Sotong boleh dipelbagaikan jenis masakannya. Selain masak sambal, ia juga sedap dibakar, masak kicap, tom yam dan sebagainya. Apa kata kali ini, anda cuba pula resipi ketupat sotong sotong…. fuhh memang sedap. Kalau yang belum pernah menikmati sotong sumbat ini, kalau dah kena sekali, pasti terangkat.
BAHAN-BAHAN:
6 ekor sotong segar
1 biji kelapa (diambil santannya)
500 gm beras pulut direndam
10 gm halba
1 helai daun pandan
3 ulas bawang merah (dimayang halus)
100 gm gula
15 gm halia (dimayang halus)
Ads
10 gm garam
Lidi
CARA MEMASAK:
Bersihkan beras pulut dan rendam dengan santan cari selama 2-3 jam.
Ads
Bersihkan sotong, buang kulitnya supaya kuah tidak menjadi merah.
Isikan beras pulut yang ke dalam badan sotong. Jangan terlalu penuh.
Tutupkan dengan kepala sotong dan cocok menggunakan lidi.
Panaskan santan hingga mendidih kemudian masukkan halba, bawang merah, halia dan juga daun pandan.
Ads
Setelah itu masukkan sotong yang disumbat tadi dan biarkan mesra seketika.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa dan angkat.
Sehingga kini, peacock bass (PB) terus-terusan menjadi isu yang diperdebatkan atas judul ia sebagai pembinasa spesies ikan tempatan dan ekologi.
Dalam pada masa yang sama, sekiranya pemancing yang mahu memancing menggunakan umpan tiruan seperti gewang dan sebagainya, sudah tentunya ikan jenis pemangsa seperti PB inilah yang dicari.
Kebanyakan pemancing lupa satu perkara utama. Biarpun populasi ikan sangat besar di dalam tasik sama ada jenis pemangsa, herbivor mahupun omnivor tetapi kegiatan sport fishing atau sukan memancing itu sendiri secara tidak langsung juga mendatangkan kesan kepada ekosistem dan perkara ini melibatkan soal sama ada spesies tersebut ikan pendatang ataupun tempatan.
PB adalah ikan lakustrin (hidup di air tenang) manakala asal usul ikan tempatan kita sebenarnya adalah ikan sungai walaupun ada sesetengah mampu menyesuaikan diri dalam habitat berair tenang. Ikan seperti kelah dan sebarau tidak begitu gemarkan kehidupan seperti yang disukai PB.
Mereka tidak berkongsi habitat yang sama. Saya pernah menangkap ribuan anak sebarau di dengan tangguk di Empangan Klang Gate dalam tahun 70-an semata-mata untuk dipindahkan ke dalam lombong-lombong di sekitar Petaling Jaya mengharapkan mereka memberi persembahan terbaik buat kaki pancing seperti saya pada suatu hari nanti.
Walau bagaimana pun saya dapati spesies sebarau tidak mampu membesar dan membiak dalam habitat lombong yang dikelilingi kesibukan tamadun manusia. Ini berbeza dengan PB yang menjamin persembahan terbaik dalam habitat lombong yang sama.
Kita harus selidik apa yang sedang dan telah berlaku di dalam lombong-lombong sekitaran kita sebelum suarakan sebarang pendapat. Di mana sahaja anda pergi, anda mudah menemui banyak spesies luaran seperti tilapia dan lebih ditakuti, kerapu lombong (Parachromis managuensis) mengambil alih keseluruhan ekosistem.
Ikan kerapu lombong adalah spesies pepijat yang sangat mudah membiak malah pemangsa yang berbahaya tetapi mempunyai sedikit atau tiada langsung nilai dalam pancingan.
Ikan toman yang disebarkan ke dalam lombong pun tidak mampu mengawal pepijat ini jadi kenapa tidak PB yang melakukan tugas ini untuk kita?
Akhirnya kita akan mempunyai pengawal biologi yang sangat bagus untuk kerapu lombong dan pada masa yang sama menjadi gamefish kelas dunia untuk tarikan pelancong!
Namun begitu terdapat satu masalah kecil, PB adalah ikan yang sedap dimakan. Jadi siapa yang mampu mengawal para pemancing?
Ada juga yang mengatakan PB tidak memberi perlawanan yang menarik tetapi sebenar PB sepanjang 12 hingga 13 inci adalah berumur kurang dari setahun.
Bagaimana anda boleh menjangkakan ikan juvenil akan memberikan perlawanan sebaik ikan dewasa?
Kaki pancing memang banyak pantang larangnya. Sama ada ia pantang larang tersebut diwarisi turun temurun atau melalui pengetahuan sendiri melalui pengalaman. Walaupun ada pantang larang bagus, cuma bagi seorang Muslim, janganlah sampai taksub hingga melanggar akidah ketaatan kepada Yang Maha Esa.
“Pantang larang saya takleh dengar member pancing dapat ikan banyak. Mesti saya pergi ke lubuk tu untuk membuat siasatan terperinci.”
Haizam Zam
“Jangan buang puntung rokok dalam sungai… takut buaya marah! Eerrrr… sendiri mau ingat la.”
Mazlan Abd Wahid
“Jangan langkah rod… takut kumpau! Kata deme le. Bukan teman kata. Teman takde hal pun nak langkah pun langkah la… jangan pijak sudah!
Abi Hurairah Md Zain
“Langkah rod tak kisah la… nak kumpaw camna pun kumpaw gak… hehe. Pantang jangan pijak rod dah la…”
Syaz Epal Hijau
“Org tua kata jangan langkah rod takut patah kalau rod murah takpe ni satu dah 3 ratus… mau tak pantang… huhu.
Muhsin Maliki
“Lain tempat lain caranya… jangan bawak benda yang bole tarik perhatian makhluk yang tak diingini. Pak mertua rajin pesan, kalau turun sungai ke… masuk hutan ke… pancaindera kena peka. Hidung, mata, telinga kena sentiasa peka… parang jangan lupa bawa sebagai senjata kecemasan. Malang tak berbau.
Ranting Taib Andak
“Kalau tengah memancing tiba-tiba ternampak benda bukan-bukan atau terhidu bau wangi atau busuk diam-diam sudah.”
Asrul Amri
“Jangan potong tali pancing guna gigi, guna cutter @ benda lain. Member la yang ckp.. Hihii.”
Lee Pengyu
“Jangan basuh tangan kat dalam air tempat mancing… petua pak cik aku. Huhuhuhuhu…”
Razib Mokhtar
“Yang saya tahu jangan cakap besar la. Yang lain tak pernah lagi dengar. Apa pun bergantung pada niat kita.”
Nur D Hatimu
“Jangan bergambar dengan ikan kecik-kecik takut orang marah buka gambar ko… Habiskan kuota intnet aku jak. Hehehehe.”
Grass Leaf
“Kalau nak beli rod ikut jengkal 21 kalau tak silap… kalau tak nanti kungpaw berdarah. Erkk… orang lamo cite… huhuii.”
Farid La
“Nak pilih rod ikot panjang genggam penumbuk dari bawah sampai hujung. Mujur tak mujur tak… buek sampai last mujur. Kalau last tak mujur kompom rod payah nk strike… hahaha. Nak mancing jangan konyang bona nanti tak dapek ikan. Ikan pun dah konyang… mancing jangan pakai baju torang-torang… ikan lari. Ado macam-macam laie… Akhir kato… but-but tali pogambot, den hulur ko sambot, den ngelak ko ikot…. hakhakhak.”
Arelong NoGorie
“Ada jugak dengar pantang batang pancing jangan lebih dari tinggi sendiri… tak tahu apa tujuannya. Sampai brader tu patahkan yang hujung bagi ngam-ngam tinggi dia… lepas tu dia dapat kaloi 3 kilo.”
“Lillahi tawakal. Rezeki… pantang saya tak boleh tengok orang seksa ikan yang dianggap PENGACAU. Kalau tak nak, lepaskan semula. Jangan dihempas atau dibiarkan mati kering di atas bot atau tanah.
Shariff Kamal
“Jangan lupa ludah cacing bila mau pancing… kata arwah mak sedara. Tapi lepas dia dan dia lagi dapat ikan.”
Spesies ikan omnivor ini mempunyai nilai pasaran yang tinggi terutamanya untuk dijadikan hidangan makanan. Oleh kerana itu, spesies ini telah dikomersialkan dalam bidang akuakultur. Isi ikan jelawat dikatakan lembut dan manis disertai dengan rasa lemak. Malah ikan jelawat turut memiliki khasiat yang banyak.
KANDUNGAN PROTEIN TINGGI
Protein adalah satu kumpulan bahan makronutrien yang memainkan peranan dalam pembentukan biomolekul. Umumnya jelawat mempunyai kandungan protein yang cukup tinggi antara 8-25% dan terdiri daripada beberapa asid amino. Protein yang tinggi ini akan memainkan peranan dalam membina dan memperkuat jisim otot.
KAYA VITAMIN B1
Tubuh manusia memerlukan pengambilan nutrisi berterusan agak kekal sihat. Ikan jerawat juga mengandungi vitamin B1 yang berguna dalam mengekalkan kekuatan dan dapat meningkatkan ketahanan dalam melawan stres. Vitamin B1 juga memainkan peranan untuk melegakan pening dan keletihan akibat kegagalan kerja.
MENINGKATKAN STAMINA
Stamina adalah tenaga tubuh yang perlu kekal bersemangat bagi menjalankan aktiviti harian. Dengan mengamalkan memakan ikan jelawat, korang tidak perlu mengambil suplemen lain.
MENGANDUNGI IODIN
Iodin sangat penting untuk mencegah beguk atau benguk. Kekurangan iodin yang dialami oleh ibu sejak kehamilan bakal mengakibatkan bayi lahir kronik, dan juga boleh mengalami IQ yang lemah atau rendah.
BAGUS UNTUK KESIHATAN GIGI
Kanak-kanak yang cukup fluorida dalam diet mereka akan memiliki gigi yang lebih sihat. Ikan jelawat dikatakan memiliki fluofrida yang baik untuk menguatkan gigi.
MENGAWAL BERAT BADAN
Bagi orang yang sangat prihatin terhadap penampilan dan sentiasa mahu kelihatan sempurna, maka korang perlu makan ikan Jelawat. Ini kerana kandungan lemaknya rendah dan mudah dicerna. Dalam erti kata lainnya ia dapat mengawal berat badan anda agar tidak menjadi obesiti.
MENGANDUNGI FOSFORUS TINGGI
Kandungan fosforus yang terkandung dalam ikan Jelawat berfungsi meningkatkan prestasi proses pencernaan makanan dan membantu mengawal proses pembuangan sisa metabolik dan bahan yang diperlukan oleh tubuh manusia. Fosforus juga berfungsi untuk memperkuat tulang dan gigi supaya tidak mudah rapuh.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...