Ketahui Perbezaan Pacat Dan Lintah

Share

 

Pacat dan lintah adalah sejenis haiwan anelid yang merangkumi subkelas Hirudinea. Terdapat pelbagai jenis lintah dan pacat seperti lintah air tawar, lintah air masin, lintah daratan dan pacat di daratan.

 

Seperti golongan Oligochaeta yang lain lazimnya lintah akan menampakkan anggota klitelum (bahagian kelenjar yang membengkak pada kulit anelid) sama seperti cacing tanah yang merembeskan kokun dan bahan nutrien untuk embrio. Lintah dan Pacat lazimnya juga merupakan haiwan hermafrodit (mempunyai kedua-dua organ jantan dan betina sekali) seperti cacing.

 

 

Lintah hidup di dalam air, manakala pacat hidup di daratan.

Badan nya terdiri dari 34 segmen badan.

Lintah mempunyai mulut serta organ pelekap iaitu penghisap anterior dan penghisap posterior.

Lintah dan pacat ádalah haiwan ektoparasit iaitu parasit di luar perumah.

Ia ádalah pemangsa yang khusus kerana ia melekat pada perumahnya untuk tempoh masa yang sebentar sahaja bagi mendapatkan darah.

 

 

Lintah dan pacat boleh menghisap darah sebanyak 3 kali ganda berat badan nya

Selepas mengambil darah, ia akan menanggalkan diri nya dari perumah,lalu jatuh dan mula mencari pasangan.

Darah perumah tempat gigitan sentiasa mengalir keluar pada bekas gigitan nya untuk beberapa ketika,selalunya 3 jam.

Semasa ia menghisap darah, lintah akan mengeluarkan ‘Hirudin’ dari kelenjar liur. Hirudin akan menghalang darah dari membeku.

Dari sinilah lintah dan Pacat dikelaskan dalam Kelas Hirudinea

 

 

Selepas makan darah dengan secukupnya, ia boleh hidup untuk beberapa bulan malahan 1 tahun tanpa mendapat kan darah lagi.

Lintah dan pacat adalah haiwan hermaphrodile ataupun kedi. 1 individu boleh mempunyai kedua-dua organ Jantan dan organ betina, dan ia bertelur di dalam air.

Induk membawa anak dari telur di dalam kantung yang terbentuk melalui lipatan permukaan bawah badannya. Kadang kala, anak nya melekat dibawah cuaran di bawah badan induk.

 

 

Lintah dan pacat di Malaysia terbahagi kepada 2 kumpulan:

 

1) Rhyncobdella

– mempunyai organ mencucuk atau belalai pada mulut seperti jarum

 

2) Arhyncobdella

– mempunyai rahang dan gigi

 

 

Spesies – Spesies Lintah Di Malaysia

– berukuran 5 mm
– memindah kan parasit darah yang ditemui pada haiwan liar
– tidak memparasitkan haiwan invertebrata tapi membunuh mereka terus
– boleh digunakan dalam kawalan biologi pada siput

  1. Lintah Hirudinaria manillensis

– ditemui di paya, sungai dan bendang

– menghisap darah kerbau dan kadang kala manusia dan buaya

– dipanggil “lintah kerbau”

2.Pacat Haemadipsa sp.

– lebih kecil dari lintah kerbau

– tinggal di kawasan lembap

– menyorok di celah tanah apabila kering

– keluar untuk menghisap darah haiwan berdarah panas

– bergerak secara menjengkal kan badan nya

– menghisap darah mamalia, kadangkala burung dan haiwan berdarah sejuk (reptilia)

 

 

4 spesies Haemadipsa sp. di Malaysia

Haemadipsa zeulanica

Haemadipsa subagilis

Haemadipsa sylvestris (berwarna hijau – “pacat siamang“ )

Haemadipsa picta

 

– adalah perosak haiwan domestik

– menyebabkan kehilangan darah dan jangkitan sekunder

– menjangkitkan penyakit berjangkit

 

Published by
Amang