Jika tidak diperhati secara mendalam, pasti kita sukar untuk membezakan jantina sesekor ikan pari. Namun, untuk membezakan jantina ikan pari ini tidak sukar.

Jika anda melihat secara teliti di bahagian bawah ikan pari anda akan dapat melihat perbezaan yang ketara di antara alat sulit pari jantan dan betina.

 

PARI JANTAN

Umumnya, pari jantan mempunyai dua claspers (organ pembiakan jantan ) yang bersambung di bawah sirip pelvisnya.

Kebiasaannya, saiz claspers ini adalah sebesar jari manusia. Untuk proses pembiakan, ikan pari jantan akan memasukkan salah satu claspers ini ke dalam organ atau lubang

pembiakan ikan pari betina dan telur-telur yang terhasil akan disenyawakan. Proses pembiakan ini biasanya hanya berlaku di dalam beberapa saat sahaja.

IKLAN

 

PARI BETINA

Berbeza dengan pari jantan, pari betina tidak mempunyai claspers atau bahagian organ ini tiada pada badan pari betina.

Pari betina hanya mempunyai cloaca iaitu organ atau lubang pembiakan yang mempunyai dwifungsi iaitu membuang bahan kumuh dan juga pembiakan.

IKLAN

 

Ketahui perbezaan pari jantan & betina
Pari jantan (kiri) dan pari betina (kanan).

 

KEPENTINGAN MENGETAHUI TENTANG JANTINA IKAN PARI

Pasti ramai yang tertanya-tanya, apakah kepentingan mengetahui tentang jantina ikan pari ini.

IKLAN

Sebenarnya ia merupakan antara informasi yang berguna buat kaki pancing kerana dengan mengetahuinya, ia dapat membuatkan pemancing lebih bersedia untuk bertarung dengan spesies bersengat ini.

 

Sebagai contoh, apabila anda berjaya mendaratkan pari jantan, anda boleh bersedia untuk membaling di lokasi yang hampir sama dengan tempat anda mendapat pari jantan itu.

Ini kerana kebiasaannya, pari jantan dan betina akan selalu berada di posisi yang berhampiran antara satu sama lain.

Bersiap sedialah untuk mengalami pertarungan yang sengit apabila si betina menjamah umpan kerana kebiasaannya ikan pari betina lebih besar dari yang jantan.

 

Ketahui perbezaan pari jantan & betina
saksikan perbezaan pari jantan dan pari betina

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI