Ketupat Sotong Ori Ganu

Share

 

Sotong boleh dipelbagaikan jenis masakannya. Selain masak sambal, ia juga sedap dibakar, masak kicap, tom yam dan sebagainya. Apa kata kali ini, anda cuba pula resipi ketupat sotong sotong…. fuhh memang sedap. Kalau yang belum pernah menikmati sotong sumbat ini, kalau dah kena sekali, pasti terangkat.

 

BAHAN-BAHAN:

6 ekor sotong segar

1 biji kelapa (diambil santannya)

500 gm beras pulut direndam

10 gm halba

1 helai daun pandan

3 ulas bawang merah (dimayang halus)

100 gm gula

15 gm halia (dimayang halus)

10 gm garam

Lidi

 

CARA MEMASAK:

 

Bersihkan beras pulut dan rendam dengan santan cari selama 2-3 jam.

 

Bersihkan sotong, buang kulitnya supaya kuah tidak menjadi merah.

 

Isikan beras pulut yang ke dalam badan sotong. Jangan terlalu penuh.

 

Tutupkan dengan kepala sotong dan cocok menggunakan lidi.

 

Panaskan santan hingga mendidih kemudian masukkan halba, bawang merah, halia dan juga daun pandan.

 

Setelah itu masukkan sotong yang disumbat tadi dan biarkan mesra seketika.

 

Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa dan angkat.

 

Sedia dihidang dan nikmati.

 

Jom like & See First page portal memancing terbaru – www.facebook.com/umpanmania101

 

Published by
Amang