Adalah sangat penting kepada semua pemancing untuk mengetahui kesesuaian set pancing bagi memancing golden trevally atau gerong belang. Peralatan yang sesuai secara asasnya dari set light hingga medium.
Namun ia bergantung juga pada teknik dan kecenderungan peribadi pemancing untuk perlawanan yang lebih mencabar, terdapat juga pemancing yang memilih set yang lebih ringan untuk lebih ekstrim.
Ads
Tali sulam utama dengan kekuatan breaking point sekitar 10-20lb sudah memadai untuk penggemar teknik casting dan light jigging. Kekuatan tali melebihi 20lb dikira terlalu berat untuk menikmati pertarungan yang sebenar.
Kekuatan tali utama ini adalah kekuatan yang sesuai untuk kebanyakan spesies trevally termasuk gerong belang dengan mengambil kira kaedah pancingan casting di zon strike trevally.
Ads
Sekiranya anda memilih tali nylon atau tangsi, pilihlah tali yang mempunyai warna yang terang jika anda gunakan tali jenis ini sebagai tali utama.
Jika anda mengamalkan teknik trolling pula, gunakan gewang berbibir minnow saiz sederhana dengan kelajuan bot sekitar 4-6 knot.
Ads
Waktu yang paling sesuai untuk memancing gerong belang dan kebanyakan spesies trevally ialah ketika waktu air penuh kerana trevally aktif mengejar ikan kecil di habitatnya pada waktu sebegini.
Bagi kaki casting, cermin mata polaroid sangat membantu terutama ketika mengenal pasti lokasi gerong belang di dalam kawasan air cetek dan jernih selain mengelakkan mata anda letih ketika memancing di lautan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Nak menyediakan unggun api dengan lebih mudah kita amat memerlukan alat ini. Kalau tak ada unggun api susah jugak nak bertahan dalam hutan.
Peti Kecemasan
Yang ni, kalau tak ada memang tak patut. Kecederaan boleh berlaku bila-bila masa. Jadi, sediakanlah payung sebelum hujan.
Tali
Tali amat penting kerana ia boleh membantu dalam pelbagai cara. Boleh digunakan untuk membina khemah dan juga amat berguna jika berlaku sebarang musibah yang tak diingini.
Wisel
Bila anda tersesat di dalam hutan, wisel amat berguna untuk membolehkan anda dikesan oleh penduduk sekitar ataupun pasukan penyelamat.
Tin atau Bekas Logam
Penting juga benda ni untuk masak air atau pun nak masak makanan.
Hammock
Hammock boleh menjadi tempat tidur yang lebih selesa jika memancing di hutan atau sungai pergunungan. Selain tempat tidur, ia juga boleh mengelakkan kita daripada haiwan berbisa yang mungkin ada di kawasan sekitar.
Protein @ Energy Bar
Kadang-kadang bila perut kosong sewaktu trekking boleh menyebabkan bahaya. Jadi lebih penting untuk kita sentiasa membawa protein @ energy bar setiap kali trekking di hutan atau sungai pergunungan.
Lampu Suluh
Lampu suluh amat penting jika anda memancing di waktu malam. Selain dijadikan sumber cahaya, alat ini juga berguna digunakan bila anda tersesat di dalam hutan.
Plastik Sampah
Ha, yang ni paling penting dan wajib untuk kita bawa. Ingat, tiada majlis perbandaran yang akan buang sampah di hutan. Jadi ini mesti jadi tanggungjawab kita sendiri untuk mengekalkan kelestarian alam sekitar. Ia boleh juga diubahsuai jadi baju hujan dan fly sheet.
Umpan dilabuhkan ke dasar kemudian tarik sedikit ke atas. Lepas itu kami hanya disuruh bersedia untuk membalas joran. Saat umpan dihenjut, ikan mengena.
Apabila ditanya pada tekong ikan apa yang sedang makan umpan kami… cencaru, balas tekong.
Mak oooi…! Berat semacam cencaru ini kerana sebelum ini cencaru yang saya pancing di Pantai Timur hanya sebesar lengan.
Agak terperanjat melihat saiz cencaru berjaya diperoleh sebesar betis kaki orang dewasa setiap ekor. Belum pernah melihat cencaru sebesar itu.
Jika 5 mata pancing mengena alamak perut terpaksa digunakan untuk menahan hujung joran. Macam berat 30kg kalau dah 5 ekor cencaru kuda mengena sekaligus.
Tapi kini jumlah populasi cencaru kuda di Pulau Sembilan turun secara mendadak. Banyak trip ke Pulau Sembilan ini di buat pada tahun 2004, jarang lagi saya memperolehi lebih 3 ekor cencaru kuda pada satu trip!
Atau tidak mengunakan bilis segar mungkin menjadi salah satu faktor kegagalan mendapatkan spesies ikan kulit hijau ini.
Begitu juga nasib bilis di kawasan ini semakin berkurangan dari masa ke masa. Kurang mangsa kurang juga pemangsa. Rangkaian makanan di luat kini tergugat!
Teknik memancing cencaru cukup mudah buat cencaru biasa. Guna mata apollo kedai saiz 10 ke atas atau kekuatan 15Ib perambut dengan kertas atau bulu putih.
Mesti asas warna putih sebab makanan utama ikan cencaru ialah ikan bilis serta anak ikan pelagik lain yang kecil.
Warna putih lebih cepat dirembat cencaru berbanding mata apollo warna hijau kerana ia lebih menyerupai warna ikan bilis di dalam air.
Secara kesimpulan cencaru lebih dikenali ikan merembat mata apollo berbanding teknik pengumpanan ikan.
Hanya cencaru kuda bersaiz besar sahaja pernah diketahui menelan jig terutama jig rungan sekitar 20gram sehingga 60gram.
Paling umum cencaru besar berminat dengan umpan ‘putih’ seperti ikan bilis di mata pancing.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Untungnya jadi kaki pancing yang tinggal berdekatan muara. Saban masa dihabiskan memancing di sana. Walau ada masa beberapa sekali pun. Masih sempat untuk melabuhkan joran. Kalau yang tinggal di Lembah Kelang, kolam komersial menjadi tumpuan, memanjangkan lagi sengih taukeh kolam.
Mahu tidaknya, pelanggan datang bertambahlah kutipan harian. Di muara yang ditambak batu, tidak ada taukeh yang menanti untuk mengutip duit tol. Semuanya percuma. Yang perlu dibawa hanyalah peralatan memancing dan umpan.
Muara sungai yang mempunyai benteng pemecah ombak selain mengawal hakisan menjadi struktur konkrit terbaik sebagai tempat perlindungan ikan. Teritip yang melekat pada batu menjadi sumber makanan selain daripada sumber yang dihanyutkan dari sungai ketika air sedang menyongsong surut.
Kita jangan anggap ikan tidak ada di celah-celah batu kerana sebarang makanan yang melintas di hadapan akan disambar.
Peluang ini mestilah digunakan sebijaknya untuk mendapatkan ikan di muara. Tidak perlu mengangankan ikan saiz besar dengan membuat balingan jauh ke tengah, yang akhirnya musnah apabila tersangkut pada batu.
Praktikkan di kawasan beberapa kaki saja dari tempat anda duduk memegang joran kerana potensi yang ada tidak ramai yang sedar.
Di sebelah Pantai Timur Semenanjung Malaysia, benteng pemecah ombak diwujudkan kerana masalah hakisan berlaku dengan teruk. Setiap hujung tahun, angin monsoon yang kuat beserta ombak besar sering menjadi malapetaka yang amat ditakuti.
Setiap kali bencana alam semulajadi ini datang, bentuk daratan sedikit sebanyak menerima kesan. Selain daripada kelebihannya mengawal hakisan, ia juga bertindak sebagai rumah ikan yang baru dan lebih selamat walaupun bahayanya tetap ada dari daratan.
Proses perubahan ala mini sebenarnya membuatkan manusia berfikir untuk mewujudkan bentang dan tanpa disedari, juga telah mewujudkan sarang ikan yang akan menjadi salah satu tempat tumpuan kaki pancing saban hari.
Kebiasaannya, spesies yang dicari di muara tentunya yang bersisik seperti siakap, siakap merah dan kerapu. Di pasaran, spesies ini mempunyai harga yang tinggi dan menjadi buruan kaki pancing muara. Pelbagai teknik pancingan digunakan seperti penggunaan gewang hinggalah kepada umpan semulajadi yang masih menjadi pilihan.
Ada yang tidak sedar, bongkah-bongkah batu yang dipijak ketika melabuhkan pancing menjadi sarang persembunyian terbaik bagi ikan-ikan kecil. Yang bersaiz besar menanti di ruang yang lebih terbuka, mencari peluang terbaik membuat serang hendap.
Kaki pancing lebih banyak yang memilih untuk membaling umpan jauh ke tengah dasar, mencari habuan bersaiz besar walaupun kadang-kadang keluarga ikan bermisai yang melahap umpan. Lebih parah lagi, mata kail yang digunakan sering tersangkut pada batu dan kaki pancing terkial-kial menarik tali bertujuan melepaskannya.
Cara ini lebih banyak membuang masa kerana selepas itu terpaksa membuat perambut baru dan bagi yang sudah membawa perambut spare, masa boleh dijimatkan. Tetapi, dapatkan kita bersabar dengan kerenah yang sering saja berlaku itu? Sekali nak periksa umpan, terpaksa menarik batu dahulu dan keadaan ini sebenarnya merimaskan.
Satu cara terbaik bagi saya ialah memancing tanpa menggunakan batu ladung dan membuat balingan yang jauh. Cukup sekadar apa yang berada di depan mata dan juga di celah-celah batu yang dipijak.
Di situ juga tidak mustahil untuk menemui spesies kegemaran kerana pemangsa yang sedang menanti makanan melintas di hadapannya. Kaku dan tidak bergerak di sebalik batu tanpa disedari.
Seperti teknik casting, kita perlu banyak membuat balingan dan gerakan dalam mencari kawasan yang berpotensi dapat menghasilkan ikan.
Cara memancing kawasan batu ialah sekadar menghulurkan umpan di celah-celah batu atau menghanyutkan saja umpan. Cara ini dirasakan lebih berkesan kerana umpan yang dihulurkan bertindak seperti makanan yang jatuh atau hanyut dan tersekat-sekat mengikut aliran air.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...