Ketahui Saiz Peralatan Paling Cun Layan Gerong Belang

Share

 

Adalah sangat penting kepada semua pemancing untuk mengetahui kesesuaian set pancing bagi  memancing golden trevally atau gerong belang. Peralatan yang sesuai secara asasnya dari set light hingga medium.

 

Namun ia bergantung juga pada teknik dan kecenderungan peribadi pemancing untuk perlawanan yang lebih mencabar, terdapat juga pemancing yang memilih set yang lebih ringan untuk lebih ekstrim.

 

 

Tali sulam utama dengan kekuatan breaking point sekitar 10-20lb sudah memadai untuk penggemar teknik casting dan light jigging. Kekuatan tali melebihi 20lb dikira terlalu berat untuk menikmati pertarungan yang sebenar.

 

Kekuatan tali utama ini adalah kekuatan yang sesuai untuk kebanyakan spesies trevally termasuk gerong belang dengan mengambil kira kaedah pancingan casting di zon strike trevally.

 

 

Sekiranya anda memilih tali nylon atau tangsi, pilihlah tali yang mempunyai warna yang terang jika anda gunakan tali jenis ini sebagai tali utama.

 

Jika anda mengamalkan teknik trolling pula, gunakan gewang berbibir minnow saiz sederhana dengan kelajuan bot sekitar 4-6 knot.

 

 

Waktu yang paling sesuai untuk memancing gerong belang dan kebanyakan spesies trevally ialah ketika waktu air penuh kerana trevally aktif mengejar ikan kecil di habitatnya pada waktu sebegini.

 

Bagi kaki casting, cermin mata polaroid sangat membantu terutama ketika mengenal pasti lokasi gerong belang di dalam kawasan air cetek dan jernih selain mengelakkan mata anda letih ketika memancing di lautan.

Published by
Amang