Saya percaya kebanyakan pemancing, pada awalnya ramai yang menggunakan kili tembaga (swivel snap) yang murah harganya. Tentu saja ia bukan satu kesalahan untuk menggunakannya walaupun ia kurang berkualiti. Dalam banyak kes, kili murah ini ternyata memainkan peranannya dengan baik. Terutamanya jika sesi pancingan lebih kepada pancingan santai dan aksi ringan.
Kita gunakan kili supaya ia bertindak sebagai penghenti gelongsoran batu ladung sepanjang tali sehingga ke mata kail, dan kita mahu ia menghindarkan masalah tali berpintal.
Untuk tugasan pertama itu, kili jarang gagal jika ia diikat dengan betul. Tetapi untuk tugasan kedua, terdapat darjah-darjah akan bagaimana ia memainkan peranannya dengan baik.
Ads
Kili bergalas bebola berkualiti tinggi sememangnya lebih mahal harganya dan lancar putarannya agar tali bebas dari berpintal. Tetapi ketahanan dan kos harganya bergantung kepada gred logam tahan karat pada galas bebola tersebut.
Kili tembaga murahan berpadanan dengan kerendahan kualitinya, justeru kurang tahan, terutama dalam situasi yang agak kasar misalnya apabila memancing di perairan berarus laju.
Ads
Jika menggunakan teknik mata kail berangkai, umpan ikan biasanya berpintal, terutamanya di pantai berombak. Jadi, masalah tali berpintal ini perlu diselesaikan. Pilihlah kili yang bagus putarannya.
Ia lebih bagus berbelanja lebih sedikit membeli kili yang berkualiti daripada perlu menukar tali pancing yang rosak.
Ads
Kebanyakan kili dihasilkan berwarna hitam, berkilat dan berwarna tembaga. Lazimnya, kili hitam biasanya agak mahal berbanding warna tembaga.
Penggunaan kili hitam dan berkilat dikatakan mampu mempengaruhi hasil tangkapan, namun peratus perbezaannya amat kecil. Yang lebih penting adalah faktor ketahanan berbanding warnanya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Boleh dikatakan pancingan air masin yang membabitkan pancingan di muara, pesisir pantai, kelong atau rumah rakit dan di laut lepas, lebih mudah dari segi penyediaan umpan. Kebanyakan umpan yang berbentuk umpan alami itu sendiri boleh diperolehi dari laut atau muara.
Udang Putih
Lazimnya udang hidup lebih banyak digunakan di perairan cetek kurang dari 10meter dan kawasan ekstuari. Namun kini penggunaannya semakin meluas hingga ke laut lepas sebagai umpan tambahan. Udang hidup merupakan umpan yang sangat berkesan untuk semua jenis ikan pemangsa seperti siakap, siakap merah, kerapu, tebal pipi, jenahak, ebek dan lain-lain lagi.
Sotong Cumit
Jika di tengah laut, tiada umpan lain yang mampu menandingi cumit atau sotong jarum hidup bagi menjerat ikan-ikan gred A seperti ikan merah, jenahak, kerapu serta tenggiri. Dalam trip bottom, cumit menjadi penanda kejayaan trip tersebut. Sekiranya berjaya memperoleh cumit dalam kuantiti yang mencukupi maka berpeluanglah untuk hasil pecah tong.
Umpun-Umpun
Umpan yang cukup sininom bagi pancingan pesisir pantai. Walaupun ia cukup popular bagi memancing gelama namun ikan daun baru, tebal pipi, tetanda dan jenahak turut sama boleh dipancing. Dalam pancingan kelong atau rumah rakit, umpun-umpun merupakan umpan nombor satu yang wajib dibawa.
Sotong kurita
Boleh dikatakan umpan yang wajib ada bagi pancingan bottom di perairan Pelabuhan Klang. Namun di beberapa padang pancing yang berkongsi air yang sama (Selat Melaka), ia kurang digunakan kerana jarang mendapat sambutan dari pemangsa.
Sasaran tentu saja ikan jenahak, merah, kaci, kerapu, mahupun pari. Selain digunakan hidup-hidup, janggut atau jemarinya turut berkesan digunakan dalam keadaan segar.
Udang Lipan
Hanya pemancing dasar laut dalam saja yang biasa menggunakan umpan ini. Maka tidak hairan ramai juga pemancing tidak tahu udang jenis ini yang kurang isi boleh dijadikan umpan. Ia sangat berkesan ketika ia masih hidup untuk menjerat kerapu, jenahak, merah, gerut-gerut serta pari terutamanya di perairan Selat Melaka.
Ketam
Bila sebut saja umpan ketam atau ketam nipah pasti nama ikan ketarap atau bayan akan terkait dengan sendirinya. Namun ikan lain seperti kuku dan kerapu turut membaham umpan ini. Namun saiz ketam yang digunakan perlulah bersaiz kecil. Jadi, tidaklah hairan sekiranya masih ramai pemancing yang belum pernah menggunakan ketam nipah sebagai umpan.
Umang-Umang
Dari dulu sehingga kini umang-umang merupakan umpan pilihan untuk memancing sembilang atau gemang. Namun ikan lain seperti gelama, gerut-gerut dan kitang turut berminat kepadanya. Malah ikan pari puluhan kilo turut pernah didaratkan hasil penggunaan umang-umang ini. Umang-umang juga tidak sukar untuk dicari dan hanya perlu memecah `rumahnya’ untuk mengeluarkannya.
Sesirat
Biasanya orang guna umpan ni biar sesirat kering dulu baru cangkuk pada mata kail. Tapi kalau guna terus pun tak jadi masalah. Sesirat ni kalau kecil pakai sekor-sekor cangkuk kat mata. Kalau besar korang potonglah kasi cun-cun kat mata kail. Umpan ni memang lambat sikit nak dapat strike, tapi kalau dapat strike biasanya saiz mega. Ikan yang kerap makan umpan sesirat ni ialah belukang, pari dan juga jenahak.
Telur Belangkas
Belangkas atau isinya tidak dijadikan sesuai dijadikan umpan. Tetapi telurnya sangat berkesan untuk dijadikan umpan. Ia merupakan umpan yang cukup sinonim untuk memburu keluarga pak misai seperti sembilang, duri dan juga belukang. Sekiranya anda terpancing belangkas, periksa badannya dan lihat kalau-kalau ia mempunyai telur.
Siput & Kekerang
Antara umpan yang popular bagi pancingan di kelong. Ikan sasaran pula merupakan ikan yang sering berlegar di kawasan kelong seperti gerut-gerut, sembilang, duri dan lain-lain lagi. Seperti mana telur belangkas juga, kerang merupakan umpan alternatif untuk memancing spesies pak misai.
Kejadian kapal melanggar bot-bot kecil jarang kita dengar namun kes ini memang ada berlaku apabila bot-bot kecil ini memancing di alur laluan kapal dagang pada waktu malam terutamanya di perairan Selat Melaka.
Sebenarnya tekong mampu mencegah dari ia berlaku kerana keselamatan diri dan kaki pancing lain adalah perkara utama yang perlu di titik beratkan. Dalam kes tersebut, kebiasaannya kes berlaku disebabkan tekong dan juga pemancing tertidur.
Justeru, jangan terlalu mengambil risiko memancing berada tepat di laluan kapal kerana kapal-kapal yang besar akan melalui laluan yang telah ditetapkan sepertimana kapal terbang yang terbang mengikut laluannya.
Sentiasa peka dengan kehadiran kapal-kapal besar sekiranya memancing di tengah. Jika tidak, jangan ambil risiko dan adalah lebih selamat sekiranya bot kecil hanya memancing pada siang hari atau lebih dekat dengan kawasan pantai.
Menggunakan lampu amaran adalah salah satu cara untuk menunjukkan kehadiran nelayan. Selain itu penggunaan sportlight yang cerah boleh menjadi penanda kepada sampan lain di sekitar supaya pelanggaran tidak berlaku.
Sekiranya memancing pada waktu malam pastikan jarak selamat dari laluan kapal dan jangan leka dan tidur ‘mati’ sehingga tidak sedar kehadiran benda asing di sekeliling. Adalah lebih baik, anda memancing bersama rakan-rakan bot yang lain, agar sekiranya berlaku apa-apa boleh saling membantu.
Pastikan juga enjin bot dalam keadaan yang baik dan paling penting sentiasa perhatikan juga keadaan cuaca. Jangan ambil risiko sehingga membahayakan diri dan nyawa.
Kebiasaannya kapal dagang akan membunyikan hon yang nyaring tanda ia sedang melalui kawasan berkenaan sekiranya kapten kapal menyedari terdapatnya nelayan sedang memancing atau melabuhkan pukat.
Tetapi bayangkan saiz bot yang kecil berbanding dengan saiz kapal yang besar dan ada kalanya setinggi bangunan 10 tingkat membuatkan bot kecil begitu kerdil dan terdedah kepada bahaya. Saiz yang kecil membuatkan ia lebih sukar dilihat.
Ombak lintasan kapal juga amat merbahaya kerana ia mampu mencecah 2 meter jika terlalu dekat. Walaupun kapal dagang mempunyai alat pengesan benda asing di laluannya ia bukanlah menjadi lesen besar kepada bot kecil kerana masa yang diambil untuk berhenti secara mengejut tidak mungkin berlaku kerana kapal tidak akan membuat brek kecemasan seperti kenderaan di jalan raya!
Bagi ikon pancingan Jambatan Pulau Pinang ini, tiada tempat lain yang lebih menyeronokan untuk memancing selain bawah Jambatan Pulau Pinang.
Walaupun sudah memancing di merata tempat, bawah Jambatan Pulau Pinang terlalu dekat dengan jiwa Otai Abg Jan.
Oleh yang demikian, Otai Abg Jan cukup berpengalaman untuk berkongsi tip memancing di sini.
UMPAN
Kat sini kita memancing dengan menggunakan umpan hasil apollo. Umpan terbaik untuk strike kat sini adalah umpan hidup seperti kembung hidup, tamban, kasai beliak mata, bilis, gelama atau seridin.
Selain itu udang hidup juga merupakan umpan sangat laku di sini.
IKAN SASARAN & TEKNIK
➡ Kalau untuk GT kerbau, biasanya Abg Jan menggunakan perambut dawai atau steel. Saiz mata kail nombor 5 hingga 7 saiz mata kail dan umpan gelama.
Guna perambut dawai steel 2 mata kail disambung dengan perambut sedepa dan turunkan dari permukaan air sepanjang sedepa juga.
➡ Untuk ikan karang seperti kerapu, jenahak, MJ atau merah, biasanya bottom sampai dasar perambut sedepa perambut 90lb ke 120lb.
➡ Untuk senangin perambut tangsi paling kurang 60lb. Balingan dibuat di luar kawasan tapak tiang jambatan.
➡ Untuk talang, perambut sedepa lagi kecil perambut lagi elok batu ladung no. 4 paling terbaik biar perambut tu main kat tengah air.
➡ Untuk baby GT biasanya umpan udang hidup paling cun gantung kira-kira sedepa dari dasar permukaan.
TIANG SASARAN
Paling penting untuk main kat jambatan Penang ialah pilihan tiang yang tepat. Tiang di bahagian paling tengah jambatan merupakan kawasan paling dalam tetapi ada masanya ikan banyak berkumpul di kawasan tiang yang paling kuat arusnya.
Sementara faktor air pula, dapatkan tarikh air berjalan sedikit tak terlalu besar dan tak terlalu mati air. Elakkan ketika arus terlalu laju dan air mati sepenuhnya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...