Mata kail merupakan terminal tackle paling murah berbanding peralatan utama seperti joran dan kekili. Tetapi tanpa mata kail, joran dan kekili termahal sekali pun takkan berjaya mendaratkan ikan. Oleh yang demikian, kita seharus menghargai mata kail dengan memahami bahagian dan peranannya.
EYE
Ia merupakan bahagian paling atas di mana ia menjadi bahagian utama untuk menghubungkannya dengan tali pancing dengan simpulan atau ikatan-ikatan mata kail. Tak semua mata kail memiliki cincin. Mata kail tanpa cincin dikenali sebagai eyeless hook.
SHANK
Bahagian yang menyambungkan mata ke bingkai mata kail. Setiap mata kail memiliki teras yang berlainan kepanjangannya dan bergantung kepada jenis aplikasi memancing. Sama ada terus panjang atau pendek, penghujungnya semakin cenderung untuk bengkok.
Ads
BEND
Lengkung atau selekoh di bahagian bawah mata kail yang terdiri daripada pelbagai gaya dan jurang. Bahagian ini adalah tulang belakang mata kail kerana jika diberi tekanan berlebihan akan melurus sekali gus bakal kehilangan ikan yang dipancing.
Ads
GAP
Ia adalah jarak antara hujung bilah mata kail dan teras yang tercipta dari hasil panjangnya lengkung. Jarak jurang itu ditentukan berdasar pada umpan yang digunakan dan lebar rahang spesies sasaran. Untuk lebih jelas, untuk cangkukan sempurna ikan berahang luas memerlukan jurang mata kail yang lebih luas.
Ads
POINT
Boleh dikatakan ia bahagian paling penting pada mata kail. Mata jarum yang kuat dan tajam adalah kritikal kerana ia adalah titik pertama di mana ia berhubung dengan ikan. Sekiranya ia gagak menembusi mulut ikan maka ia adalah kegagalan mutlak.
BARB
Bahagian ini direka untuk memegang ikan yang dipancing apabila mata kail menembusi bahagian mulutnya. Bahagian ini juga menjadi bahagian paling ditakuti oleh pemancing sekiranya mata kail tertancap pada anggota badan sendiri.
Justeru bagi pengamal sukan memancing sejati, mereka akan mematahkan duri pandan atau menggunakan mata kail tanpa duri pandan kerana ia bersifat lebih adil dan mesra kepada pemancing dan juga ikan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Masukkan tepung gandum ke dalam bekas untuk diadun. Sebanyak mana tepung bergantung kepada sebanyak mana umpan yang ingin digunakan. Tepung gandum adalah bagi menjimatkan penggunaan umpan gam.
Marshmallow merupakan gula-gula kegemaran kanak-kanak. Namun pemancing yang terkenal kreatif telah memanfaatkan sifat disebalik marshmallow itu untuk menguatkan persembahan umpan. Berikut ditunjukkan cara untuk menggunakan marshmallow.
Menggunakan Marshmallow (Teknik Bottom)
Tutorial 1
Cangkuk marshmallow pada mata kail hingga sebaris pada perambut seperti sate.
Tutorial 2
Cangkokkan pula roti yang dipotong dadu pada mata kail. Pastikan roti dadu dicucuk melepasi mata kail dan selebihnya menutupi mata kail.
Tutorial 3
Tuangkan 3 penutup pes pacak A1, sos sawit A1 dan sos raya A1 ke dalam cawan. Atau boleh saja gunakan perisa umpan yang korang suka.
Tutorial 4
Gaulkan kesemua sos tadi.
Tutorial 5
Celupkan umpan tadi ke dalam sos yang digaul tadi
Tutorial 6
Umpan sudah siap dan boleh digunakan dengan teknik perambut batu gantung.
Cara 2: Menggunakan Roti (Teknik apung)
Tutorial 7
Tuangkan gabungan 3 sos yang dibuat tadi ke dalam bekas bancuhan yang berisi roti yang dipotong dadu.
Tutorial 8
Gaul hingga semua roti dadu mengena sos umpan sekata.
Tutorial 9
Roti itu kemudian dicangkok pada perambut 2 mata.
Tutorial 10
Kepalkan roti yang selebihnya pada mata kail.
Tutorial 11
Hingga menjadi seperti ini. Umpan sudah boleh digunakan.
Sentiasa memakai jaket keselamatan yang diikat kemas pada badan (jangan hanya menyarung pada badan tanpa mengikatnya).
Pastikan bot dan enjin berada dalam keadaan baik sebelum keluar memancing. Juga pastikan kelengkapan peralatan membaiki dan minyak tambahan mencukupi.
Pastikan bot memancing mempunyai tali dan pelampung keselamatan. Ramai yang meremehkan perkara ini malah tidak ambil peduli langsung.
Jaga adab dan tutur kata ketika memancing di tengah laut mahupun kawasan terpencil. Yang penting, mulut jangan CABUL!!!
Waspada terhadap ancaman ribut. Jika boleh, tamatkan trip atau cari kawasan berlindung dengan segera sebelum ribut melanda.
Bawa lampu suluh jika merasakan pulang hingga lewat petang. Kalau boleh bawa je bukan berat pun sebutir lampu suluh ni.
Sentiasa waspada terhadap tunggul kayu atau kayu balak hanyut.
Elakkan memegang joran ketika hujan lebat atau ribut petir untuk elakkan risiko daripada terkena renjatan.
Untuk casting di dalam bot, adalah lebih baik jika pemancing bertolak ansur untuk cast dan harus sentiasa memastikan jarak yang selamat sebelum melontar gewang.
Bawa peti keselamatan yang lengkap dengan ubat-ubatan dan sewaktu dengannya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...