Taktik ikan ketarap melepaskan diri bila terkena pancing ialah menyelusup ke dalam karang dan ini menyebabkan perambut selalu putus bila bergesel dengan karang yang tajam. Set yang sesuai ialah reel spinning dikunci dengan drag maksimum dan dipadankan dengan rod PE 3-5 yang keras dan pendek. Tali utama yang sesuai ialah 50lb disambung perambut pendek maksimum 1 meter sahaja.
Ads
Bila Ketarap menjamah umpan kita mestilah cepat bertindak mengangkat joran setinggi yang boleh sambil menahan asakan ikan yang akan lari ke karang. Tahan seketika dan kemudian buatlah 4-5 karauan secepat mungkin supaya ikan ditarik jauh dari kawasan karang.
Ads
Untuk menyediakan umpan, ketam nipah ini mesti dikopek cengkeranya dan dipotong empat bahagian jika umpan itu besar. Ketuk sedikit kaki nya supaya aroma ketam itu keluar membuat ketarap lebih cepat menjejak umpan.
Ads
Setelah umpan dicangkuk ke mata kail, hulur perlahan-lahan dan bila sudah jejak ke dasar, tarik atau pusing kekili untuk menggantung umpan setinggi 1 meter dari dasar. Jika kena musimnya kita tidak menunggu lama untuk ketarap membedal umpan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Korang pernah strike siakap merah aka mangrove jack (MJ) ke tidak… lemah! Tidak lemah saudara… kalau langsung tak pernah niat nak strike MJ baru lemah. Memancing MJ tidak semudah yang dibayangkan. Perlu juga ada ilmu dan teknik yang betul, selebihnya terserah pada rezeki.
Dalam konteks ini, saya lebih suka bereksperimentasi pelbagai cara, hingga pernah terfikir untuk merendam gewang. Memasang ladung dengan hujungnya berumpankan Rapala Shad Rap. Mujurlah saya terlebih dahulu belajar teknik yang lebih baik dari itu.
Mungkin sudah ramai yang tahu perihal habitat ikan ini. Di kawasan sungai atau estuari berbakau, siakap merah lebih tertumpu di kawasan bereba (akar bakau atau pokok mati). Ini kerana, ia spesies predator yang menjadikan ikan-ikan kecil sebagai diet dan kawasan itu menjadi tempat persembunyiannya menghendap mangsa. Memadai jika umpan dihulurkan di tepi tebing berhampiran reba yang berpotensi.
Untuk memancing siakap merah dari tebing (landbase), tidak perlulah umpan dibaling jauh ke tengah kecuali memancing di kolam berbayar. Andai kata mahu juga baling ke tengah, silakan, kemudian perlahan-lahan karau sehingga umpan berada tidak jauh dari tebing. Pun boleh juga.
Antara teknik terbaik memancing siakap merah adalah dengan menghanyutkan umpan, yakni, tidak menggunakan ladung. Umpan ekonomi – udang pasar sudah memadai. Umpan yang dibawa arus perlahan akan bergerak ke atas dan ke bawah seterusnya menggiurkan si ikan untuk menerkam.
Ibarat si suami pada malam pertama. Teknik ini sangat sesuai ketika arus perlahan. Labuhkan umpan sehingga arus menghanyutkannya ke arah reba. Namun keadaan arus mati atau laju mungkin tidak sesuai dengan teknik hanyut ini. Dalam keadaan arus laju, ladung kecil boleh digunakan untuk mengelak umpan timbul di permukaan.
Kalau hendak dikira, sudah berpuluh atau mungkin hampir mencecah ratus bilangan MJ berjaya didaratkan oleh saya dan rakan-rakan melalui teknik ini. Tidak kira saiz penuh kuali atau dua jari, teknik ini jarang menghampakan. Namun bagi pemancing yang beretika, amalkan ‘bag limit’ dan yang kecil dilepaskan semula agar menjadi penyambung generasi.
Suka saya mengingatkan supaya ‘drag’ kekili dibuka ketika menunggu umpan digetu ikan bagi mengelak kejadian joran melompat terjun ke sungai ala atlit papan anjal yang akhirnya membuatkan anda berputih mata. Pengalaman itu pernah saya lalui sendiri.
Perambut adalah teknik persembahan umpan di mana seutas tali yang dikombinasikan dengan mata kail, batu ladung atau pelampung, yang disambungkan dengan tali utama adalah peralatan penting untuk memancing.
Kegunaan jenis-jenis perambut dipengaruhi beberapa faktor tertentu seperti spot memancing, spesies ikan yang ditangkap, waktu memancing, keadaan kejernihan dan arus air serta banyak lagi.
Perambut Lubuk Berstruktur
Biasanya dalam keadaan begini, kaki pancing gemarkan perambut dengan batu hidup. Perambut yang digunakan harus lebih kecil dari tali utama untuk mengelakkan kaki pancing kerugian batu ladung dan kili apabila perambut putus. Perambut yang selalu digunakan adalah perambut jenis 30lb ke 50lb dan panjangnya bergantung pada keadaan arus.
Balingan tidak perlu jauh kerana arus yang deras akan membawa umpan ke belakang dengan cepat dan mengelakkan tali tersimpul. Jika arus perlahan, buatlah balingan jauh. Gunakan perambut kurang daripada 1m bagi mengelakkan tali tersimpul.
Perambut Berpandukan Spesies Sasaran
Jika anda mensasarkan spesies ikan seperti tenggiri, alu-alu, belitong, haruan tasik, geropoh, dan ikan jenis pemangsa, anda digalakkan untuk menggunakan kaedah ‘drifting’ jika arus laju atau ‘flooting’ jika arus perlahan. Gunakan perambut dengan kepanjangan sekurang-kurangnya 3m atau 3 depa lebih. Untuk spesies ikan seperti kerapu, ikan merah, bayan, dan jenahak, gunakan kaedah ‘bottom’.
Perambut Waktu Siang & Malam
Jika memancing waktu siang, gunakan ‘leader’ bersaiz halus 30lb – 50lb bagi mengelakkan sang ikan ternampak perambut yang digunakan. Seandainya memancing pada waktu malam, perambut yang lebih kasar bolehlah digunakan.
Perambut Berdasarkan Faktor Air
Jika air jernih, gunakan aksesori atau jenis ikatan. Ini bertujuan untuk mengurangkan kepekaan ikan ke atas perambut yang digunakan. Anda disarankan untuk menggunakan perambut panjang melebihi 1 meter sekiranya perlu dan tariklah minat sang ikan dengan umpan paling baik. Setakat umpan biasa-biasa (umpan mati), ikan takkan layan punya!
Itu cerita air jernih, kalau keruh? Jika air kelihatan keruh, pertimbangkan elemen seperti bau dan penglihatan. Gunakan umpan besar dengan bau yang kuat. Penggunaan perambut pendek tidak jadi masalah.
Perambut Berdasarkan Faktor Arus
Ketika arus agak laju, sebaiknya gunalah perambut yang lebih panjang. Arus yang akan membawa umpan ke belakang. Ketika arus perlahan, gunakan perambut pendek bagi mengelakkan perambut bersimpul bersama umpan dan tali utama.
Bagi yang baru terjebak dalam dunia pancingan, ikan haruan adalah spesis yang mudah untuk diburu. Bagi caster baru pula, spesies ini akan menjadi salah satu latihan yang bagus untuk membiasakan diri dengan teknik casting.
Walaupun perlawanan dengan ikan haruan tidaklah terlalu mencabar seperti spesies snakehead lain seperti toman namun beberapa tips perlu anda ketahui untuk memburu spesies berkepala ular ini.
Walaupun anda baru dengan teknik kasting percayalah bahawa memburu ikan haruan adalah sangat mudah asalkan lubuk yang diterjah tersebut memang ada ikan haruan.
Memburu ikan haruan tidak secerewet memancing spesies ikan lain. Antara yang perlu dititik beratkan semasa ingin memancing ikan haruan adalah mengenal pasti lubuk ikan haruan. Ikan haruan lazimnya mudah didapati di mana-mana parit terutamanya berdekatan dengan sawah padi dan juga di kebun kelapa sawit.
Kebiasaannya lokasi seperti ini memang menjadi tumpuan mudah kaki casting. Buat karauan 4-5 kali pada sesuatu tempat pada dan jika anda pasti ada ikan di situ buat karauan pada tempo yang berlainan bagi memujuk ikan haruan menyambar umpan anda.
Ikan haruan juga gemar berada pada sesuatu spot seperti di sebalik dahan pokok yang tumbang, atau di bawah rimbunan pokok yang mempunyai samai dibawahnya.
Umpan-umpan pilihan
Tidak dinafikan sama sekali bahawa katak adalah sinonim dalam pemburuan ikan haruan. Ini kerana, katak adalah makanan kegemaran haruan selain daripada anak ikan.
Namun jika anda tidak menyukai katak atau tidak mengemari menggunakan umpan hidup anda boleh mengunakan alternatif lain yang banyak berada dipasaran sekarang sepertijump frog, katak getah (soft frog), soft plastic, spoon, spinner, dan gewang yang mempunyai warna dan bentuk seperti anak ikan.
Lain tempat lain ragamnya. Seperti spesis ikan lain, adakalanya ikan haruan juga memilih. Ada tempat yang mana umpan tiruan lansung tidak diendahkan oleh ikan haruan.
Namun secara amnya ikan haruan tidak terlalu memilih umpan. Ini kerana haruan gemar menyambar apa-apa sahaja yang melalui kawasannya. Dengan sedikit pergerakan sahaja ikan haruan sudah mula menimbulkan minat.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...