Ketahui Perbezaan Jantina Udang Galah

Share

 

Mungkin tidak ramai pemancing yang mengambil soal tentang jantina udang galah yang mereka pancing.

Malah ramai juga yang hanya mengetahui jantina udang galah apabila menaikkan udang galah yang sedang bertelur. Kalau takde telur, langsung tak tahu jantina udang tersebut.

 

Sebelum penjelasan lebih lanjut tentang jantina udang galah, perlu diketahui morfologi tentang udang galah. Udang galah masuk dalam famili Palamonidae. Bentuk badan udang terdiri daripada 3 bahagian:

Cephalothorax – kepala dan dada

Abdomen – badan

Uropoda – ekor

Bahagian kepala (cephalothorax) dibungkus oleh kulit keras, pada bahagian hadapan kepala terdapat tonjolan karapas yang bergerigi disebut rostrum. Pada bahagian atas sebanyak 11-13 unit dan bahagian bawah 8-14 unit.

Udang galah hidup dalam dua peringkat habitat. Pada peringkat larva, udang galah hidup di kawasan air payau dan kembali ke air tawar pada peringkat juvenil hingga dewasa.

Pada peringkat larva perubahan metamorphosis terjadi sebanyak 11 kali dan berlangsung selama 30-35 hari. Udang galah bersifat omnivora, cenderung aktif pada malam hari.

Untuk membezakan antara udang jantan dan udang betina maka perlu melihat ciri fizik seperti berikut:

 

Udang jantan

Ukuran tubuh relatif lebih besar.

Pasangan kaki jalan yang kedua relatif lebih besar dan panjang (bahkan dapat mencapai 1.5 kali lebih panjang keseluruhan tubuhnya).

Bahagian perut (abdomen) lebih ramping.

Ukuran pleuron lebih pendek.

Alat kelamin terdapat pada basis pasangan kaki jalan kelima

Pasangan kaki jalan terlihat lebih rapat.

Udang betina:

Tubuh lebih kecil.

Pasangan kaki jalan kedua tetap tumbuh lebih besar, tetapi tidak sebesar dan sepanjang udang jantan.

Bagian perut lebih besar.

Pleuron memanjang

Alat kelamin terletak pada pangkal kaki ketiga, merupakan suatu lubang yang disebut thelicum.

 

** sekiranya anda mendaratkan udang betina yang sedang bertelur, digalakkan agar melepaskannya kembali agar kelestariannya dapat diteruskan. 

 

 

Published by
Amang