Terdapat pelbagai spesies ketarap yang ada di dunia ni namun kebanyakan yang ditangkap di Penyabong adalah dari spesies ketarap bintik hitam atau blackspot tuskfish.

Ia boleh mencapai saiz 100cm panjang dan direkodkan mencapai berat 15.5kg (tapi belum dapat lagi saiz ni di Penyabong).

Ketarap mempunyai gigi yang agak pelik dan berceranggah bagi membolehkannya memakan makanan yang keras dan bercengkerang seperti ketam.

 

Ketarap kerap dipancing dengan teknik pancingan dasar menggunakan umpan ketam atau udang. Kadangkala boleh juga diperoleh jika menggunakan sotong.

Set pancingan harus kuat bagi tidak memberi peluang pada larian pertama yang menuju ke karang dan menyebabkan pemancing berputih mata.

Ads

 

Jom like & See First www.facebook.com/umpanmania101

 

Kini ia boleh dipancing menggunakan kaedah jigging namun kadang-kadang saja ia berjaya.

Kini lebih kerap diperoleh dengan teknik ‘jigdang’ iaitu jigging berumpankan udang. Udang yang disangkut pada assist hook jig terbukti lebih berkesan.

Ads

 

Berbeza dengan pancingan dasar yang bersauh, teknik ‘jigdang’ ini bot perlu berhanyut bagi mencari lubuk ketarap dan menggayakannya seakan-akan teknik slow pitch jigging.

Dengan set pancingan yang lebih ringan pasti pemancing dapat merasai debaran apabila melawan spesies ini tatkala larian pertamanya dirasai semasa joran berada di tangan.

 

Ads

Jom like & See First www.facebook.com/umpanmania101

 

Teknik ini masih boleh dikategorikan sebagai sportfishing kerana ia tetap pancingan yang memerlukan daya sensitiviti dan teknik-teknik tertentu.

Malah penggunaan jig yang berkilat itu sendiri menambahkan daya tarikan.

Teknik `jigdang’ ini sudah banyak dilakukan oleh jiggers tetapi tidak didedahkan kepada umum.

(Sumber: Tekong Penyabong)

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI