Ketahui Tanda Awal Bakal `Mabuk Laut’

Share

 

Kesan dari keadaan mabuk laut menjurus kepada rasa yang tidak selesa dan melemahkan. Walaupun ia tidaklah mengancam nyawa namun ia boleh menjejaskan tumpuan kepada kerja termasuk memancing.

 

Dalam kebanyakan kes, petanda awal mabuk laut akan mula bertambah baik sekiranya  badan anda dapat menyesuaikan diri. Atau anda selesaikan masalah tersebut dengan menamatkan sebarang aktiviti dan tidur saja.

 

Tanda 1 – Kulit Jadi Pucat

Mungkin ramai yang tidak menyedari simpton awal ini kerana kebanyakan pemancing menutup hampir keselurahan kulit ketika memancing bagi mengelak cahaya terik. Jika korang tengok kulit muka rakan dah mula pucat, beritahulah mereka. Jangan pula tunggu mereka muntah.

 

 

Tanda 2 – Mula Peluh Sejuk

Ia dapat dirasai apabila badan mula rasa tidak selesa dengan keadaan sekeliling. Walaupun ia Simpton awal, kalau dah keluar peluh yang tidak sepatutnya keluar, kemungkin korang akan berhadapan dengan mabuk laut yang agak kronik.

 

Tanda 3 – Air Liur Jadi Banyak

Ia berlaku tanpa disedari sehinggalah anda lebih kerap meludah daripada biasa. Walaupun takde air liur nak ludah pun tetap juga meludah walaupun hanya keluar angin saja.

 

 

Tanda 4 – Mengantuk Tahap Gaban

Perkara ini biasa berlaku. Walaupun cukup tidur, anda mula menguap berkali-kali. Dalam pada masa yang sama, mata mula meninjau tempat untuk merebahkan badan.

 

Tanda 5 – Terasa Sesak Nafas

Rasanya seperti tidak cukup udara untuk bernafas. Nafas menjadi pendek dan cepat. Namun tetap tidak puas untuk bernafas.

 

 

Tanda 6 – Letih Melampau

Apabila berada dalam keadaan ini, anda akan berasa seperti malas untuk buat apa saja. Semangat untuk memancing mula hilang dan tidak peduli lagi pasal kumpau atau sebagainya.

 

Tanda 7 – Pening-Pening Berpanjangan

Boleh dikatakan ia berlaku kepada semua orang yang menghadapi masalah mabuk laut. Jadi anda tidak perlu risau sangat pasal pening ni. Sebaliknya kalau terlalu memikirkannya, ia akan menyebabkan semakin cepat mabuk.

 

 

Tanda 8 – Sakit Kepala Ya Amat

Ia lebih menyeksakan berbanding sesak nafas atau pening. Atau dalam erti kata lain, ia sudah berada sebelah kaki dalam penyiksaan mabuk laut.

 

Tanda 9 – Muntah

Kemuncak awal mabuk laut! Namun ia terbahagi kepada dua cabang. Sama ada anda akan pulih atau terus terseksa. Muntah berulang kali hingga tahap terasa macam nak terkeluar urat perut inilah yang menakutkan ramai pemancing untuk ke laut dalam.

 

 

Published by
Amang