terdiri daripada lapan duri manakala yang kedua terdiri daripada satu duri dan 28 hingga 32 sirip filamen lembut.
Sirip analnya mempunyai dua unit duri yang terpisah secara berurutan diikuti oleh tulang belakang yang disertai 24 hingga 26 filamen lembut dan sirip pelvik mempunyai satu tulang belakang dan 18 hingga 20 filamen lembut.
Secara umumnya ikan jemuduk dianggap sebagai antara ikan sukan yang baik dan menghiburkan kerana mampu memberikan tentangan yang bagus ketika dipancing. Namun ia bukanlah ikan meja makan terbaik kerana memiliki daging yang agak berminyak dan lembik. Sebaliknya dagingnya itu amat sesuai untuk dijadikan umpan bagi memancing spesies ikan lainnya.
Bludger Trevally ini ketika juvenil sering mencari makanan secara berkumpulan namun apabila semakin dewasa ia lebih sering ditemui secara bersendirian. Biarpun jemuduk mampu membesar sehingga 14.50 kilogram namun spesimen yang lazim ditemui, khususnya yang dipancing sekitar tiga hingga enam kilogram sahaja.
Melalui aplikasi sonar, para pemancing berpeluang menjelajah lebih banyak lubuk dengan mudah.
Pemancing tidak perlu lagi menunggu ikan datang untuk memakan umpan, sebaliknya boleh menjejaki di mana kebun ikan untuk menghulur umpan betul-betul di depan mata mereka.
Bagi nelayan laut dalam, sonar adalah alat terpenting bagi untuk mereka mencari rezeki.
Perkataan sonar berasal daripada perkataan ‘Sound, Navigation, Ranging‘ (bunyi, panduan dan jarak).
Jadi alat yang menggunakan bateri ini akan memaparkan apa sahaja yang ada di bawah bot termasuk ikan dan struktur muka bumi di bawah sana.
Komponennya terdiri dari pemancar (transmiter), transduser, alat penerima dan skrin paparan.
Apabila ia di pasang, signal elektrik voltan rendah dari transmiter akan ditukar kepada gelombang bunyi oleh tranduser dan dipancarkan ke dalam air.
Gelombang bunyi akan terpantul balik ke permukaan apabila mengenai objek dalam air. Sekali lagi gelombang bunyi ini akan ditukar kepada signal elektrik oleh alat penerima
seterusnya dihantar kepada skrin paparan sama ada dalam bentuk hitam putih atau warna (lebih mahal harganya).
Sonar akan sentiasa menghantar dan menerima isyarat berulang kali dalam setiap saat. Ini kemudian akan memberi gambaran secara terus menerus pada skrin selagi pancaran bunyi dan signal elektrik tidak terganggu.
Apa saja yang menghalang gelombang bunyi di dalam air akan dipaparkan pada skrin termasuk kedalaman air semasa.
Objek yang menghalang gelombang bunyi di pertengahan air sering diertikan sebagai ikan atau mungkin sampah dan sebagainya.
Sonar berprestasi tinggi, merangkumi empat elemen penting iaitu pemancar berkuasa tinggi, transduser yang cekap, alat penerima sensitif dan skrin paparan beresolusi tinggi.
Di pasaran ketika ini terdapat pelbagai model dan terpulang kepada bajet anda. Bermula dari ratusan ringgit hingga mencecah ribuan ringgit.
Ada yang berjenama, tidak kurang juga yang jenama ‘cap ayam’. Pendek kata lagi mahal harganya, lebih tepat dan jelas kualiti paparannya serta terdapat fungsi lain yang disertakannya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...