Casting mengabang (eging) boleh dilakukan sama ada dari tebing atau menggunakan bot. Tidak perlu set khas atau mahal untuk menjeratnya. Penggunaan set ‘ringan’ sudah memadai untuk melayan aksi gostan sang mengabang.

 

Setelah candat dilontar biarkan ia tenggelam seketika sebelum dikarau. Teknik karauan secara santai, lebih sesuai agar mengabang sempat mengejar candat. Sambil mengarau, joran sesekali disentap ke atas agar candat tidak tersangkut batu.

 

Ketahui Teknik Eging Terbaik Menjerat Sotong Mengabang

 

Di Jepun, para pengilat sotong di sana menggunakan joran khas yang agak keras kerana mereka mengamalkan teknik yang kasar dan agresif disebabkan sotong di tempat mereka sudah lali dengan teknik lemah-lembut.

Ads

 

Tambahan pula dengan bilangan caster yang ramai, sotong sudah biasa dengan kehadiran candat serta lebih berhati-hati.

 

Ketahui Teknik Eging Terbaik Menjerat Sotong Mengabang

 

Ads

Drag kekili perlu diselaraskan dengan sesuai. Drag yang ketat akan menyebabkan sotong mudah terlucut. Bila terasa sotong merengut candat joran mesti ditegakkan ke atas. Mengabang akan menyentap laju ke belakang dengan cara menyemburkan air untuk melepaskan diri.

 

Setiap kali semburan semakin tinggi ia naik ke atas dan akhirnya sotong tersebut timbul di permukaan. Jika terdapat banyak sotong mengabang kita boleh melihat kawanannya mengejar candat yang dikarau. Jangan terus menaikkan sotong yang diperolehi.

 

Ketahui Teknik Eging Terbaik Menjerat Sotong Mengabang

Ads

 

Biarkan ia di dalam air, supaya rakan anda boleh melontar candat di belakang sotong yang terjerat tadi. Kebiasaannya akan ada sotong lain yang mengejar candat tersebut.

 

Mengabang diketahui gemar bergerak secara berpasangan atau berkumpulan. Jika seekor mengejar candat, beberapa ekor lagi turut sama mengejar untuk berebut candat yang dianggap sebagai makanannya.

 

Ketahui Teknik Eging Terbaik Menjerat Sotong Mengabang

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI