Percaya atau tidak masih ada pemancing yang masih keliru untuk membezakan ikan keli dengan ikan sembilang. Bunyi macam kelakar tapi itulah kenyataannya. Di kalangan pemancing apatah bukan pemancing yang tidak biasa dengan kedua-dua spesies ini, mereka masih keliru untuk membezakan antara ikan keli dengan sembilang.

 

Ketahui Perbezaan Biologi Ikan Sembilang & Keli

 

Apatah lagi di beberapa kawasan, ikan keli turut dikenali sebagai sembilang atau sembilang darat. Penulis sendiri pernah mendengar ikan keli disebut sebagai sembilang di Negeri Sembilan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa bentuk kedua-dua jenis ikan ini sangat mirip. Sekali imbas mungkin ia kelihatan sama.

 

Ketahui Perbezaan Biologi Ikan Sembilang & Keli

IKLAN

 

Ikan sembilang merupakan ikan yang popular di kalangan pemancing yang gemar menunggu di tepi pantai dan muara. Sememangnya ikan ini mempunyai taburan yang meluas dari laut, muara hinggalah ke sungai-sungai berair payau. Kadangkala ia turut ditemui di kawasan berair tawar yang bersambung dengan laut.

 

Ketahui Perbezaan Biologi Ikan Sembilang & Keli

IKLAN

 

Tetapi jika kita perhatikan, terdapat dua perbezaan yang ketara. Pertama, ikan sembilang mempunyai tiga sengat atau spina. Pada kedua-dua sirip pektoralnya terdapat satu sengat dan satu lagi pada sirip dorsal. Sebaliknya ikan keli hanya memiliki sepasang spina iaitu pada kedua-dua sirip pektoralnya. Pada sirip dorsalnya spina ini tidak hadir.

 

Ketahui Perbezaan Biologi Ikan Sembilang & Keli

IKLAN

 

Kedua, ikan keli memiliki sirip kaudal yang terpisah dari sirip anal dan sirip dorsalnya. Sedangkan sirip kaudal pada ikan sembilang adalah bersambungan dengan sirip anal dan sirip dorsal keduanya. Merujuk kepada sirip kaudalnya yang bersambungan seperti mana sifat pada ikan belut, sembilang digolongkan dalam keluarga belut bermisai atau catfish eel atau dengan nama keluarga Plotosidae.

 

Ketahui Perbezaan Biologi Ikan Sembilang & Keli

 

Walaupun ia hanya terdiri dari dua spesies, ia dikatakan sebagai ikan bermisai atau catfish yang paling luas taburannya berbanding taburan spesies catfish dari famili lain. Manakala ikan keli pula tergolong dalam keluarga Clarias.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI