Spesies belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Secara keseluruhan, dalam daging belut terkandung kebaikan yang banyak, di antaranya termasuk kolesterol, sodium,
protein, air, calories belut sawah berkhasiat tinggi, asid lemak tak tepu Omega-3, Asid lemak tak tepu Total Omega-6, Vitamin A, C, E (Alpha Tocopherol), Thiamin, Ribofl avin,
Sumber khasiat sebegini hanya boleh didapai pada seekor belut yang beratnya hanya 204 gram saja.
Ads
Dalam perubatan tradisional, belut dikatakan boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan.
Bagi pengidap buah pinggang, belut dimakan hidup-hidup ataupun dipanggang terlebih dulu.
Ads
Limpa belut dipercayai mampu mengubati penyakit lelah caranya, limpa belut salai, kemudian dibakar hangus akan dimakan bersama seulas bawang putih dan serbuk halia.
Selain itu amalan meminumnya reneh sup belut dikatakan mampu mengubati penyakit lelah.
Ads
Sup belut juga mampu mengubati penyakit darah gemuruh dan mengatasi masalah lemah tenaga batin.
Pesakit yang baru selepas pembedahan bagi menyembuhkan luka dan kesan pembedahan dengan lebih cepat.
Jika kerap memakan belut, ia dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Pada akhir Mac hingga Julai setiap tahun, ialah musim yang paling sesuai untuk mencandat sotong kerana angin kencang musim tengkujuh timur laut di Laut China Selatan mulai reda. Maka musim sotong mengawan dan bertelur akan bermula.
Pada lumrahnya, sotong-sotong yang jauh dari laut dalam mula berkunjung ke tempat-tempat tertentu untuk bertelur di sekitar perairan Terengganu terutama berhampiran Pulau Kapas, Pulau Bidong, Pulau Redang dan beberapa tempat lain.
Apabila musim mencandat tiba, di sekitar perairan tersebut kelihatan bagaikan berpesta dengan kerlipan lampu kalimantang yang dipasang saban malam.
Kehadiran cahaya lampu kalimantang yang berkerlipan itu bertujuan menarik perhatian sotong yang sedang mengawan di kawasan berkenaan untuk berkumpul dan bermain di sekitar kawasan yang diterangi cahaya lampu berkenaan.
Ada juga kebanyakan pengusaha perkhidmatan bot candat menggunakan lampu limpah berkuasa tinggi untuk menarik perhatian sotong-sotong.
Istilah kandang sotong
Kebiasaanya waktu mencandat sotong bermula senja dan berhenti apabila waktu subuh. Hasil candat akan bertambah kiranya seseorang yang menjumpai kawasan sotong bertelur iaitu tempat di mana berjuta-juta sotong akan berkumpul dan bertelur pada satu tempat.
Tempat ini juga dikenali sebagai ‘kandang Sotong’. Kandang sotong yang dihuni oleh berjuta-juta sotong ini tidak terdapat seekor ikan pun kerana tahap permakanan sotong ini terlalu agresif sehinggakan mereka memakan sesama sendiri.
Jika terdapat ikan pun ialah ikan tenggiri, aruan tasik atau jerung yang berada di luar kawasan sekitarnya untuk memakan sotong itu.
Kaedah mencandat menggunakan mata candat twist di kawasan kandang sotong ini adalah yang paling efektif sekali iaitu dengan kaedah appolo, candat diikat dua atau tiga pada mainline.
Kebiasaannya candat yang diturunkan belum sampai ke dasar sudah ada sotong terkait pada candat.
Saiz sotong candat
Mencandat sotong biasanya jarang dilakukan apabila bulan mengambang penuh kerana ketika itu sotong bergerak bebas, ada juga yang mencandat pada waktu begini kerana
ianya tidak memberi target yang tertentu seperti di tempat kandang sotong atau di sekitarnya.
Adakalanya juga mendapat hasil yang lumayan. Bagaimanapun, sotong yang ditangkap pada bulan mengambang lebih besar saiznya berbanding yang ditangkap pada bulan gelap.
Sebaliknya, saiz badan yang gemuk itu akan berubah menjadi panjang selepas bulan penuh. Mencandat di waktu bulan gelap lebih sesuai kerana lampu yang dipasang akan menarik perhatian sotong untuk mendekati cahaya.
Cara mencandat sotong
Pencandat yang berpengalaman biasanya akan memasang tiga atau empat candat pada satu tali. Kaedah ini dinamakan apolo.
Tali candat akan dilepas ke dasar laut dan sesekali dihejut-henjut supaya mata candat kelihatan seolah-olah hidup di dalam air dan menjadi daya penarik untuk sotong pemangsa.
Jika sudah bertemu rentaknya, kerja mencandat semakin mudah. Lazimnya hasil tangkapan setiap seorang pencandat mampu memperolehi tidak kurang dari 50kilogram
dan pernah capai 100 hingga 300kilogram sotong semalaman jika terjumpa dan mencandat di kandang sotong.
Joran atau rod pancing merupakan salah satu daripada alatan terpenting yang digunakan untuk memancing. Oleh yang demikian ia memerlukan penjagaan yang teliti bagi memanjangkan usianya. Joran bukan sekadar perlu dijaga ketika sedang digunakan malah turut penting ketika proses logistik atau penyimpanan.
Tip #1
Selepas memancing di laut atau air masin, bilas cincin-cincin joran dengan air paip secukupnya sebelum disimpan bagi mengelakkan cincin berkarat akibat pembentukkan garam.
Tip #2
Sebaiknya elakkan dari mengepam atau menaikkan joran melebihi 90 darjah ketika bertarung dengan ikan bagi memelihara backbone atau tulang belakang joran.
Tip #3
Sapukan baby oil pada blank (batang joran) dan cincin bagi memanjangkan usianya khususya jika sering memancing ketika panas.
Tip #4
Elakkan dari menegakkan joran secara tegak (90 darjah) ketika meletakkannya pada pancang atau rod holder kerana sentapan kasar ikan boleh menyebabkan tip (hujung joran) patah.
Tip #5
Berikan perhatian apabila membawa joran terutama joran 1 piece kerana sering berlaku tip joran patah kerana kemalangan di dalam kereta.
Tip #6
Sebelum membuat balingan, sentiasa perhatikan belakang anda tip joran cukup mudah patah sekiranya mata kail atau umpan yang akan dilontar tersangkut pada sesuatu objek.
Tip #7
Pastikan juga berat umpan yang anda gunakan sepadan dengan skala kemampuan joran anda untuk menampungnya.
Tip #8
Jangan sesekali menarik tali pancing yang tersangkut di dalam air dengan menggunakan joran kerana dengan mudah joran akan patah.
Tip #9
Seboleh-bolehnya gunakan sauk atau gancu untuk mendaratkan ikan walaupun ikan tidaklah sebesar mana.
Tip #10
Jangan terlalu mudah bagi pinjam pada kawan… terutamanya kawan yang baru belajar memancing tanpa pengawasan.
Teknik ini mengilat secara mengujun (henjut) menggunakan umpan tiruan yang di panggil ‘jig’. Jig biasanya diperbuat daripada kepingan timah/objek berat kemudian dibentuk seperti ikan dan dicat dengan warna garang dan terang yang luminous atau pendar cahaya.
Teknik ini memerlukan ketekunan dan stamina tinggi kerana pemancing perlu menghenjut jig pada tempoh tertentu seperti slow atau laju pada kiraan tertentu untuk menarik perhatian ikan. Jig akan dihulurkan semula ke dasar kemudian dikarau kembali dengan kepantasan yang tinggi sambil mengujun joran berselang seli ketika proses karauan laju. Boleh kempis perut dibuatnya!
Sekiranya teknik ini dipraktikkan di tebing atau jeti, ia dinamakan jig cast. Nama je lain sket tapi menghenjun tetap kena henjun!
Bottom fishing
Berkait rapat dengan teknik memancing menggunakan umpan dengan kaedah tradisional. Umpan perlu dilabuhkan ke dasar dengan sasaran tertumpu kepada spesies ikan dasar. Boleh dipraktikkan di kolam, sungai, tasik, paya, laut atau tali air tepi sawah belakang rumah
Drifting
Menggunakan umpan hidup dan dilepaskan ke sasaran tanpa menggunakan batu ladung. Pelampung dan belon sering digunakan sebagai penanda. Teknik ini sesuai dipraktikkan untuk mencari ikan separa air seperti tenggiri, layaran.
Trolling
Menggunakan umpan ikan, sotong atau gewang . Teknik tundaan dilakukan dengan bot atau sampan berinjin pada kelajuan perlahan antara 5 hingga 10 batu nautika sejam. kalo nak rempit lebih laju lagipun boleh. tapi penat la GT, tenggiri, talang atau baracuda nak sambar umpan .
fly fishing
Teknik yang berasal dari benua Eropah dan makin popular di negara kita. Teknik yang perlu dipelajari untuk mengawal balingan/ hayunan tali alistik ke sasaran, bukan main belasah je! fly fishing hanya boleh dipraktikkan di kawasan yang lapang dan menggunakan umpan tiruan.
Floating
Teknik pelampung. baling saja umpan korang kat lubuk idaman dan perhatikan pelampung setiap masa.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...