Ketam, Udang & Sotong Gergasi Pernah Ditangkap!!

Share

 

Kita dah tengok rekod tangkapan ikan bersaiz monster. Sekarang kita tengok pulak 3 jenis hidupan marin tahap monster yang pernah didaratkan.

 

King Red Crab (Lokasi: Lautan Pasifik)

Ketam juga merupakan salah satu hidupan akuatik yang mempunyai ciri-ciri yang unik serta mempunyai rasa yang lazat sebagai hidangan.

Namun begitu, tahukah anda ketam terbesar yang pernah dinaikkan mempunyai berat sehingga 15kg? Itulah seekor ketam Varanger (Varanger king crab) dengan jarak hujung ke hujung hampir 2 meter yang pernah dinaikkan di Lautan Pasifik. Ketam Varanger ini juga sering digelar sebagai “red king crab”.

 

Sotong Gergasi (Lokasi: Lautan Artik)

Sotong gergasi ini telah ditangkap di Lautan Artik dan direkodkan seberat 1089 paun. Ia telah mengatasi rekod berat sotong sebelum itu yang direkodkan di New Zealand iaitu 992 paun. Panjang sotong gergasi dari Lautan Artik ini mencecah sehingga 6 meter panjang. Bayangkan betapa besarnya gergasi ini!

 

Lobster (Lokasi: Maine, Amerika Syarikat)

Lobster yang terbesar pernah ditangkap direkodkan di perairan Maine, New England di Amerika Syarikat. Lobster ini seberat 27 paun dan besarnya kira-kira saiz kanak-kanak berusia 3 tahun.

Ianya diberi nama ‘Rocky’ dan sepitnya sahaja mampu mencederakan lengan seorang lelaki dewasa. Beratnya tertumpu pada sepitnya dan ia dikatakan mampu mematahkan lengan jika disepit. Rocky telah dilepaskan kembali ke lautan beberapa hari selepas itu. Sekiranya belum mati, entah sebesar mana lobster ini sekarang.

Published by
Amang