Kalau nak berjaya memancing sesuatu spesies ikan, kita perlu memahami sifat dan tabiat ikan tersebut. Dari situ barulah kita tahu bagaimana hendak mencari spot dan apa umpan yang sesuai untuk menewaskannya.

 

Ikan Berkumpulan

Kebanyakan ikan bertulang skala kecil akan berenang bersama-sama dalam koordinasi tertentu dan dipanggil berkumpulan atau kawanan (schooling). Sebab utama berenang dalam kumpulan ialah adaptasi untuk mengelakkan  daripada pemangsa selain dapat menakutkan mangsa.

Kalau anda nak tahu, berenang dalam kawanan akan memberikan lebih daya hidrodinamik dan meningkatkan peratus persenyawaan.

Selain itu, ikan bersaiz besar juga bergerak dalam kumpulan namun dalam kumpulan yang lebih kecil. Oleh yang demikian, sekiranya berjaya memancing seekor bermakna kita masih berpeluang untuk menaikkan spesies yang sama.

 

Ketahui Tabiat & Sifat Ikan Sebelum Memancing

Ads

 

Menjaga Kawasan Jajahan 

Pelbagai jenis ikan mempunyai sifat kewilayahan. Namun kadangkala sifat kewilayahan mereka ini berbeza dan unik. Ikan damselfish yang kecil amat berani dan menakutkan dalam mempertahankan wilayahnya sendiri manakala kebanyakan kerapu atau grouper yang lebih besar akan berundur dari wilayahnya apabila didatangi oleh haiwan lain.

Di sinilah gewang atau umpan tiruan memainkan peranan. Disebabkan bersifat kewilayahan itulah gewang akan diterkam bukanlah untuk dimakan, sebaliknya lebih kepada bertindak untuk pertahankan wilayahnya.

 

Ads

Ketahui Tabiat & Sifat Ikan Sebelum Memancing

 

Hubungan simbiosis

Sesetengah spesies ikan kecil akan melekat pada badan ikan yang besar dan membersihkan badan ikan besar dengan memakan parasit pada tubuh ikan tersebut.

Simbiosis dapat dilihat pada ikan jerung, paus atau penyu. Ada juga ikan yang bersimbiosis dengan spesies yang bukan ikan seperti clownfish dan timun laut yang mana timun laut akan menjaga ikan tersebut daripada serangan pemangsa.

Ads

 

Ketahui Tabiat & Sifat Ikan Sebelum Memancing

 

Berkomunasi Dengan Bunyi 

Eh, macam pelik pula? Ikan mengeluarkan bunyi ke? Yang sebenarnya banyak spesis ikan menghasilkan bunyi sama ada dalam situasi ketika pembiakan, sosial, kewilayahan atau sifat agresif.

Bergantung kepada spesies, ikan bertulang mampu menghasilkan bunyi dengan melagakan giginya, getaran daripada udara atau dengan meregang dan mengecutkan ototnya. Kebanyakkan bunyi yang terhasil di bawah 10.000Hz.

 

Ketahui Tabiat & Sifat Ikan Sebelum Memancing

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI