Gerepoh sirip biru banyak diburu dengan teknik moden ini ketika air besar iaitu 26 hingga 4 tanggal Hijrah dan 13 hingga 18 hari bulan.
Waktu ini air akan pasang awal pagi dan waktu petang di mana ia akan meronda di kawasan tepian batu atau pulau tatkala air pasang. Teknik casting gewang serta menunda adalah paling efektif. Ringkasannya ialah pengaruh dan faktor cahaya bulan juga perlu dirujuk jika inginkan hasil yang lebih positif. Paling mudah ketika bulan gelap.
Kini kalau lokasi di semenanjung, jika teknik ini membuahkan hasil saya anggap ia lebih nasib semata-mata kerana populasi ikan ini diketahui amat jarang di perairan tempatan.
Gerepoh sirip biru bersaiz purata 3kg hingga 6kg ke atas biasanya mudah diperangkap dengan teknik menunda dan popping. Kebanyakan pemancing yang menunda menggunakan kekili aksi berat dengan kekuatan tali minimum 30Ib.
Jarang saya dengar gerepoh sirip biru menghilangkan diri dengan ratusan meter tali pancing terutama apabila teknik jigging dan popping disambar oleh mangsa berpandukan saiz tidak seberapa.
Di perairan yang terlalu jernih warna popper berasaskan biru adalah diutamakan. Untuk aktiviti popping dan gewang, kekili jenis terbuka lebih mudah dikendalikan, jigging dan teknik umpan lebih sesuai menggunakan kekili multiplier.
Ramai penggemar casting dan jigging menggunakan tali sulam kerana mudah dan cepat membalas. Jika mengunakan mono sambungkan tali sulam sehingga 10 kaki di hadapan sebagai penanda ketika jigging kerana jika leka kemungkinan replika ikan besi akan singgah di muka anda!
Joran yang sesuai adalah jenis grafit dengan kekuatan 15lb hingga 30lb. Pakai joran halus dan ringan tetapi kuat memberi kelebihan dari segi lontaran serta tidak lenguh memegang dalam tempoh yang lama.
Tali utama berkekuatan 15lb hingga 30lb cukup memadai kerana ia pasti akan menjanjikan siapa yang mengerjakan siapa? Baru bestkan!?