Kemampuan tenggiri memotong mangsa seperti pisau amat tajam, menggonggong dan terus melarikan mangsa dengan pergerakan pantas. Jangan perkecilkan kebolehan ikan ini berenang. Jika tidak ingin berputih mata jangan biarkan ia mendahului kita dan tali pancing hendaklah sentiasa tegang.
Kayuhlah sebeberapa laju kekili yang anda mampu ketika ia datang menyusuri arah anda. Ini bertujuan mengelakkan ia menggeleng kepala berulang kali dalam cubaan melepaskan mata kail di mulut.
IKLAN
IKLAN
Inilah salah satu kelebihan buat tenggiri bagi menidakkan hasil buat pemancing. Tali kendur pula memberi peluang kepadanya memotong perambut tangsi dengan mudah. Ia akan melurut tangsi sebelum ‘zussss’ potong tanpa rasa lagi.
IKLAN
Tenggiri gemar menyambar mangsa dan terus melarikan umpan. Ia akan berpatah balik dan jarang berlawan bertentangan dengan pemancing. Pergerakannya sempurna, padu dan senyap.
Mengenal tabiat tenggiri secara mendalam sedikit sebanyak dapat membantu anda ketika berhadapan dengannya di padang pancing. Kalau tidak kita akan mudah dipermainkannya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ramai kaki pancing merasa beban untuk mengusung kamera DSLR ketika trip memancing, mungkin kerana merasakan peralatan memancing sudah cukup banyak.
Iyalah, bawa kamera DSLR sudah semestinya memerlukan satu beg khas kamera. Jika trip menaiki bot lagi satu hal untuk menjaganya.
Bimbang macam mana kalau-kalau berlaku set kamera terjatuh ke dalam air? Akan tetapi perasaan ingin mengambil gambar yang terbaik memang tetap membara.
Dengan kecanggihan teknologi telefon ketika ini, ramai yang mula menggunakan kamera telefon untuk terus berkarya dan memuat naik terus ke Instagram.
Menggunakan kamera DSLR dan telefon pastinya banyak beza. Tahap kepuasan pula bukanlah diukur melalui peralatan akan tetapi hasil yang dirakam semestinya menjadikan gambar tersebut lebih berharga.
Untuk tip kali ini, bagaimana menghasilkan gambar yang hampir sama dengan penggunaan DSLR tetapi menggunakan kamera telefon.
Sememangnya ia ada perbezaan kerana kamera telefon lebih auto daripada manual seperti setting shutterspeed dan aperture.
GUNA ELEMEN FOKUS
Ketika anda ingin mengambil gambar, klik pada ikon kamera. Kemudian akan tertera kotak [ ] seperti ini.
Anda hendaklah fokus dengan tepat gambar yang ingin diambil. Elakkan penggunaan zoom melebihi empat kali kerana gambar boleh jadi blur walaupun beresolusi tinggi.
Sebelum tekan butang kamera di tengah, pastikan anda semak dahulu sudut pencahayaan gambar tersebut.
Anda juga boleh selaraskan setting mengikut kesesuaian mode dengan menggunakan butang setting.
Terdapat pelbagai pilihan shooting mode contohnya seperti single shot, panorama, smile shot dan sebagainya.
PENGGUNAAN EFFECT
Ada juga kamera telefon disertakan sekali setting effect. Ia bertujuan untuk menukarkan warna gambar menjadi warna sephia, black and white atau negative secara terus tanpa perlu membuat editing menggunakan sebarang software di komputer.
PENGGUNAAN SCENE MODE
Sekiranya anda lebih mahukan teknik lebih pantas, penggunaan scene mode akan menolong anda mengambil gambar mengikut kesesuaian suasana sama seperti
menggunakan auto scene mode pada kamera DSLR. Antara scene mode yang sedia ada ialah landscape, sport, party / indoor, beach, sunset, autumm color, candlelight, firework, backlight, night dan sebagainya.
Sekiranya pergerakan ikan terlalu pantas dan anda ingin merakan gambar ikan tersebut setelah berjaya ditangkap, anda boleh menggunakan scene mode sport kerana ia akan ‘matikan’ pergerakan ikan tersebut dan gambar jadi tidak blur.
ELAK GUNA KAMERA HADAPAN
Setiap kamera mempunyai ‘kamera kedua’ di bahagian hadapan permukaan telefon. Kebiasaannya, kamera tersebut digunakan untuk tujuan selfie atau swafoto.
Untuk mengambil gambar ketika memancing, elakkan menggunakannya kerana ia akan menyebabkan gambar jadi blur kerana kamera ini mempunyai resolusi rendah dan kualiti gambar yang dihasilkan lebih rendah.
JANGAN ZOOM SEBELUM MENGAMBIL GAMBAR
Ini adalah kerana gambar akan menjadi lebih noise dan blur. Anda boleh pergi menghampiri objek atau anda tangkap dahulu gambar tersebut, kemudian zoom dan crop seperti yang anda mahukan.
GUNAKAN IA SEPERTI KAMERA DSLR
Anda boleh jadi lebih kreatif mengambil gambar menggunakan pelbagai teknik seperti kamera DSLR.
Teknik depth of field, composition, rule of third, bokeh, sillhouette dan sebagainya dan cuba bandingkan gambar menggunakan kamera DSLR dan kamera telefon, pasti berbeza.
TIP TAMBAHAN
Sebelum mengambil gambar, elok periksa lensa kamera telefon anda adakah ia betulbetul bersih dari sebarang habuk, kesan minyak, calar, cap jari supaya gambar yang dihasilkan tidak rosak!
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Masukkan 2 liter air kelapa peram di dalam bekas bancuhan umpan bertutup yang bersesuaian (mampu memuatkan 4 kg pelet).
Masukkan esen Mama Essen Nanas Makassar sebanyak 100 ml. Kemudian masukkan pula almond oil 50 ml dan minyak serai 100 ml. Gaul campuran ini hingga sekata.
Masukkan pelet 920 sebanyak 4 kg dan gaul sehingga pelet dapat meresap campuran bahan tadi.
Akhir sekali masukkan pula kelapa parut dan gaul hingga sekata. Tutup bekas ini peram bahan umpan ini kira-kira 3 hingga 5 hari sebelum digunakan. Bahkan semakin lama diperap semakin bagus hasilnya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Penggunaan mekanisme pancing dan teknik yang betul ketika aktiviti memancing membantu dalam mengekalkan populasi dan stok ikan kita.
Amalan ‘Catch and Release’ dan ‘Legal Size Limit’ antara amalan pancing yang boleh kita praktikkan.
Amalan ‘tangkap, bunuh dan makan’ tidak salah, namun biar berpada-pada, sekadar merasa dan mengisi perut. Jika yang dipancing itu bersaiz juvenil, lebih baik dilepaskan kembali.
Juvenil
Jika ikan yang dipancing terlalu kecil atau masih juvenil, kendalikan dengan cermat dan lepaskan kembali dengan cara berhemah.
Sebaiknya dilepaskan kembali di kawasan di mana ikan itu dinaikkan. Yang tak eloknya, anda kecewa ikan tu kecil, main sentap je nak cabut kail sampai koyak mulut ikan tu. Lepas tu campak merata.
Tarik keluar dari air hanya bila perlu.
Sebaiknya jika anda dalam situasi boating, proses nak cabut mata kail daripada ikan dilakukan di dalam air.
Tak perlu nak naikkan keluar daripada air nak timbang berat ke. Ikan kecik memang tak berat pun.
Minimakan jangka masa ikan jika dikeluarkan dari kawasan air.
Bila situasi anda mancing tebing atau dalam bot tapi susah nak keluarkan mata kail, dibolehkan angkat naik ikan tu.
Tapi jangan terlalu lama, segera lepaskan kembali. Tak perlu nak selfie dengan ikan tu.
Kendalikan ikan dengan tangan basah.
Semasa kendalikan ikan, pastikan tangan anda dibasahkan sebelum memegang ikan untuk mengekalkan lendir ikan pada sisik atau badannya yang merupakan antara sistem pertahanan diri bagi ikan.
Jika risau tangan anda hanyir, boleh gunakan sarung tangan yang basah.
Tukar mata kail
Jika ikan bersaiz kecil kerap dinaikkan semasa anda memancing, tukar mata kail kepada saiz yang lebih besar.
Selain mengurangkan peratus ikan kecil tercangkuk, langkah ini juga mampu kurangkan stres anda setelah asyik-asyik ikan kecik je naik.
Putuskan tali jika kail ditelan.
Jika mata kail ditelan, langkah terbaik ialah putuskan tali perambut anda. Jangan cuba cabut secara paksa ke, suruh ikan tu luah balik ke, malah jika anda seorang doktor bedah sekalipun, jangan cuba-cuba nak jalankan pembedahan ke atas ikan tersebut itu.
Cukup dengan putuskan perambut, ikat mata kail baru.
Hati-hati ketika cabut mata kail
Proses nak cabut mata kail perlu dilakukan dengan cermat untuk elakkan ikan cedera teruk atau jari anda cedera akibat tercangkuk mata kail.
Tahniah kepada diri sendiri
Langkah terakhir paling senang. Anda hanya perlu lepaskan kembali ikan kecik tu untuk masa depan ikan tersebut dan masa depan kita.
Ucapkan tahniah kepada diri anda sendiri dan teruskan memancing sampai naik ikan besor.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...