Ketahui Perbezaan Istilah Kelas Memancing!!

Share

 

Untuk mengetahui apa perbezaan ultra light, light jig, jigging dan light jigging maka perlulah saya jelaskannya satu persatu. Secara umumnya, ultra light lebih merujuk kepada setting peralatan memancing yang digunakan.

Sebagai contoh joran, kekili dan tali pancing yang digunakan ditetapkan tidak melebihi 6lb dari segi kuasa atau kekuatannya.

 

Skop pancingan ultra light ini tidak tertakluk kepada pancingan air tawar semata-mata. Ia juga boleh dipraktikkan di laut dalam dalam ia lebih pratikal di kawasan air tawar dan air masin yang cetek.

 

Light jig pula merujuk kepada perkakasan terminal berupa umpan tiruan atau gewang yang diperbuat daripada logam menyerupai bentuk dan aksi hidupan laut seperti ikan dan sotong.

 

 

Gewang yang dinamakan jig ini pula terdapat pelbagai bentuk saiz dan berat. Berat jig inilah yang menentukan kelasnya dari mikro hinggalah heavy. Lazimnya jig yang dikelaskan sebagai light jig memiliki berat dari 30gm hingga 120gm.

 

Sementara jigging pula adalah terma memancing sebagaimana bottom fishing, fly fishing atau casting. Ia dinamakan jigging berikutan teknik pancingan mengunjun kepingan besi atau metal jig.

Jigging ini lebih praktikal dilakukan di perairan air masin melalui kaedah horizontal dan vertical jigging. Ia kurang dilakukan di perairan tawar kecuali di tasik-tasik yang dalam.

 

Manakala light jigging yang anda ingin ceburi itu ialah teknik jigging menggunakan peralatan kelas ringan. Ia merangkumi joran kelas ringan sehingga PE 1.5, tali pancing kurang dari 30lb dan jig tidak melebihi berat 120 gm.

 

 

Teknik karauan pula bergantung kepada spesies buruan. Jika menyasarkan ikan pelagik maka jig perlu dimainkan dengan laju dan digayakan dengan perlahan jika menyasarkan ikan demersal.

Published by
Amang