Ketahui Rahsia Asal Usul Ikan Sultan!!

Share

 

Jelawat atau ikan sultan merupakan salah satu spesies ikan air tawar tempatan yang menarik. Di kalangan kaki pancing, spesies jelawat cukup terkenal dengan kekuatan lariannya ketika bertarung di hujung tali pancing.

 

Selain terkenal sebagai ikan sukan, jelawat juga mempunyai nilai pasaran yang sangat tinggi. Bahkan, bagi spesies tempatan, jelawat merupakan antara 5 spesies ikan air tawar tempatan paling bernilai. Nilainya melambung tinggi kerana keenakannya isinya lebih-lebih lagi jelawat liar atau jelawat sungai.

 

Spesies jelawat tergolong dalam order cypriniformes, ikan bersirip dan merupakan spesies barb dari keluarga cyprinidae. Dalam bahasa, nama genus spesies ini iaitu Leptobarbus datang daripada istilah Greek iaitu ‘leptos’ yang bermaksud kurus atau nipis(thin) sementara ‘barbus’ pula merupakan istilah Latin yang bermaksud barbell (sesungut berfilamen).

 

Di Malaysia, ikan jelawat atau nama latinnya Leptobarbus hoevenii, mempunyai ceritanya tersendiri. Menurut cerita, dek kerana keenakannya, ikan jelawat menjadi ikan hidangan hanya bagi santapan untuk golongan istana dan bangsawan sahaja suatu masa dulu. Disebabkan itulah, ikan jelawat juga digelar ikan sultan sehingga ke hari ini.

 

Published by
Amang